Tuesday, February 25, 2020

1st Day Intern @ Japen Melaka

YES I OFFICIALLY BECOME AN INTERNSHIP STUDENT AT JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI MELAKA! Huhu over je...

Alhamdulillah so far hari lapor diri berjalan dengan lancar. Drive sendiri gerak jam 7.30 pagi, 7.40 lebih dah sampai. Sarapan roti jap dalam kereta, then nak dekat pukul 8 baru naik atas. Nervous gak sebab gerak seorang diri kan, awkward sikit. Dah masuk office, sunyi sepi ramai tak datang lagi. Saya diminta untuk tunggu pengarah datang dalam pukul 9 sebab pengarah nak jumpa saya sebelum meeting 10.30 pagi.

Perkara yang buat saya amazed gak harini adalah saya baru tahu rupanya diaorang yang bekerja di sini pun ada je yang berasal dari Masscomm, Broadcasting pun ada. Bukan supervisor saya je, pengarah sendiri pun sama. Tak sangka huhu ingatkan saya yang sesat kat sini. Syukur saya disambut dengan baik, tapi still belum dapat kenal semua orang lagi huhu. Masing-masing busy buat kerja kan... Tapi mana yang saya dah berkenalan ni memang peramah semuanya, sudi bantu saya & sebagainya.

Kalau nak tanya apa yang saya buat harini, biasalah 1st day kan belum ada kerja lagi. Mereka just ajak saya join 2 meeting untuk Program Politeknik Malaysia International Chess Carnival Melaka & Program Youth House yang akan berlangsung pada bulan Mac 2020. Awalnya memang blur gaklah tak faham apa yang berlaku, tapi lama-lama kita makin boleh catch up fungsi Japen Melaka (which is uruskan hebahan & publisiti bagi media-media di Melaka). Nampak macam seronok gak sebab kiranya Japen Melaka ni yang kawal RTM Melaka, Melaka Kini gitu lah... Hebat kan.

Next petang tu pula just buat discussion dengan team saya. Hah fyi, saya dapat Cawangan Media Siber woohoo tapi pengarah suruh saya rotate department tiap2 bulan hmm entahlah, tengoklah macam mana nanti. CMS ni kiranya team yang manage social media Japen (Facebook, Twitter, Instagram & YouTube) dan hasilkan video untuk setiap program diaorang, lebih kurang la... Oklah tu, kena dengan kos saya hehe. Saya bayangkan ramailah ahli team ni rupanya 3 orang je (tak termasuk supervisor Puan S). Team tu 2 orang perempuan (Kak F & Kak N) & seorang lelaki (Abang Z). Boleh tahan masuk air gak diaorang ni haha..

Masa discussion tu, Puan Shima minta saya ikut turun padang pada Ahad 8 Mac jam 4 petang di Alor Gajah & Ahad 15 Mac jam 10 pagi di Taman Seribu Bunga. Means saya kena lihat cara diaorang kerja (iaitu cover untuk perasmian 2 program tadi tu). Then, saya juga diberikan tugas untuk menghasilkan video trivia sebulan sekali. Kitaorang pun siap dah brainstorm idea untuk video raya nanti huhu tak sabarnya...

So, tu jelah pengalaman untuk harini. Saya akui ada masa saya bosan huhu dgn tengok meja kosong tak dapat hias lagi. Tapi takpelah, saya harap lepasni saya akan dapat belajar banyak benda & dapat pengalaman kat sini. Cuma 1 kejadian yang memalukan harini adalah saya terjatuhkan plastik berisi kuah nasi ayam kat tempat jiran meja sebelah saya huaaa serba salah gileee. Tapi dia lagi kesian kat kita yelah sebab dah takde kuah untuk makan nasi ayam nanti huhu. Ada gak pekerja yang sporting suka buat lawak & macam-macam lagi. Terima kasih untuk harini! Hope the day after this will become one of the best memories in my life InshaaAllah...

Eh eh macam kenal je huhu tepunya muka.
Sumber: FB Japen Melaka

Friday, February 21, 2020

The Hardships of My Internship

Hai korang, kalini saya just nak share kisah peribadi saya, iaitu kesukaran yang saya hadapi sepanjang nak mendapatkan tempat latihan industri. Tiada apa yang penting dalam entry ini jadi sesiapa yang rasa nak skip baca tu, dipersilakan ye huhu.

Segalanya bermula selepas taklimat berkaitan latihan industri di fakulti saya pada 4/10/19, saya terus target nak intern di salah sebuah stesen tv terbesar di Malaysia yang bertempat di ibu kota. Namun sebaik saja saya utarakan hasrat tersebut kepada parents saya, parents saya terus tak setuju saya nak intern di KL, alasannya kerana tak yakin saya boleh survive di sana. Mungkin juga kos sara hidup turut jadi faktor besar yang menghalang impian saya. Ayah juga tak benarkan saya bawa transport sendiri kerana kurang percaya akan kebolehan saya untuk drive, walaupun saya dah katakan saya ingin belajar hidup berdikari dengan pelbagai alternatif yang ada. Malah sebaliknya ayah mencadangkan saya memilih stesen tv di Negeri Sembilan pula. Hmm jujur waktu itu saya rasa terkilan, sedih dan terdiam tak mampu berkata apa. Semenjak hari itu, saya takut untuk membangkitkan topik berkaitan intern di hadapan parents saya, namun pada masa sama saya cuba mencari tempat praktikal lain yang terdapat di Melaka, tapi tetap juga tiada yang kena dengan jiwa saya. Disebabkan dah kesuntukan masa untuk fikir tempat intern, ditambah pula busy dengan assignment yang berlambak pada hujung semester, jadi saya isi juga borang permohonan saya dengan 3 pilihan yang mana pihak universiti yang akan uruskan, kerana tak sempat untuk call bertanyakan kekosongan di tempat yang lain. Dan sudah tentu pilihan pertama saya ialah stesen tv yang saya impikan dari mula lagi, walaupun parents saya tak setuju, saya mohon juga dengan harapan apabila saya dah dapat nanti, saya boleh ubah fikiran ibu ayah saya.

