Tuesday, January 9, 2018

Interview UPSI

Assalamualaikum & hai semua! Wow, dah berzaman tak update blog ni kan haha rindunyeeeee... (walaupun takde org yg baca) Ok straight to the point, baru petang tadi saya menjalani temuduga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia/Matematik di UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah. Temuduga ni dekat kampus baru tau, di Proton City, jangan keliru. Ok saya taknak muqaddimah panjang2 lagi haha terus start cerita waktu dah sampai sana.

Sampai di Blok 8, Fakulti Pembangunan Manusia (tempat ni memang selalu sangat dijadikan tempat temuduga), terus cari bilik mengikut nombor yang tertera dalam surat tawaran. Saya Bilik 4 dan kemudian check nama kita pada list yang telah ditampal depan bilik tersebut. Tengok nombor giliran kita. Untuk pengetahuan semua, temuduga sekarang tiada individu lagi tau, kali ni berkumpulan (3 org 1 kumpulan), tapi soalan diajukan secara individulah.

Next, nama kita akan dipanggil untuk check kehadiran serta sijil-sijil dalam fail kita. Hah tak lupa juga, ada Ujian Buta Warna tau. But don't worry, senang je. & rasanya dia pentingkn ujian ni untuk calon yg mintak kursus Pendidikan Seni kot. Then, buat apa? Tunggu jelah giliran macam biasa haha. Tak lama sangat pun, sebab saya dapat sesi petang (2.30-4.30 pm), so memang cepat je habis. Dah siap makan, dah siap solat, takde apa yg nak dirisaukan lagi. Cuma, rajin-rajinlah tegur & berkenalan dgn calon lain sekeliling kita. Kenalah pandai sosial sbb bakal guru an? Walaupu belum tentu diaorg akn share apa yg diaorg study dgn kita haha...

Akhirnya, masa yang dinantikan sudah tiba, Kriiiing! Bunyi loceng dibunyikan sebagai tanda menerima calon seterusnya untuk masuk ke dalam bilik. Masa tu ada 2 org penemuduga, dua-dua lelaki. Macam biasa, ucap Assalamualaikum & serahkan fail mengikut susunan serta duduk apabila disuruh saja ok! & soalan yg saya dapat,...

Soalan 1: Perkenalkan diri anda.
Hah, senang je kan...common question. So, patutnya dah boleh lancar dah. Tapi saya  cadangkan, dalam pengenalan diri tu, lebih baik kita fokuskan kepada kelebihan atau keistimewaan tentang diri kita yang melayakkan lagi untuk kita terpilih dalam bidang yang dimohon. (Saya bagitahu nama, umur, tempat tinggal, bil. adik beradik, pekerjaan ibu bapa, kelebihan & kepakaran saya serta impian saya)

Soalan 2: Kenapa pilih UPSI?
Ini pun common question jugak wahai tuan-tuan & puan-puan. Dah hafal kan? Sebut jelah kelebihan/keistimewaan/kecemerlangan UPSI yang berkaitan blablabla... (Jawapan saya; sebab UPSI ni universiti terbaik yg blablabla...walaupun open market, blablabla...)

Soalan 3: Tell me about the weather that happened in Melaka during December?
Ok, soalan dalam bahasa Inggeris, so kita kena jawab dalam bahasa Inggeris. Tak perlu nak mohon maaf sebab tak pandai sepaking ke apa. Penemuduga tu kata dia tak kisah pun, dia cuma nak kita bercakap je. TU JE. Just be confident okay...hentam apa yg patut. Satu soalan yg kita kena speaking ni mmg soalan yg wajib, tak kiralah apepun subjek yang kita mohon. (Masa ni saya ada jujur yg saya sedang sambung belajar di UiTM Rembau haha so mmg mcm2 soalanlah dia tanya lepastuh. Kenapa mohon UPSI lak kalau dah sambung degree blablabla...tapi saya dah prepare dah untuk soalan camni. Sudah tentulah tak lain tak bukan, MINAT :) Yg penting, jawapan tu kena panjang sampai memuaskan hati penemuduga tu, orait? Berikan penerangan yang munasabah, jgn terlalu pendek sangat. Kita kena yakinkan dia betapa kita inginkan bidang ini.

