Friday, October 20, 2017

Interview SPA

Assalamualaikum, semua! Baru pagi tadi saya menjalani temuduga Latihan Separa Perubatan peringkat Diploma 2017. Actually ada banyak jawatan yang saya dapat tapi pilihan utama saya sudah tentulah Penolong Pegawai Farmasi. Hmm apa nak cerita ea...haha saya ringkaskan terus jelah (malas nak cerita panjang).
Gambar passport baru semata-mata untuk SPA hehe
   Semasa tiba di lokasi interview, pergi ke kaunter & ambil nombor giliran dulu. Then, nama kita akan dipanggil untuk check apa2 borang yg patut, susun semua dokumen & sijil dgn lebih teratur serta isi maklumat penting. Kemudian? Tunggu ajelaaaaah berapa lama pun haha. Dalam surat je tulis waktu saya interview 10 pagi, tapi last2 kena pukul 12 gak huhu. Dalam masa menunggu tu, better pergilah sarapan dulu, takpun borak2 dgn calon lain (sebab bolehlah dapat tips daripada diaorg atau tanya semua preparation yg diaorang buat, boleh tahu info tambahan lagi, kan bonus tu?) Masa tu saya dah bosan sangat, siap pergi luar borak dengan makcik2 lain yg masing2 tgh nervous tunggu anak mereka haha. Apa salahnya kan, best kot, boleh hilangkan rasa takut sikit. Hah lagi satu, rajin2lah tanya calon yg dah lepas tu, apa contoh2 soalan yg diaorg dapat. Sebab tu pentingnya berbaik dengan diaorang dulu sebelum interview, ok?

   Akhirnya, tibalah giliran saya pula. Ketuk pintu, beri salam, masuk, beri semua dokumen lpastuh minta izin untuk duduk. Ni semua adab tau. Pakaian pun penting, tak perlu over2 tapi kot ye pun nak simple sangat, janganlah sampai pakai t-shirt dengan seluar jean je (hmm, mmg saya ada jumpa orang macam tu kat sana, serious saya tak tipu, terkejutlah jugak). Org lain semua pakai smart2, baju formal (siap ada yang pakai uniform kerja), takkanlah kita nak pakai camtu je kan hmm. Ok stop membebel lagi, kita teruskan dgn soalan yg saya terima iaitu:
  1. Perkenalkan diri~Hah ni mmg common question, so please prepare awal2 skrip dari rumah, supaya kita boleh jawab dgn sangat lancar & penuh keyakinan untuk dapat 1st impression yg baiklah jugak kan (masa ni penemuduga tu puji saya kerana bagi penerangan yg sangat lengkap hehe). Bagitahu nama, umur, status, tempat tinggal, pekerjaan ibu bapa, bilangan adik beradik, background study & kelebihan diri/impian kita.
  2. Kenapa pilih SPA~yes, ni pun soalan yg sgt lazim ditanya, semua jawapan untuk soalan camni patutnya kita dah boleh hafal dah & terangkan betapa minatnya kita terhadap profession tersebut (kalau ada alasan lain yg tak klise, lagi bagus). Kemudian, dia akan tanya banyak lagi soalan berkait daripada jawapan tadi sama ada kita betul2 serius ke tak nakkan jawatan tu. Contohnya, dia tanya saya "kenapa tak sambung je degree?" hah jangan lupa! Penemuduga tu pun boleh je pyscho kita dgn soalan2 camni. Kita just kena tetapkan pendirian & pertahankan jawapan ok, jangan goyah!
  3. Ceritakan apa yang menarik tentang tempat tinggal anda~ok yg ni sesuka hati dia je nak tanya apa. Walaupun takde kaitan dengan SPA, jawab jelah betul2. Mungkin dia nak tengok gaya kita bercakap & nak nilai communication skills je kot. Just jawab dengan cool je ok..& bagilah jawapan yg bagus gak, dah namanya soalan KBAT an (eh yeke? Haha suka hati aku je)
  4. Apakah tugas seorang Penolong Pegawai Farmasi~yeah, dah hafal kan? Sebut ajelah haha. & maybe dia akan tanya gak soalan2 lain berkaitan jawatan yang kita nak (contoh: apa beza dengan jawatan lain blabla). Jadi, banyak2kanlah buat research ok. 
  5. Jikalau kami beri anda jawatan lain, bagaimana?~hmm yg ni pun soalan biasa, dah tentulah kita kena terima kan? Tapi hati2 gak masa jawab tu. Jawapan saya "sekiranya itu yang ditentukan oleh pihak Tuan, saya terima seadanya. TETAPI saya akan sangat berbesar hati jika Tuan berikan saya jawatan Penolong Pegawai Farmasi kerana saya yakin saya mampu berikan yg terbaik untuk bidang yang lebih saya minat berbanding yang lain". Hah nampak tak permainannya 8)
  6. Berikan 1 nama khas bagi undang-undang farmasi~aduh, serious yg ni tak tahu wuaa. Kalau boleh bagi jawapan umum, nak je jawab "ahli farmasi tak boleh bagi ubat yg salah blabla" tapi tak boleh weh, dia mintak nama khas, nak main hentam macam mana? Hmm pasrah jelah dgn jawab "maaf Tuan, saya tidak pasti" :(
  7. Terangkan apa itu influenza, adakah sama seperti demam lain~yg ni pun satu, tak boleh main hentam, nanti nampak sgt bodohnya aaaaa entah apa jawapan merepek saya bagi padahal soalan senang je tapi banyak benda dah lupa kot. Sebab tulah pentingnya buat banyak research, ni semua antara pengetahuan tambahan yg kita perlu tahu & tak boleh jangka
  8. Berikan nama ubat bagi penyakit selsema~hahahah kenapa yg ni pun lupa gak :'( (nak nangis) at last, saya terpaksa bagi jawapan salah, 2 org penemuduga tu pun gelak (haih, time ni hati kena kental, tahan jelah malu). Menyesalnya sebab tak cukup prepare, busy dengan life kat universiti smpai takde masa yg byk untuk study hal ni. AMARAN=jangan contohi saya ye kawan2 hahaha. Akhirnya, saya mengaku je yg saya masih tak tahu, masih belum cukup ilmu, oleh sebab itu saya mohon SPA dgn harapan agar dapat membantu saya untuk lebih mahir dalam bidang farmasi InshaaAllah...Tricknya kat sini, kita kena pandai buat ayat (untuk cover malu kot hahah)
So, itu saja pengalaman saya...Basically, korang kena tunjuk yang korang yakin dengan jawapan korang even belum tentu betul ke salah, tu belakang cerita (ni nasihat ayah saya). Saya bukan tukang tilik ok sampai boleh ramal soalan yg sama haha lain orang, lain soalan & ragamnya. Cuma, mana yg memang common question tu, kenalah prepare siap2. Rasanya tak perlu kot hafal nama Menteri Kesihatan bagai (buat penat saya hafal sbb baca blog ramai yg kena soalan camtu), tapi terpulanglah pada korang...kang tetibe kena, jangan salahkan saya pulak haha ok gurau. Yang penting, doa banyak2 semoga kita dapat soalan mudah2 & dapat jawab dengan lancar. Tu je. Ni pun nasib baik iv dalam bahasa Melayu je, dapatlah saya jawab dgn laju & lantang (mngkin brpunca drpd byk pngalaman iv sebelum ni). Ada rezeki, adalah, takde takpe. Percaya pada takdir Allah :) Last but not least, GOOD LUCK GUYS!

