Monday, March 17, 2025

UJIAN BAKAT PENERBIT RANCANGAN B41/B9

Setelah sekian lama daku meninggalkan dunia blogger...akhirnya selepas 5 tahun, ku muncul semula 😂

Iyaa, hampir 5 tahun dah saya kerja di klinik pergigian. Dalam tempoh 5 tahun tu, ada je apply jawatan SPA, tapi macam biasa la, sangkut kat Ujian Psikometrik. Tak sangka lak kalini lepas haha. Untuk 2 jawatan pulak tu. 

Actually, Ujian Psikometrik Penerbit Rancangan takdelah susah mana, tak berapa nak psycho sgt pun soalannya. Tapi Ujian Psikometrik Pegawai Penerangan yg susah gile, pening wooo nak jawab. Bila tiba2 berjaya tu, lagila terkejut. Tak tahula diaorang nilai mcm mana. Tapi apa yg saya buat:
  1. Jawapan kena konsisten (sbb style soalan dia berulang2 sama je)
  2. Stay positive
  3. Make sure pilih jawapan Sangat Setuju/Sangat Tidak Setuju je, menandakan yg kita betul2 yakin dgn jawapan kita.
Ok back to our topic which is pengalaman saya hadapi Ujian Bakat Penerbit Rancangan. Asalnya saya dpt email berjaya psikometrik tu bulan 10 tahun 2024, tapi bulan 2 tahun 2025 baru dipanggil ke ujibakat 😅 haa lama nau kan. & biasanya orang kata, kalau calon2 belah semenanjung, semuanya akan berkumpul kat RTM Angkasapuri. But unexpectedly, saya dapat kat negeri sendiri.

So ceritanya begini.. Ujian Bakat ni ada 2 sesi & alhamdulillah saya dpt sesi petang. Sempatla nak prepare apa2 yg patut pagi tu. Fyi juga, ujian ni terdiri daripada:
  • Seksyen A: Bacaan Skrip Berita
  • Seksyen B: Penyampaian Tugasan di Studio/Lokasi
  • Seksyen C: Pengucapan Awam
Fuhh kalini ada pengucapan awam ye guys. Ingatkan sama mcm before2 this, cuma ada Seksyen A & Seksyen B. Aaa nervousnyee sbb kalau ikutkan pengalaman hadapi Personal Assessment Centre (PAC) untuk Pegawai Penerangan, bahagian Pengucapan Awam tu cuma diberi masa 1 minit jee untuk prepare. & terus bercakap selama 5 minit. Lebih menyedihkan, tak boleh pegang phone langsung sepanjang PAC pulak tu. So mmg tak sempat nak pkir apepun 😭 huhu.

But don't worry, untuk task2 Ujian Bakat ni, kita diberi masa 10 minit untuk prepare & boleh refer phone juga. Dapatla berfikir dgn tenang & cari apa2 bahan dalam tempoh yg lama tu. Masa tu kitaorang dibahagikan kpd 2 kumpulan. 1 kumpulan buat Seksyen A & B dulu, 1 kumpulan lg buat Seksyen C. & then rotate. So Seksyen A & B akan diberi masa 10 minit prepare, Seksyen C pun 10 minit. Faham kan?

Sangat santaiii kawan. But apa yg saya nak pesan, masa prepare untuk Seksyen A & B tu, jgn terlalu fokus kat Seksyen B je, smpai lupa nak practice baca berita kat Seksyen A. Sbbnye, bukan berita Bahasa Melayu je tau. Ada Bahasa Inggeris juga. & selepas tamat 10 minit tu, kertas soalan akan diambil semula & cuma diberi balik masa giliran korang tiba nanti. So yeah...rugila kalau terlepas pandang bab ni. 

Ok kalau ikut pengalaman saya, task untuk Seksyen A & B tu dibuat sekali, dalam Studio Radio. Saya dipakaikan headphone, bercakap depan mic & perlu baca berita dalam keadaan duduk. Ada 2 orang panel yg buat penilaian, ada 2 orang staff juga yg buat recording (yesza, setiap penyampaian kita akan direkodkan ya). Masa baca berita tu sasul2 jugak lee.

