Thursday, December 1, 2016

FRIENDS-Chapter 10:Kisah Sebenarnya

   "Awak ni sebenarnya bukan Lila kan?"
   Hah??! Luna terlopong seketika.
   "Memang betullah saya Lu...eh, Lila!" sampai bila aku perlu menipu? Hati Luna berkata sendiri. "Luna?" sambung Elvin. Luna semakin resah.
   "Mengapa awak tuduh saya pula? Awak tak percaya saya ya? Siapa yang beritahu awak semua penipuan ini?" Luna terus mempertahankan dirinya. Yang sebenarnya, diri Lila.
   Lila yang hanya melihat dari luar berasa pelik. "Kenapa mereka nampak macam bertengkar?" Leesa meneka, "Mungkin Elvin sudah tahu yang awak...?" "Hah? Oh tidak!"
   "Awak ke yang bocorkan kisah sebenarnya?" soal Lila geram. Leesa terkejut. "Kenapa pula saya yang kena?" "Yalah, kalau bukan awak, siapa lagi yang tahu rahsia saya. Lebih baik awak mengaku. Sanggup awak khianati saya", Lila semakin tidak tenteram. Fikirannya bertambah kusut. Leesa pula berasa kecewa dengan tuduhan kawan baiknya sendiri. "Sampai hati awak...Saya tak pernah tipu pun. Jujur, saya tak tahu apa-apa" Leesa bersuara perlahan sambil menahan tangis dalam hatinya. "Sudah. Awak bukan kawan saya lagi!" tegas Lila. Leesa terkaku. Inikah pengakhirannya?

   "Beberapa hari yang lepas, semasa di sekolah, saya ingin bertemu awak semasa waktu rehat. Saya ingin berikan hadiah sempena genap sebulan hubungan kita. Tak sangka pula saya terdengar perbualan awak dengan kawan-kawan awak. Hesh.." Elvin hampa. Dia masih ingin terus merungkai perkara sebenar. Keadaan semakin cemas!
   "Apa yang awak merepek ni? Apa yang awak dengar?" Luna masih tidak mahu mengalah.
   "Lila itu sebenarnya kawan awak kan? Kenapa awak guna nama dia? Awak saja mahu mempermainkan saya?" suara Elvin semakin keras.
   Luna terdiam. Tidak tahu hendak berkata apa.
   "Untuk pengetahuan awak, kawan awak yang bernama Lila itu pula gadis idaman saya. Orang yang pernah berlanggar dengan saya. Kenapa awak tipu saya?" Luna terus senyap. "Kenapa awak cakap macam ni?" Luna sudah hampir berputus asa tetapi belum ya!
   Elvin menarik nafas panjang. Dia yang masih tidak puas hati berkata, "Saya tidak faham. Jadi, selama ini Luna atau Lila yang menyukai saya? Siapa sebenarnya yang berbalas mesej dengan saya?" Luna tidak mahu berlakon lagi. Akhirnya, dia terpaksa akur. Dia perlu beritahu perkara yang sebenar! "Selama ini, yang selalu berhubung dengan awak itu Lila yang sebenar. Bukan saya.."
   Lila semakin risau di luar. "Adakah mereka masih bertengkar?" Ingin saja Lila masuk ke dalam dan menerangkan segala-galanya. Tetapi, beranikah dia?

