Iyaa, hampir 5 tahun dah saya kerja di klinik pergigian. Dalam tempoh 5 tahun tu, ada je apply jawatan SPA, tapi macam biasa la, sangkut kat Ujian Psikometrik. Tak sangka lak kalini lepas haha. Untuk 2 jawatan pulak tu.
Actually, Ujian Psikometrik Penerbit Rancangan takdelah susah mana, tak berapa nak psycho sgt pun soalannya. Tapi Ujian Psikometrik Pegawai Penerangan yg susah gile, pening wooo nak jawab. Bila tiba2 berjaya tu, lagila terkejut. Tak tahula diaorang nilai mcm mana. Tapi apa yg saya buat:
- Jawapan kena konsisten (sbb style soalan dia berulang2 sama je)
- Stay positive
- Make sure pilih jawapan Sangat Setuju/Sangat Tidak Setuju je, menandakan yg kita betul2 yakin dgn jawapan kita.
Ok back to our topic which is pengalaman saya hadapi Ujian Bakat Penerbit Rancangan. Asalnya saya dpt email berjaya psikometrik tu bulan 10 tahun 2024, tapi bulan 2 tahun 2025 baru dipanggil ke ujibakat 😅 haa lama nau kan. & biasanya orang kata, kalau calon2 belah semenanjung, semuanya akan berkumpul kat RTM Angkasapuri. But unexpectedly, saya dapat kat negeri sendiri.
So ceritanya begini.. Ujian Bakat ni ada 2 sesi & alhamdulillah saya dpt sesi petang. Sempatla nak prepare apa2 yg patut pagi tu. Fyi juga, ujian ni terdiri daripada:
- Seksyen A: Bacaan Skrip Berita
- Seksyen B: Penyampaian Tugasan di Studio/Lokasi
- Seksyen C: Pengucapan Awam
Fuhh kalini ada pengucapan awam ye guys. Ingatkan sama mcm before2 this, cuma ada Seksyen A & Seksyen B. Aaa nervousnyee sbb kalau ikutkan pengalaman hadapi Personal Assessment Centre (PAC) untuk Pegawai Penerangan, bahagian Pengucapan Awam tu cuma diberi masa 1 minit jee untuk prepare. & terus bercakap selama 5 minit. Lebih menyedihkan, tak boleh pegang phone langsung sepanjang PAC pulak tu. So mmg tak sempat nak pkir apepun 😠huhu.
But don't worry, untuk task2 Ujian Bakat ni, kita diberi masa 10 minit untuk prepare & boleh refer phone juga. Dapatla berfikir dgn tenang & cari apa2 bahan dalam tempoh yg lama tu. Masa tu kitaorang dibahagikan kpd 2 kumpulan. 1 kumpulan buat Seksyen A & B dulu, 1 kumpulan lg buat Seksyen C. & then rotate. So Seksyen A & B akan diberi masa 10 minit prepare, Seksyen C pun 10 minit. Faham kan?
Sangat santaiii kawan. But apa yg saya nak pesan, masa prepare untuk Seksyen A & B tu, jgn terlalu fokus kat Seksyen B je, smpai lupa nak practice baca berita kat Seksyen A. Sbbnye, bukan berita Bahasa Melayu je tau. Ada Bahasa Inggeris juga. & selepas tamat 10 minit tu, kertas soalan akan diambil semula & cuma diberi balik masa giliran korang tiba nanti. So yeah...rugila kalau terlepas pandang bab ni.
Sangat santaiii kawan. But apa yg saya nak pesan, masa prepare untuk Seksyen A & B tu, jgn terlalu fokus kat Seksyen B je, smpai lupa nak practice baca berita kat Seksyen A. Sbbnye, bukan berita Bahasa Melayu je tau. Ada Bahasa Inggeris juga. & selepas tamat 10 minit tu, kertas soalan akan diambil semula & cuma diberi balik masa giliran korang tiba nanti. So yeah...rugila kalau terlepas pandang bab ni.
Ok kalau ikut pengalaman saya, task untuk Seksyen A & B tu dibuat sekali, dalam Studio Radio. Saya dipakaikan headphone, bercakap depan mic & perlu baca berita dalam keadaan duduk. Ada 2 orang panel yg buat penilaian, ada 2 orang staff juga yg buat recording (yesza, setiap penyampaian kita akan direkodkan ya). Masa baca berita tu sasul2 jugak lee.
Untuk Seksyen B pula, kita boleh pilih nak jadi wartawan lokasi/pengulas sukan/pengulas siaran langsung/penyampai juruhebah (radio). Setiap pilihan tu ada diberi point2 penting yg berkaitan dgn tajuk/situasi. Tinggal kita nak sampaikan je dgn cara kita yg tersendiri. Saya? Of coursela pilih jadi DJ haha, sbb tak perlu formal sgt. Tp tulah, kita just cakap sorang2, takde orang nak sembang sekali. Silap saya boleh pulak tersebut pasal rancangan AJL, abeslaa kena marah dgn sorg panel sbb cite psl TV3 padahal skrg kita kat RTM. Haihh, jgn ikut saya ye gais. But don't worry, untuk bahagian ni inshaaAllah senang sbb mmg dah diberi point2 dah pun.
Untuk Seksyen C pulak, takde diberi point langsung. Cuma dapat tajuk, then kena bagi ucapan berkaitan tajuk tu selama 3-4 minit. But still don't worry jugak sbb masa prepare 10 minit tu sgt2 la cukup untuk korg cari point2 dari dlm phone & boleh tulis atas kertas kosong sekali. Tinggal nervous/tak nervous je korang nak berucap nanti 😂 Masa seksyen ni, saya masuk studio yg lain & perlu berucap depan mic sambil berdiri. Sama jugak, ada 2 orang panel & tukang rakam suara kita. Diaorang takkan interview kita/tanya apa2pun. Terus berucap je, & dia pun takde set masa, bgtahu kita dh berucap berapa lama. Takde2. So pandai2la ye agak sendiri. Boleh juga nak refer phone sekali sekala tapi tak digalakkan. Alhamdulillah saya dpt tajuk yg agak mudah, pasal PLKN. Bersyukur la.. Peserta lain ada yg dpt tajuk "Warna Hijau dalam Kesihatan Mental", "RTM di Peringkat Global" fuhh.
Lepastu apa lagi? Selesai sudaaah. Boleh balik terus. Hahaha cepat gile proses nya kan. Maybe sbb peserta petang tak ramai kot. Dlm tentatif tulis smpai pukul 5, tapi belum pukul 4 lagi dah settle semua. Sekian sahaja perkongsian drpd saya. Kalau berjaya nanti, saya update ye hahaha (confirm2 lee tak dpt punya, yela dah kena marah ngn panel 😆). Takpela, korang yg lain, buat yg terbaik k? Good luck!
*lupa nak cite, tak sangka lak boleh terserempak balik dgn sorg kenalan lama, yg dulu pnah sekali jumpa kat RTM Angkasapuri tahun 2022 masa join Ujibakat Penyampai Berita RTM Secara Bersemuka. Hehe kecik sungguh dunia.
*lupa nak cite, tak sangka lak boleh terserempak balik dgn sorg kenalan lama, yg dulu pnah sekali jumpa kat RTM Angkasapuri tahun 2022 masa join Ujibakat Penyampai Berita RTM Secara Bersemuka. Hehe kecik sungguh dunia.