Untuk Seksyen B pula, kita boleh pilih nak jadi wartawan lokasi/pengulas sukan/pengulas siaran langsung/penyampai juruhebah (radio). Setiap pilihan tu ada diberi point2 penting yg berkaitan dgn tajuk/situasi. Tinggal kita nak sampaikan je dgn cara kita yg tersendiri. Saya? Of coursela pilih jadi DJ haha, sbb tak perlu formal sgt. Tp tulah, kita just cakap sorang2, takde orang nak sembang sekali. Silap saya boleh pulak tersebut pasal rancangan AJL, abeslaa kena marah dgn sorg panel sbb cite psl TV3 padahal skrg kita kat RTM. Haihh, jgn ikut saya ye gais. But don't worry, untuk bahagian ni inshaaAllah senang sbb mmg dah diberi point2 dah pun.

Untuk Seksyen C pulak, takde diberi point langsung. Cuma dapat tajuk, then kena bagi ucapan berkaitan tajuk tu selama 3-4 minit. But still don't worry jugak sbb masa prepare 10 minit tu sgt2 la cukup untuk korg cari point2 dari dlm phone & boleh tulis atas kertas kosong sekali. Tinggal nervous/tak nervous je korang nak berucap nanti 😂 Masa seksyen ni, saya masuk studio yg lain & perlu berucap depan mic sambil berdiri. Sama jugak, ada 2 orang panel & tukang rakam suara kita. Diaorang takkan interview kita/tanya apa2pun. Terus berucap je, & dia pun takde set masa, bgtahu kita dh berucap berapa lama. Takde2. So pandai2la ye agak sendiri. Boleh juga nak refer phone sekali sekala tapi tak digalakkan. Alhamdulillah saya dpt tajuk yg agak mudah, pasal PLKN. Bersyukur la.. Peserta lain ada yg dpt tajuk "Warna Hijau dalam Kesihatan Mental", "RTM di Peringkat Global" fuhh.

Lepastu apa lagi? Selesai sudaaah. Boleh balik terus. Hahaha cepat gile proses nya kan. Maybe sbb peserta petang tak ramai kot. Dlm tentatif tulis smpai pukul 5, tapi belum pukul 4 lagi dah settle semua. Sekian sahaja perkongsian drpd saya. Kalau berjaya nanti, saya update ye hahaha (confirm2 lee tak dpt punya, yela dah kena marah ngn panel 😆). Takpela, korang yg lain, buat yg terbaik k? Good luck!

*lupa nak cite, tak sangka lak boleh terserempak balik dgn sorg kenalan lama, yg dulu pnah sekali jumpa kat RTM Angkasapuri tahun 2022 masa join Ujibakat Penyampai Berita RTM Secara Bersemuka. Hehe kecik sungguh dunia.

Saturday, October 24, 2020

Interview Pembantu Klinik Pergigian

Hey guys! What's up? Haha setelah sekian lama berhabuk blog ni, akhirnya baru harini ada semangat nak menulis balik. Tu pun sebab nak share pengalaman interview semalam. Interview apa? Haa interview kerja sebagai Pembantu Klinik Pergigian di sebuah klinik swasta @ Melaka hehe. Walaupun takde kena mengena dengan bidang saya tapi memang niat utama untuk cari pengalaman lah. Yelah fresh graduate kan. Ada jugak try apply kerja lain sebelum ni tapi belum ada rezeki huhu. So kita cuba pula nasib di sini.

Well, takde apa tips pun untuk interview ni haha just saje nak share apa yang terjadi je. Sebelum hari interview tu, memang dah set up turn saya pukul 10 sebab diaorang nak jaga penjarakan sosial. Saya sampai dalam pukul 9.45. Ada calon lain tengah interview masa tu, so saya tunggu jelah dulu. Tapi masa nak daftar kat kaunter, tak tahulah kenapa tangan saya menggigil-gigil nak tulis nama dengan nombor telefon sendiri haha serius tak boleh control masa tu, malu pun ada. Bukan sebab takut, tapi maybe nervous sikit kot sebab dah lama sangat tak interview, walaupun dah pernah ada banyak pengalaman sebelum ni tapi last masa 2017 weh haha lama sangat dah. Takpelah.

Then bila calon lain tu dah selesai, tibalah masa nama saya pula dipanggil (bdk tu pakai seluar je weh, kenapalah kau rajin sangat pakai baju kurung formal aina oii hahaha). Aduh risau jugaklah kalau dr tanya soalan bab pergigian ke apa ke huhu harapnya taklah. Dr yang interview saya masa tu lelaki, dia just nak tengok resume je, tak mintak dokumen lain pun. Macam biasalah soalan yang wajib ditanya, "Perkenalkan diri". Saya bagitahu nama saya, umur, tempat tinggal, status sekarang (baru tamat pengajian), praktikal kat mana, kemahiran/kelebihan diri (yang berkaitan dengan jawatan) & tujuan datang interview harini. 