   Alunan muzik dari piano berhenti. Selesai sudah lagu yang dimainkan. Ramai orang bertepuk tangan manakala Luna dan Elvin masih bergaduh. Pemain piano tersebut menunduk kepala sambil tersenyum lalu meninggalkan pentas. Kemungkinan dia mahu pulang.
   "Sudah. Saya tak percayakan awak", Elvin mencapai jaketnya dan meninggalkan duit di atas meja. "Eh, kali ni saja bercakap jujur, awak tak mahu percaya pula?" Luna sudah tidak tahan.
   Ketika pemain piano tersebut menuju ke pintu keluar, dia terkejut melihat Luna. "Kevil...?" Luna tersedar kehadiran Kevil. Dia berasa sangat terkejut. Kevil juga terkejut apabila melihat Luna bersama lelaki lain. Dia buat-buat tidak nampak dan terus berjalan pantas keluar dari restoran tersebut.
   "Kevil!" Kepala Luna bercelaru. Dia benar-benar tidak menyangka Kevil berada di situ. "Kevil!" Semakin kuat namanya dipanggil, semakin laju pergerakannya. Luna mengejar Kevil. Dia perlu menerangkan segala-galanya. "Kevil, tunggu!"
   Akhirnya, Luna dapat menahannya. "Awak perlu dengar penjelasan saya.." ujar Luna.
   Kevil berasa sangat kecewa dengan apa yang dilihatnya tadi. Dia bersuara perlahan, "Maafkan saya. Saya terlalu bodoh tunggu awak selama ini. Rupa-rupanya awak tidak suka saya. Awak ada lelaki lain". Saat itu Luna menyesal. Menyesal berlakon sebagai Lila!
   "Maafkan saya, Kevil. Itu semua lakonan semata-mata. Saya perlu bantu rakan saya, Lila. Saya tidak sukakan lelaki itu pun. Saya sanggup bersumpah!" Luna terasa ingin menangis. Kevil masih tidak percayakannya.
   "Tolonglah percayakan saya..." Luna menggenggam tangan Kevil. Kevil melepaskan gemnggaman itu dan melangkah pergi meninggalkan Luna.
   Kevil sudah jauh. Luna tidak tahu hendak buat apa lagi. Dia benar-benar sedih.
   "Kevil! Saya sukakan awak!"
   Langkah Kevil terhenti. Dia berpaling ke belakang. Benarkah apa yang didengarinya tadi?

   Sementara itu, Elvin yang masih bengang keluar dari restoran tersebut. "Buat penat aku datang sini. Bukan aku jumpa Lila pun.." keluhnya tidak puas hati.
   "Elvin..." tiba-tiba Elvin terperasan  kehadiran Lila berdiri dihapdannya. Dia berasa amat terkejut.
   "Maafkan saya, Elvin. Maafkan saya. Saya yang bersalah dan bukannya Luna", Lila sudah tidak mahu menyusahkan rakannya. Dia perlu berani dan yakin bahawa dia tidak pemalu seperti dulu!
   Elvin masih terkaku. "Selama ini saya yang bermain mesej dengan awak, saya yang sukakan awak. Saya suruh Luna menyamar jadi saya di sekolah kerana..." Lila menarik nafas dalam-dalam.
   Sambungnya semula, "Saya takut awak tidak suka saya. Saya, malu.." Kepala Luna sudah tertunduk ke bawah. Dia benar-benar insaf. Elvin tersenyum. Dia mengusap kepala Lila.
   "Sebenarnya saya suka awak. Sejak kali pertama saya bertembung dengan awak. Bukannya Luna.." pujuk Elvin. Lila mendongak kepalanya ke atas.
   "Saya maafkan awak..."

   Pada masa yang sama, pelayan tadi menghantar pesanan. Dia pelik. Ke mana perginya pelanggan tadi? Dia cuba mencari-cari sekitar restoran. Yang ada hanya duit saja di atas meja.
   Dia menjenguk sebentar ke luar. Dia semakin hairan. Tiba-tiba, pelayan tersebut terlanggar bahu Leesa.
   "Oh! Maafkan saya.." pelayan tersebut meminta maaf. Nasib baik gelas yang berisi jus tembikai itu tidak terjatuh. "Ruben?" Leesa tiba-tiba bertanya. "Eh, bagaimana awak.."
   "Itu!..." Leesa menunjuk ke arah tag namanya. "Hahaha.." Lupa pula aku! Bisik hati Ruben.
   "Awak nak tahu, nama awak sama seperti nama kekasih saya. Haha.." ketawa Leesa berpanjangan. Ruben terkejut. Dia mula tersedar apabila merenung lama wajah Leesa. "Rupa awak pula saling tak tumpah seperti kekasih saya", ujar Ruben. "Siapa nama awak?"
   Leesa terhenti ketawa. "Erm, Leesa...Kenapa?"
   "Leesa..Leesa?" Ruben teringat gambar potret yang diberi oleh Leesa. "Leesa. Awak kenal saya tak? Saya Ruben! Awaklah kekasih saya!" Ruben cuba menyedarkan Leesa.
   "Ruben? Hah? Betulkah awak..Wah!!" mereka bersorak keriangan. Ruben terlompat-lompat. Wah, terlampau gembira. Tidak ingat dunia! "Akhirnya, saya jumpa kekasih saya!!"

