Sampai di Blok 8, Fakulti Pembangunan Manusia (tempat ni memang selalu sangat dijadikan tempat temuduga), terus cari bilik mengikut nombor yang tertera dalam surat tawaran. Saya Bilik 4 dan kemudian check nama kita pada list yang telah ditampal depan bilik tersebut. Tengok nombor giliran kita. Untuk pengetahuan semua, temuduga sekarang tiada individu lagi tau, kali ni berkumpulan (3 org 1 kumpulan), tapi soalan diajukan secara individulah.
Next, nama kita akan dipanggil untuk check kehadiran serta sijil-sijil dalam fail kita. Hah tak lupa juga, ada Ujian Buta Warna tau. But don't worry, senang je. & rasanya dia pentingkn ujian ni untuk calon yg mintak kursus Pendidikan Seni kot. Then, buat apa? Tunggu jelah giliran macam biasa haha. Tak lama sangat pun, sebab saya dapat sesi petang (2.30-4.30 pm), so memang cepat je habis. Dah siap makan, dah siap solat, takde apa yg nak dirisaukan lagi. Cuma, rajin-rajinlah tegur & berkenalan dgn calon lain sekeliling kita. Kenalah pandai sosial sbb bakal guru an? Walaupu belum tentu diaorg akn share apa yg diaorg study dgn kita haha...
Akhirnya, masa yang dinantikan sudah tiba, Kriiiing! Bunyi loceng dibunyikan sebagai tanda menerima calon seterusnya untuk masuk ke dalam bilik. Masa tu ada 2 org penemuduga, dua-dua lelaki. Macam biasa, ucap Assalamualaikum & serahkan fail mengikut susunan serta duduk apabila disuruh saja ok! & soalan yg saya dapat,...
Soalan 1: Perkenalkan diri anda.
Hah, senang je kan...common question. So, patutnya dah boleh lancar dah. Tapi saya cadangkan, dalam pengenalan diri tu, lebih baik kita fokuskan kepada kelebihan atau keistimewaan tentang diri kita yang melayakkan lagi untuk kita terpilih dalam bidang yang dimohon. (Saya bagitahu nama, umur, tempat tinggal, bil. adik beradik, pekerjaan ibu bapa, kelebihan & kepakaran saya serta impian saya)
Soalan 2: Kenapa pilih UPSI?
Ini pun common question jugak wahai tuan-tuan & puan-puan. Dah hafal kan? Sebut jelah kelebihan/keistimewaan/kecemerlangan UPSI yang berkaitan blablabla... (Jawapan saya; sebab UPSI ni universiti terbaik yg blablabla...walaupun open market, blablabla...)
Soalan 3: Tell me about the weather that happened in Melaka during December?
Ok, soalan dalam bahasa Inggeris, so kita kena jawab dalam bahasa Inggeris. Tak perlu nak mohon maaf sebab tak pandai sepaking ke apa. Penemuduga tu kata dia tak kisah pun, dia cuma nak kita bercakap je. TU JE. Just be confident okay...hentam apa yg patut. Satu soalan yg kita kena speaking ni mmg soalan yg wajib, tak kiralah apepun subjek yang kita mohon. (Masa ni saya ada jujur yg saya sedang sambung belajar di UiTM Rembau haha so mmg mcm2 soalanlah dia tanya lepastuh. Kenapa mohon UPSI lak kalau dah sambung degree blablabla...tapi saya dah prepare dah untuk soalan camni. Sudah tentulah tak lain tak bukan, MINAT :) Yg penting, jawapan tu kena panjang sampai memuaskan hati penemuduga tu, orait? Berikan penerangan yang munasabah, jgn terlalu pendek sangat. Kita kena yakinkan dia betapa kita inginkan bidang ini.
Dah. Tu je. Sikit je kan soalan dia? Nampak cam senang, tapi belum tentu lagi kita akan berjaya. Tapi, sekurang-kurangnya bersyukurlah sebab semuanya berjalan dengan lancar.
Akhir kata, itu saja daripada saya...tiada apa lagi tips yg nak dikongsikan sbb byk tips sama je yg dh berulang2 kali saya sebut dlm post2 temuduga saya yg sebelum ini haha. Tak susah manapun, just be confident. Dia takde tanya benda-benda fakta, tentang Falsafah Pendidikan ke, nama Menteri Pendidikan ke...takde pun. Takde suruh mengajar kat depan. Tapi depends jugak ikut org yg interview tu. Kadang sesuke hati dia je nak buat apa. Basically, dia takde tanya benda yg mendalam pun berkaitan subjek yg kita mohon. InshaaAllah, mudah je sebenarnya...so, buat yang terbaik! ;)
Terima kasih, ayah kerana telah banyak berkorban untuk kita mencapai impian kita... :') |
*Update! Saya tak berjaya temuduga hmm mungkin sbb dia mmg tak terima orang yang dah sambung belajar...Takpelah, bukan rezeki saya di UPSI, so kita move on jelah ok?