Lepastu dia tengok resume saya, dia puji result saya semua bagus-bagus haha saya pun terima kasih jelah, then dia tanya, "SPM ni 7A2B kan. 2B ni subjek apa?". Ah sudah haha "Biology & AddMath". Then dia macam curious, kos broadcasting ni kerja macam mana. Saya pun explain lah skop kerja tu meluas tapi main sebenarnya kerja kat stesen tv blablabla. Dia tanya, kenapa tak kerja macam tu? Huhu, saya jawab sebab saya stay Melaka, cuma ada RTM Melaka je kat sini, tu pun kena mohon melalui SPA so susah sikitlah hehe. That's why tak berharap sangat. 

Tiba-tiba dia tanya, pakai braces kat mana? Hahaha dah agak dah dia akan tanya soalan ni. Saya jawablah kat klinik sekian sekian, dengan dr sekian sekian. Dia tanya, guna duit siapa? Saya jawab guna duit yang saya kumpul selama ni, walaupun belum cukup, tapi saya akan usaha lagi lah. Dia pun tanya jugak Jabatan Penerangan ni apa sebenarnya. Saya ceritalah jabatan ni menyebarkan maklumat kepada orang ramai berkaitan dasar-dasar kerajaan, melalui platform media sosial dan juga secara berhadapan (turun padang & sebagainya blabla). 

Then dia tanya, apa yang awak boleh tawarkan di sini? Haa ni pun soalan common gak ni. So cara saya jawab, saya share pengalaman saya semasa praktikal (banyak mengendalikan komputer) dan pengalaman semasa zaman belajar (banyak berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang) dengan contohnya sekali, untuk saya kaitkan dengan tugas pembantu klinik. Kiranya saya akan applikasikan semua kemahiran yang saya pernah guna tu, untuk bekerja di sini nanti hehe. Memandangkan saya dari kos penyiaran, dia pun tanyalah saya, macam mana nak collect crowd? Saya jawab, cara yang paling mudah of course melalui media sosial, kita pelbagaikan cara promote klinik tu bukan hanya dengan post gambar seperti biasa, tapi boleh juga create video atau buat pertandingan kuiz ke blabla supaya dapat menarik minat ramai orang. Dia cakap, bagus jawapan awak ni tapi awak tahu ke nak buat macam mana? Saya jawab yang dulu saya memang biasa buat tugas macam ni semasa praktikal, contohnya bila jabatan ada buat pertandingan untuk orang awam, sayalah yang edit video untuk promote pertandingan tu, dari situ kami dapat tarik perhatian ramai orang untuk lebih kenal tentang jabatan ni. 

Tibalah ke soalan yang seterusnya... Ada pengalaman kerja? Huhu saya jujur jelah, tiada SEBAB saya baru dapat result hujung bulan 9 haritu then ada try mohon kerja-kerja lain sebelum ni tapi belum ada rezeki (key point nya kita kena ada explanation sikitlah huhu jangan jawab pendek gitu je). Banyak lagilah soalan dia tanya, kenal klinik ni ke sebelum ni, mahir cakap inggeris, flexible tak masa kerja, motivasi kerja & macam-macam lagi. Dia pun siap bagi soalan matematik haha tapi boleh kira guna kalkulator lah. Lagi satu soalan yang sangat penting, expected salary. Saya jawab yang memandangkan saya seorang fresh graduate yang belum banyak pengalaman lagi, saya takdelah menetapkan permintaan yang tinggi tapi sekurang-kurangnya minimum gaji permulaan tu saya harap blablabla supaya berbaloi lah dengan masa dan tenaga yang akan saya curahkan sepanjang bekerja nanti. Fuh... 

Lastly, dia tanya kalau terpilih nanti, bila boleh start bekerja & kalau tak terpilih, nak kami call bagitahu ke atau tak. Saya prefer bagitahulah huhu supaya saya tak tertunggu-tunggu. Masa dia tanya ada apa-apa soalan ke, saya just nak tahu apa-apa kekurangan saya sepanjang interview ni yang boleh saya perbaiki untuk masa hadapan ke, kalau adalah. Dah settle semua, saya pun cakap terima kasih kat dr tu (2 kali gaklah sebut haha) & siap terima kasih kat akak kaunter tu sekali (excited kot dah habis, dalam 30 minit lebih gaklah). 