   Kevil benar-benar gembira mendengar luahan Luna sebentar tadi. "Untuk pengetahuan, sayalah yang main piano tadi. Awak nampak?"
   "Hah? Biar betul? Sedetik Lebih?!" Luna terkejut. Terkejut gembira. Bukankah Kevil tidak pandai memainkan lagu Sedetik Lebih? "Hihi...Saya berlatih. Saya fikir nak mainkan depan awak satu hari nanti". Luna tersenyum bangga.
   "Hei kamu semua! Mari saya belanja!" teriak Ruben kepada kawan-kawan Leesa. "Jom kita makan!" Mereka sangat gembira.
   "Leesa..." tiba-tiba muncul Lila di sisi Leesa. "Saya minta maaf. Saya tak sepatutnya bersangka buruk seperti itu terhadap awak. Kawan jenis apalah saya ni, sanggup memutuskan tali persahabatan hanya kerana cinta. Saya minta maaf sangat-sangat, Leesa. Saya tak sanggup kehilangan kawan baik seperti awak", tutur Lila perlahan yang berasa serba salah atas tindakannya tadi. Leesa terharu. Tanpa berfikir panjang, dia terus memeluk Lila erat! Mereka kelihatan gembira.
   "Maafkan saya juga, Luna, sebab selalu menyusahkan awak selama ini, minta awak berlakon sebagai saya hmm.." tuturnya kepada Luna pula. Luna tersenyum. "Tak mengapa, kita kan kawan baik". "Selamanya?" "Yup, selamanya!.." Lila terharu.

   Akhirnya, segalanya sudah pulih semula. Persahabatan mereka semakin erat. Elvin dan Ruben berbual-bual bersama Lila dan Leesa manakala Luna duduk di sebelah Kevil yang sedang memainkan lagu kegemarannya. Betapa bermaknanya persahabatan ini..Sanggup berkorban demi rakan sendiri.

Inilah yang dinamakan,.....   F R I E N D S !  :)

   "Lila, awak nak tahu?" ujar Elvin.
   "Ya?"
   "Sayalah yang bina Taman Hati itu..."
-TAMAT-
Sahabat sebenar bukan sekadar ketawa bersama tetapi,...menangis bersama

