Monday, October 2, 2017

Degree Broadcasting @ UiTM Rembau

Allahu, lamanya tak menulis kat sini, tangan pun dah kaku, otak pun dah berkarat nak ceritakan kisah yang telah lama berlalu. Untuk pengetahuan semua, perkembangan terbaru saya sekarang ni adalah i'm officially as a student in Bachelor of Mass Communication (Hons.) Broadcasting @ UiTM Rembau! Wohooo (tepuk tangan sikit haha). Walaupun ni bukanlah pilihan utama, tapi inilah rezeki saya. Tolong saya move on boleh? Ok gurau. So, untuk entry kali ni, maybe saya akan just share sikit apa yang menarik/tak tentang bangunan di UiTM Rembau.
  • First of all, ketahuilah semua bahawa UiTM Rembau ni merupakan universiti yang baru hahh mostly sama ngan Dengkil. Ehem, bila dah sebut baru tu, of courselah bangunan semua baru, fasiliti semua bagus & cantik-cantik belaka kan? Itulah yang menariknya! 
  • Menyediakan kolej yang serba lengkap, ada dobi (RM2), watercooler & sebagainya. Konsep kolej pula seperti apartment, 1 rumah 4 bilik, 1 bilik 2 orang so total 8 housemates, meja belajar dalam bilik tidur, tempat makan kat ruang tamu, 3 tandas dalam rumah & juga ampaian. Memang selesa bebenaulah jawabnya...
  • Ada Medan Selera, Kafe, Pusat Islam & banyak lagilah. Better tengok gambar daripada bising je kan haha gambar nanti coming soon k 
        
  • Ada gak court futsal, tennis, bola jaring & lain2 berdekatan kawasan kolej. Bolehlah bakar lemak tu sikit, tapi mostly barang belum ada, so bawaklah peralatan masing2 sendiri
  • Terdapat 3 fakulti iaitu Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (ada banyak studio baru beeeb), Fakulti Pengurusan Maklumat serta Fakulti Pengurusan Perniagaan. Actually, degree untuk Masscomm bertempat kat Shah Alam kecuali satu ni je: Broadcasting. Paham dok?
         
  • Hmm apa lagi nak cite ea...ada Dewan Biduanda (which is dewan terbesar untuk UiTM cawangan Negeri Sembilan, so konvo nanti semua u lain kat negeri ni akan berkumpul di sini. Bangga tak?), Bangunan Pentadbiran, Perpustakaan Tun Abdul Razak (nak masuk kena punch kad pelajar tau).
             
Eh, panjang lagilah keistimewaan kat sini yg tak mampu saya nak ceritakan semua. But, to be honest, memandangkan sini tempat sangat baru, adalah beberapa juga benda yang masih belum ada contohnya ATM , buku2 kat PTAR pun belum banyak lagi & so on...Tapi takpe, kawasan terpencil macam nilah yg banyak mengajar kita untuk berdikari. Walaupun UiTM Rembau dikelilingi hutan kelapa sawit, ada hikmahnya kita tercampak kat sini (jauh daripada segala lagha & lebih fokus untuk study). Am i right? Jadi, marilah kita bersyukur seadanya haha. Cerita berikutnya sambung lain kali ya...chow!

*kalau nak gambar yang lebih clear, jom click sini<UiTM Rembau

No comments:

Post a Comment