Alhamdulillah... So far saya rasa berjalan lancar jela interview tu. Saya pun dah buat yang terbaik, tapi tak tahulah kan kalau ada orang lain yang lebih baik daripada saya huhu tinggal pasrah jelah sekarang ni. Tu je ceritanya. InshaaAllah kalau berjaya diterima, saya share pula my 1st job experience untuk next entry KALAU ditakdirkan ada rezeki saya lah nanti. Terima kasih sebab sudi baca perkongsian saya yang tak seberapa ni. Semoga ada jodoh berjumpa lagi untuk cerita yang lain hehe.  Hope saya dapat semula mood rajin saya lepasni hahaha bye! 😁

*Update! Alhamdulillah saya berjaya diterima huhu sekarang rasa jauh lagi nervous pulak nak kerja daripada nervous nak temuduga hahaha doakan segala dipermudahkan ye?

Sunday, June 7, 2020

Back to Intern :)

Alhamdulillah akhirnya...dpt kembali pergi ke office semula hehe. Memandangkan sekarang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), so kami perlu bergilir-gilir pergi kerja ikut jadual. Tapi yang sedihnya, so far saya hanya diberikan 1 hari je seminggu di office berbanding orang lain yang dapat 2/3 hari seminggu. Sebab apa? Sebab rupanya supervisor saya baru tahu yang selama ni saya tak diberikan elaun, termasuklah pengarah pun tak tahu. Maybe diaorang rasa kesian dengan saya sebab tu kurangkan hari bekerja saya jadi 1 hari je, selebihnya WFH huhu. Tapi saya dah explain dah kat supervisor untuk ubah semula kepada 2/3 hari seminggu, sama seperti orang lain, sebab saya nakkan banyak pengalaman untuk intern hmm. InshaaAllah keputusan giliran seterusnya bergantung pada pengumuman PM nanti sama ada PKPB akan dilanjutkan lagi atau tak. Doakan ye!

Semuanya berjalan lancar masa 1st day saya pergi intern ni (4 Jun). Walaupun pada mulanya sedihlah jugak sebab tak sama giliran dengan 2 orang akak dari CMS yang saya rapat ni, tapi adalah jugak seorang akak dari cawangan lain yang rapat dengan saya, sama hari bekerja dengan saya. So, adalah juga peneman waktu makan saya hehe. Then hari tu saya berbincang dengan supervisor tentang niat saya nak extend tempoh intern saya sehingga bulan Julai, sebab rasa cam tak puas pulak selama ni banyak kerja kat rumah je kan, tapi katanya bulan Ogos lah mereka lagi banyak program sebab bulan kemerdekaan. Hmm entahlah..bagi saya bulan 8 tu macam dah last minit lah pulak, takut tergesa-gesa nak siapkan report, research & prepare presentation lagi nanti. Tapi at the same time, nak jugak pengalaman yang lebih kan hmm tengoklah macam mana nanti.

Lepastu saya diminta untuk explore Open Broadcast Software (OBS) Studio untuk bantu diaorang buat 'live' sempena program terbaru jabatan iaitu "Influencer @Japen". Kiranya function OBS ni, kita boleh masukkan input lain (gambar/video/powerpoint) semasa live kat Facebook Page, maksudnya bukan hanya boleh tengok muka kita jelah semata-mata hehe faham kan. Rasa seronok lah jugak sebab benda ni lebih banyak berkaitan dengan kos saya iaitu penyiaran, cuma bezanya kalau live kat TV kita kawal VT kat control room, tapi yang ni live kat FB kita kawal guna PC hehe. At least adalah jugak kerja lain selain edit video "Info On Wheels" semata-mata, syukur alhamdulillah...

Lastly, supervisor offer pula untuk esoknya (5 Jun) saya ikut pergi ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, dengan bertugas untuk bantu merakam 'live' oleh 2 orang staff dari Japen ni di sana nanti. Termasuk yang ni, baru 2 kali saya dapat join program luar huhu bersyukur lah jugak. Walaupun sekejap je kat sana & hanya rakam dari luar je pun takpelah... At least saya ada something yang boleh tambah dalam logbook saya. Saya akui lah istiadat yang dulu lagi best sebab lagi ramai orang media berkumpul & lagi meriah dengan adanya press conference sebagainya..berbeza dengan yang ni. So, sorry lah ye takde gambar yang boleh share kalini huhu.