FRIENDS-Chapter 9:Pertemuan

Hari ini Luna perlu bersiap. Detik penting ini begitu bermakna bagi Lila. Entah kenapa Elvin tiba-tiba mahu berjumpa di restoran. Mengapa tidak di sekolah saja?
   Luna menunggu Lila dan Leesa di bilik Lila. Mereka sedang sibuk mencari pakaian yang sesuai untuk Luna. Sesuai dan cantik. Ya! Cantik! "Tak perlulah susah-susah carikan baju yang cantik", kata Luna yang sudah menunggu lama. Habis almari Lila diselongkar mereka!
   "Hah! Tada!! Gaun ini sangat sempurna. Cubalah pakai", Lila menunjukkan gaun yang berwarna ungu itu kepada Luna. "Woo..woo! Terlalu cantik ni! Saya keluar dengan Kevil pun tak ada secantik begini".
   "Ala...tak mengapalah. Sekali saja. Tolong saya, ya?" pujuk Lila lagi. Merayu dan terus merayu. Leesa sekadar tertawa saja. Luna dengan lemahnya segera mencapai baju tersebut lalu memakainya.
   Sebaik saja Luna selesai menyarungnya, Lila terus terlopong. "Awak nampak sungguh...menawan!" puji Leesa. Sesungguhnya Luna rasa tidak selesa dengan keadaan ini. Tak apa, sekali saja dan lepas ini dia tidak mahu terlibat lagi! Tekad hatinya.
   "Sarung tangan ini sesuai dengan baju ini", cadang Lila sebaik saja terjumpa sarung tangan panjang hitam berjalur ungu yang padan dengan baju tidak berlengan itu.
   "Malam ini ada misi penting. Mari kita solek!" semangat Lila lagi. Leesa turut sama menyolek Luna. Mereka pun segera mencari kasut tumit hitam yang selesa buat Luna.
   Akhirnya selesai.
   Luna sangat sesuai dengan imej rambut berikat satu. Mereka pun menaiki teksi menuju ke Secret Restaurant.
   Tiba di sana, "Selamat berjaya, Luna!" mereka melambai dan meninggalkan Luna. Bukan meninggalkan tapi sekadar duduk dan tinjau dari luar. Luna mengeluh, "Huh..."
  Nampaknya Elvin masih belum sampai. Bisik hati kecilnya. Seorang pelayan berkaca mata dan bertopi datang meminta pesanan.
   "Boleh saya tahu cik nak pesan apa?"
   "Erm, jus oren satu. Terima kasih", pesan Luna. "Sama-sama", pelayan lelaki tersebut mengukir senyuman dan dengan segera menulis apa yang dipesan ke atas buku nota mini. Pen bergerak pantas.
   Luna terperasan tag nama pelayan tersebut. "Nama kamu Ruben ya?" pelayan tersebut terkejut, "Bagaimana cik tahu?" Luna menuding jarinya ke arah tag nama tersebut. Mereka tergelak seketika.
   Pada masa yang sama, Lila dan Leesa masih menunggu di luar. Melihat-lihat di pintu masuk sekiranya Elvin sudah sampai. "Lambatnya. Jarang lelaki datang lambat", ujar Lila.
   Sementara itu di dalam, Luna berborak sebentar bersama pelayan itu. "Cik tunggu kekasih ya?" soal pelayan tersebut ramah. "Ya", Luna mengangguk walaupun Elvin bukanlah kekasihnya! Pelayan itu meneruskan perbualan, "Seronok kan ada kekasih? Saya tak pernah berjumpa dengan kekasih saya".
   "Jadi, bagaimana kamu kenal dia?" hairan Luna.
   "Chatting di internet..." jawabnya ringkas.
   "Oh.."
   "Baiklah, saya pergi dulu!" pelayan tersebut pergi. Luna terus menunggu. Dia menelefon Lila sebentar.

Luna=Hello, Lila. Saya perlu cakap apa nanti?
Lila=Awak jawab saja segala pertanyaan dia.
Luna=Jawab saja?
Lila=Ya. Jangan risau.
Luna=Baiklah..

   Mereka menamatkan panggilan. Luna melihat pemandangan sekitar restoran tersebut. Sungguh indah dan klasik kerana kebanyakkan diperbuat daripada kayu. Lampu yang samar-samar meromantikkan lagi suasana. Bunyi air sungai buatan mengalir kedengaran.
   Telinga Luna tiba-tiba menangkap bunyi yang merdu. Ianya alunan piano yang mengasyikkan! Luna dapat mengenal lagu yang sedang dimainkan. Lagu Sedetik Lebih! Lagu kegemarannya sedang dimainkan!
   Dalam keadaan yang samar itu, Luna tidak perasan wajah pemain piano itu. Dia terus leka dibuai lagu tersebut. "Oh, tenangnya..."
   Tiba-tiba, Luna tersedar pin tu restoran dibuka. Elvin yang berjaket hitam dan memakai T-shirt lengan pendek di dalam sudah sampai. Oh, inilah masanya...
   Lila dan Leesa yang sudah perasan kehadiran Elvin dalam senyap juga berdebar-debar. Mereka menanti apakah yang akan berlaku.
   Luna mengemas posisi kedudukannya. Dia memerhatikan Elvin yang sedang membuka jaketnya lalu digantungnya. Sebaik saja Elvin melabuhkan punggung, keadaan hening seketika. "Senyap saja dia ni..." hati Luna terus berbisik.
   Pelayan tadi datang ke meja tersebut semula apabila mendapati pelanggan baru sampai. Dia menghidangkan jus oren yang dipesan Luna ke atas meja dan bertanya, "Encik mahu pesan apa?"
   "Jus tembikai satu. Itu saja", jawab Elvin.
   "Baiklah..."
   Muzik piano masih terus kedengaran. "Nampak selamba pula dia.." Luna terus merenung wajah Elvin tanpa berkata apa-apa.