Dah. Tu je. Sikit je kan soalan dia? Nampak cam senang, tapi belum tentu lagi kita akan berjaya. Tapi, sekurang-kurangnya bersyukurlah sebab semuanya berjalan dengan lancar.

Akhir kata, itu saja daripada saya...tiada apa lagi tips yg nak dikongsikan sbb byk tips sama je yg dh berulang2 kali saya sebut dlm post2 temuduga saya yg sebelum ini haha. Tak susah manapun, just be confident. Dia takde tanya benda-benda fakta, tentang Falsafah Pendidikan ke, nama Menteri Pendidikan ke...takde pun. Takde suruh mengajar kat depan. Tapi depends jugak ikut org yg interview tu. Kadang sesuke hati dia je nak buat apa. Basically, dia takde tanya benda yg mendalam pun berkaitan subjek yg kita mohon. InshaaAllah, mudah je sebenarnya...so, buat yang terbaik! ;)

Terima kasih, ayah kerana telah banyak berkorban untuk kita mencapai impian kita... :')

*InshaaAllah, post yg seterusnya saya akan share macam mana saya boleh lulus Ujian MEdSI kali ke2. Wait yeah~
*Update! Saya tak berjaya temuduga hmm mungkin sbb dia mmg tak terima orang yang dah sambung belajar...Takpelah, bukan rezeki saya di UPSI, so kita move on jelah ok?

7 comments:

  1. Kak nk tnye. .. Ade ke sesi yg kne buat essay pape???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu, maaf ssgt tak prasan ada komen baru sbb dah lama tak aktif menulis blog... Rasa mcm dah trlmbt je nak jwb kan, tp takpelah, saya jwblah jgak 😅 masa zaman saya, takde kena buat esei pun, mmg just ujian buta warna then iv terus. Btw, sorry again for the late reply

      Delete
  2. salam kak, kalau x lepas/gagal ujian medsi upsi boleh ke apply utk sec intake upsi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sorry lmbt reply. Yup boleh je, saya pun dulu mcm tu. 1st medsi gagal, lepastu mohon 2nd intake, medsi pun lepas.

      Delete
  3. kak klo dia tnya knapa pilih upsi ap jawapan yg terbaik kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm... Kalau nak minta jawapan terbaik tu, saya pun tak sure. Saya sndiri pun dah tak ingt dah jwpn yg dulu, cuma isinya lebih kurg sama dgn apa yg saya dah explain dlm blog ni. Ni antara idea yg saya leh fikirkan, tp still takleh jamin ia jwpn yg terbaik ke tak.

      "Saya memilih UPSI kerana ianya merupakan 1 platform yg paling tepat untuk melatih saya menjadi seorang guru yang berwibawa pada 1 hari nanti, serta telah terbukti UPSI terkenal sebagai universiti yang berjaya melahirkan ribuan tenaga pengajar dari seluruh pelusuk Malaysia. Walaupun kini bidang pendidikan di UPSI telah menjadi 'open market' , namun dengan belajar di UPSI telah memberi peluang besar untuk saya menceburi bidang perguruan yg telah lama saya minati. Hal ini kerana saya seorang yang cintakan pendidikan dan suka menyebarkan ilmu kepada orang ramai, justeru saya yakin UPSI adalah pilihan yg terbaik yang mampu membantu saya merealisasikan impian saya tersebut."

      Basically kena mention kelebihan/keistimewaan/kecemerlangan UPSI tu. Nampak mcm klise kan, tp kalau ada jwpn sndiri pun lg ok.

      Delete
  4. akak nak tanya, macam mana dengan ujian khas tu? Dulu masa akak iv adake?

    ReplyDelete