Tu jelah kot aktiviti intern saya minggu ni. Lepas balik dari istiadat tu, macam biasalah saya kena edit video ragkuman "Info On Wheels" bertarikh 1-4 Jun then up kat media sosial rasmi Japen Melaka. Selain tu, ramai lah jugak yang terkejut nampak saya kat office haha sebab dah lama sangat saya tak datang intern kan. Tak tahulah kalau ada yang rindu ke hahaha gurau je. Semoga selepas ini saya dapat teruskan intern macam biasa & dapat lebih banyak pengalaman yang diinginkan, inshaaAllah... Ok byeee!

*Update: PM telah umumkan bahawa PKPB ditukar kepada PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020. So...kita tunggu jelah ye keputusan seterusnya daripada boss nanti huhu doa jelah yang baik-baik.

Tuesday, May 5, 2020

My Updates (2)

Akhirnya, setelah hampir 2 bulan duduk rumah buat W.F.H. sepanjang PKP, baru harini 1st time dapat datang ke office. Sekian lama tak melawa, tak berbaju kurung, tak bertudung & tak memandu, sekarang lah baru dapat merasa semua tu huhu... Hah jangan salah anggap ye, walaupun kerajaan dah umumkan beberapa sektor pekerjaan dah dibenarkan beroperasi semula bermula 4 Mei 2020, tapi saya datang office ni bukan bermaksud saya akan terus sambung intern sampai habis. Saya cuma diminta untuk hadir harini je, just untuk join meeting penting dengan group Cawangan Media Siber (CMS). Memandangkan sekarang dah masuk minggu ke-2 puasa, jadi kami dah kena start fikirkan idea baru untuk hasilkan video raya nanti. Yelah sebab tak dapat photoshoot luar lagi, sebabkan PKP.

Rasa awkward pula keluar rumah haha last day keluar masa 1st day PKP kot, 18 Mac 2020. Lepastu memang dah tak pernah keluar langsung. Walaupun rasa happy lah juga dapat keluar akhirnya, tapi still kena berhati-hati, pandai jaga kebersihan diri, pakai mask & hand sanitizer dan macam-macam lagi. Memang suasana kerja kali ni lainlah, 2 kali kena check suhu, then meeting pun kami duduk berjarak-jarak. Takpelah, yang penting kami dapat discuss untuk tugasan seterusnya & guess what? Saya ditugaskan untuk edit video raya nanti. Fuh, terharu lah jugak sebab supervisor pilih saya untuk jadi editor, but at the same time, rasa nervous sebab tanggungjawab besar weh... Kena edit video raya, bukan video Ucapan Puasa, bukan video Info On Wheels (IOW) yang saya buat tiap-tiap hari tu huhu. Hope dipermudahkan segalanya...

Alhamdulillah meeting berjalan dengan lancar, tapi jadi lama sebab banyak borak benda lain haha yelah kan, dah lama sangat tak jumpa masing-masing. InshaaAllah video raya kami nanti bertajuk "Raya 2020-Norma Baharu". Cerita pasal apa? Mana boleh bagitahu... Haha tunggu jela ye. Then dah settle semua, nak dekat pukul 1, saya pun bergerak pulang haha rasa macam awal sangat kan? Tapi nak singgah tempat lain pun rasa macam tak perlulah, risau pula terjebak dengan bahaya COVID-19 kat tempat lain. Btw, terima kasih Kak Farah & Abg Zakry untuk sabun & kurma yang diberi hehe. Time ni jugalah saya berpeluang untuk bawa balik barang-barang penting yang saya tinggalkan kat office dulu, yelah dulu kita biarkan sebab fikir cuti 2 minggu je pun, sekali tak sangka sampai berbulan lah pulak huhu. Tu je ceritanya...


Untuk update pasal intern pula, mulanya pihak UiTM dah beri kebenaran untuk student pergi tempat intern jika diminta oleh majikan, sejak Perdana Menteri dah umumkan pasal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Walaupun UiTM lebih galakkan cara W.F.H. je, kiranya diaorang still bagi green light untuk student kembali intern, tu pun jika majikan betul-betul perlukan student & memang takde kaedah W.F.H. untuk mereka, dengan syarat perlu bersurat & sebagainya. Tapi tak lama lepastu tetiba UiTM ubah keputusan pula, kami dah tak dibenarkan langsung untuk pergi ke office sepanjang tempoh PKP ni huhu. Tak tahulah nak rasa apa, sebab macam tak dapat gain banyak pengalaman untuk intern ni, tapi nak buat macam mana kan, adalah tu hikmahnya. Kebetulan ahli group saya ni pun dah sepakat nak datang office 13 Mei nanti untuk settlekan shoot video raya. Diaorang dah ajak saya untuk join sekali supaya senang nak siapkan kerja. Tapi tulah, kalau betul PKP memang berakhir selepas 12 Mei, bolehlah kot saya join diaorang. Kalau tak, hmm... Entahlah.