   "Huh, saya datang ke sini untuk bertemu Lila tapi orang lain pula yang datang. Buat penat saja", Elvin mula bersuara.
   Luna tergamam. "Hah? Apa maksud awak?"
   "Awak ni sebenarnya bukan Lila kan?" 

Acara Sukaneka Family Day

Berikut adalah contoh senarai acara sukaneka yang boleh diikuti untuk mana-mana program sesuai. Yup, memang semuanya simple pun, tidak memerlukan barang yang sukar didapati tetapi keseronokan semua ahli itulah yang paling penting. Selamat mencuba!


Kategori Dewasa (L&P)
Bowling Kelapa 
1.    Peserta akan diberi sebiji kelapa seorang 
2.  Pemain hendaklah menggolekkan kelapa kearah botol minuman yang tersusun dan menjatuhkannya 
3.  Pemain yang dapat menjatuhkan botol minuman paling banyak akan dikira sebagai pemenang 
4.  Setiap pemain diberi 3 kali percubaan

Pancing Ikan Darat 
1. Setiap pemain akan diberi sebatang kayu pancing 
2. Pemain perlu memancing tin minuman menggunakan kayu pancing
3.Pemain yang dapat paling banyak tin minuman dikira sebagai pemenang
4. Masa diberi selama 3 minit 

Kategori Berpasangan (L/P)
Kupas Telur Rebus 
1.    Setiap pasangan akan diberi 5 biji telur 
2.  Pasangan dikehendaki mengupas telur sehingga bersih tanpa cacat cela (tiada sisa kulit & permukaan licin) 
3.  Pemenang akan dikira berdasarkan masa terpantas & lengkap tugasan 
4.  Masa diberi selama 1 minit 

Kategori Kanak-Kanak (3-5 tahun)
Rebut Gula-Gula 
1.    Gula-gula akan dilambakkan di atas tikar 
2.  Pemain perlu mengutip seberapa banyak gula-gula yang ada 
3.  Pemain yang dapat mengumpul paling banyak gula-gula akan dikira sebagai pemenang 

Kategori Sekolah Rendah (Berkumpulan)
Buah Kelapa & Gelung Rotan 
1.    Pemain dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan akan diberi sebiji kelapa & satu gelung rotan 
2.  Pemain perlu menarik buah kelapa menggunakan gelung rotan sehingga ke garisan penamat & pusing semula kearah pasukan 
3.  Pemain seterusnya akan mengulangi pergerakan yang sama sehingga pemain yang terakhir 
4.  Pemenang akan dikira berdasarkan pasukan yang terpantas menyelesaikan tugasannya

Lompat Kepit Belon 
1.   Pemain akan dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu belon berisi angin 
2.  Pemain pertama akan mengepit belon di celah paha tanpa meletupkannya sambil tangan letak ke belakang 
3.  Pemain perlu melompat bersama belon menuju kearah rakan 
4.  Rakan akan mengulangi perbuatan yang sama sehingga selesai 
5.  Pasukan terpantas akan dikira sebagai pemenang 

Kategori Sekolah Menengah
Straw & Getah 
1.    Setiap peserta akan diberi sebatang straw
2.  Peserta dikehendaki lari ke arah longgokan gelung getah 
3.  Peserta hendaklah mengambil gelung getah menggunakan straw yang diletakkan dimulut
4.  Ambil satu gelung getah kemudian lari kegarisan permulaan
5.  Masa diberi selama 3 minit
6.  Peserta yang dapat mengumpul gelung getah terbanyak dikira  pemenang

Baling selipar 
1.    Peserta dikehendaki membaling selipar ke arah susunan tin minuman yang disusun di dalam bulatan
2.  Tin minuman yang dibaling hendaklah keluar daripada bulatan
3.  Setiap peserta diberi 3 kali percubaan 
4.  Peserta yang dapat mengeluarkan tin daripada bulatan paling banyak dikira pemenang.