Update!*Saya hanya berjaya dipilih sebagai calon simpanan je...bermakna jika ada kekosongan nnti baru saya akan dipanggil. But sokay, i'm okay hehe

Update!*Setelah berbulan lamanya baru saya berjaya dapat masuk SPA, dapat jawatan yang saya pohon iaitu Penolong Pegawai Farmasi, dapat belajar di Kolej Sultan Azlan Shah, Perak. Tapi saya tak terima tawaran tersebut, sebab saya dah rasa sayang nak tinggalkan pengajian ijazah saya yang makin lama makin saya minat sehingga sekarang

Monday, October 2, 2017

Degree Broadcasting @ UiTM Rembau

Allahu, lamanya tak menulis kat sini, tangan pun dah kaku, otak pun dah berkarat nak ceritakan kisah yang telah lama berlalu. Untuk pengetahuan semua, perkembangan terbaru saya sekarang ni adalah i'm officially as a student in Bachelor of Mass Communication (Hons.) Broadcasting @ UiTM Rembau! Wohooo (tepuk tangan sikit haha). Walaupun ni bukanlah pilihan utama, tapi inilah rezeki saya. Tolong saya move on boleh? Ok gurau. So, untuk entry kali ni, maybe saya akan just share sikit apa yang menarik/tak tentang bangunan di UiTM Rembau.
  • First of all, ketahuilah semua bahawa UiTM Rembau ni merupakan universiti yang baru hahh mostly sama ngan Dengkil. Ehem, bila dah sebut baru tu, of courselah bangunan semua baru, fasiliti semua bagus & cantik-cantik belaka kan? Itulah yang menariknya! 
  • Menyediakan kolej yang serba lengkap, ada dobi (RM2), watercooler & sebagainya. Konsep kolej pula seperti apartment, 1 rumah 4 bilik, 1 bilik 2 orang so total 8 housemates, meja belajar dalam bilik tidur, tempat makan kat ruang tamu, 3 tandas dalam rumah & juga ampaian. Memang selesa bebenaulah jawabnya...
  • Ada Medan Selera, Kafe, Pusat Islam & banyak lagilah. Better tengok gambar daripada bising je kan haha gambar nanti coming soon k 
        
  • Ada gak court futsal, tennis, bola jaring & lain2 berdekatan kawasan kolej. Bolehlah bakar lemak tu sikit, tapi mostly barang belum ada, so bawaklah peralatan masing2 sendiri
  • Terdapat 3 fakulti iaitu Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (ada banyak studio baru beeeb), Fakulti Pengurusan Maklumat serta Fakulti Pengurusan Perniagaan. Actually, degree untuk Masscomm bertempat kat Shah Alam kecuali satu ni je: Broadcasting. Paham dok?
         
  • Hmm apa lagi nak cite ea...ada Dewan Biduanda (which is dewan terbesar untuk UiTM cawangan Negeri Sembilan, so konvo nanti semua u lain kat negeri ni akan berkumpul di sini. Bangga tak?), Bangunan Pentadbiran, Perpustakaan Tun Abdul Razak (nak masuk kena punch kad pelajar tau).
             
Eh, panjang lagilah keistimewaan kat sini yg tak mampu saya nak ceritakan semua. But, to be honest, memandangkan sini tempat sangat baru, adalah beberapa juga benda yang masih belum ada contohnya ATM , buku2 kat PTAR pun belum banyak lagi & so on...Tapi takpe, kawasan terpencil macam nilah yg banyak mengajar kita untuk berdikari. Walaupun UiTM Rembau dikelilingi hutan kelapa sawit, ada hikmahnya kita tercampak kat sini (jauh daripada segala lagha & lebih fokus untuk study). Am i right? Jadi, marilah kita bersyukur seadanya haha. Cerita berikutnya sambung lain kali ya...chow!

*kalau nak gambar yang lebih clear, jom click sini<UiTM Rembau