So, tu jelah update berkaitan intern saya. Just nak share sekali perkara yang buat saya happy lately ni, pada 1 Mei yang lepas, saya dah siap edit video "Light It Blue" iaitu kempen nyalakan cahaya biru sempena tanda sokongan & penghargaan buat petugas barisan hadapan negara. Syukur sesangat, video saya tu dapat sambutan yang tinggi, so far paling tinggi berbanding video-video yang lain hasil kerja saya sebelum ni. Sekarang ni dah reach 120 shares & 1.2K views. Allahu, happy sesangat bila ramai yang puji, then video tu pula dah dipilih untuk up dalam media sosial Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen HQ). Kalau nak dibandingkan sebelum ni, antara video saya edit yang dapat sambutan tinggi adalah video Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (19 shares) & video Promo Pertandingan Pidato Kenegaraan (51 shares). Tapi yang kalini memang unexpected, sebab saya rasa saya edit simple je & memang tak berharap apapun. Alhamdulillah, rasa berbaloi lah juga tak tidur malam edit video hehe.

Sorry lah tercerita panjang lebar, yelah dah lama sangat kan saya tak update blog ni haha baru sekarang ada something baru yang boleh saya share dengan korang, walaupun takdelah menarik mana. Doakan saya dapat habiskan intern ni dengan cemerlang, inshaaAllah. Terima kasih sebab sudi baca sampai habis hehe. Jangan lupa, duduk rumah, kerap basuh tangan & jaga jarak sosial. See ya!

#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang

Friday, March 27, 2020

Extend MCO = Extend Intern?

"Kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020" - YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia
Allahu... Sedihnya dengar berita ni. Disebabkan kes COVID-19 yang semakin meningkat saban hari, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang asalnya 2 minggu terpaksa dipanjangkan hingga sebulan pula. Baru seminggu duduk rumah ni pun cukuplah terasa bosannya... Tapi sekarang ni yang menjadi persoalan, bagaimana dengan nasib kami sebagai student, especially yang sedang menjalani internship? Adakah intern kami juga perlu dilanjutkan disebabkan cuti yang panjang ni? Kalau macam student lain yang masih belajar, mostly ramai yang minta bubar je sem yg skrg, alasannya susah belajar online class, dgn masalah nak jawab exam & sebagainya.. Tapi macam kami yang tinggal last semester ni, siapa je yang nak tambah sem baru kan? Kami semua nak Graduate On Time huhu. So, setelah berbincang dengan madam, inilah hasil keputusannya:

  1. Yang Work From Home (W.F.H.), teruskan macam biasa, so akan habis intern ikut tarikh yang asal
  2.  Yang tak W.F.H., minta Supervisor cari alternatif untuk beri tugasan sewaktu PKP supaya pelajar boleh tamat intern 21 Jun atau minggu ke-2 Julai (paling lambat boleh tamat intern)
  3. Disebabkan PKP dah dilanjutkan sehingga sebulan, kalau majikan minta ganti minggu tak kerja, mohon budi bicara untuk ganti 2 minggu saja, bukan 4 minggu. Selepas PKP, UiTM akan keluarkan surat untuk ganti 2 minggu saja bagi mereka yang cuti sewaktu PKP
    Tu saja huhu... Saya harap sangat, supervisor saya akan berikan tugasan lain untuk saya laksanakan kat rumah sepanjang PKP ni, selain like post JaPen semata-mata. Saya pun dah bosan gak cuti lama-lama duduk rumah tak buat apa-apa. Tapi takpelah, saya faham, tak banyak kerja yang boleh saya buat kat rumah kan, paling-paling pun maybe edit video je. Tu pun saya dah hargai sesangat. At least saya ada something yang boleh ditulis dalam buku log nanti huhu. So far supervisor baru bagi tugasan just suruh buat infografik countdown PKP. Harapnya akan ada tugasan lain lagilah lepas ni, inshaaAllah... Doakan juga supaya wabak COVID-19 ni segera berakhir, supaya kita semua dapat jalani kehidupan seharian kita seperti biasa semula. Semoga seluruh rakat Malaysia tabah menghadapinya bersama-sama. Yakinlah semua yang berlaku ada hikmahnya. 

    #StayStrong
    #StayAtHome