Kemudian tunggu punya tunggu, sudah sebulan lebih kami masih tak dapat jawapan daripada pihak sana, sedangkan rakan yang memohon tempat lain kebanyakannya sudah berjaya diterima. Risau juga kerana nama kami yang dihantar paling awal, namun kami yang paling lambat dapat jawapan. Tibalah 1 hari di mana madam minta kami pilih antara bahagian hiburan atau faktual dan nyatakan program apa, jadi saya pun pilih faktual iaitu rancangan berita. Rupanya apa yang saya pilih itu bukan faktual tetapi news department, madam kata boleh mohon tapi belum tentu boleh dapat, jadi saya kekalkan je pilihan saya tersebut. Esoknya dapat makluman sesiapa yang mohon faktual, perlu hadir interview pada minggu depan. Maksudnya saya terkecuali jadi saya tak perlu pergi interview, hanya perlu tunggu respon yang seterusnya je.

Tunggu punya tunggu lagi, masih tiada sebarang update terbaru. Disebabkan saya dah mula risau tak dapat tempat, saya tanya madam sama ada saya boleh proceed mohon pilihan yang ke-2 & ke-3 saja, atau boleh mohon yang lain? Madam kata saya tak boleh proceed sebab dah full, so saya cuba mohon stesen tv di Melaka pula. Pada mulanya saya tak berminat nak intern di stesen tv tersebut kerana setahu saya ianya cuma ada radio je, rupanya setelah saya stalk mereka, saya baru tahu tentang kewujudan bahagian berita ehwal semasa. Itu yang membuatkan saya tertarik & mula terbuka hati untuk mohon, tapi dengan syarat jika ayah benarkan saya drive sendiri kereta ke sana kerana saya tak mahu menyusahkan orang lain dengan terpaksa menumpang mereka, termasuk parents saya sendiri. Nak bawa motor? Hmm memang taklah ayah saya kasi. Jadi selepas berbincang dengan ayah saya, ayah pun izinkan saya drive kereta & saya pun bersetuju untuk mohon intern di Melaka, seperti yang ayah saya minta. Lalu saya pun call untuk bertanyakan kekosongan, namun individu yang mengangkat call saya tidak pasti untuk jawab soalan tersebut, jadi beliau suruh saya terus send email je. Saya pun segera mencatat alamat email yang disebutnya. Tapi segala dokumen & surat daripada universiti madam tak dapat sediakan buat masa ini, tertangguh disebabkan busy dengan musim final. Jadi saya pun terpaksa tunggu lagi...

Selepas seminggu, barulah madam send permohonan saya kepada alamat email rasmi pada 15/1/20, bukan email peribadi seperti yang saya terima tempoh hari. Namun saya biarkan saja kerana sejujurnya, hati saya masih berharap tinggi pada pilihan pertama. Lama selepas itu kami dapat tahu semua yang minta bahagian faktual sebelum ini, semuanya diterima masuk intern. Pada saat itu timbul rasa sedikit kesal di hati kerana tak minta bahagian tersebut, tetapi apakan daya. Kemudian 1 hari saya dapat call dari stesen tv pilihan pertama saya. Beliau bertanya sama ada saya setuju untuk ditempatkan di bahagian hiburan atau tak. Saya pun terima je daripada tak dapat langsung kan. Lalu beliau terus kata, minggu depan interview. Saya rasa nervous tapi turut excited sebab akhirnya ada perkembangan dari pihak sana. Tiba-tiba pada esok paginya, saya dapat call semula, beliau suruh saya cari tempat intern lain dengan alasan mereka busy untuk prepare event besar yang akan bersiaran langsung tak lama lagi, jadi producer kata mereka tak sempat untuk buat interview. Hati saya hancur luluh kerana selama ini saya sudah lama bersabar menunggu namun akhirnya penantian saya sia-sia. Sukar untuk saya move on namun saya bangkit dengan send permohonan ke stesen tv di Melaka sekali lagi, kali ini menggunakan email peribadi pada 22/1/20. Setelah beberapa hari masih senyap lagi, jadi saya bercadang untuk mohon backup plan saya yang seterusnya, iaitu organisasi berita di Melaka. Namun madam minta saya tunggu sekurang-kurangnya seminggu, jika masih tiada respon barulah saya boleh proceed mohon yang lain.

Seminggu kemudian, saya call stesen tv tersebut untuk bertanya status permohonan saya, beliau berkata beliau tidak mendapat sebarang email daripada saya, rupanya baru saya sedar, saya tersalah ejaan alamat emailnya, jadi saya terus forward email yang sama kepada alamat yang betul, sejurus selepas tamat call. Dan saya berfikir..mungkin saya perlu berikan masa seminggu lagi untuk beliau check segala dokumen saya, barulah saya akan call semula. Hingga minggu depan, saya call dan beliau menjawab, buat masa ini mereka perlu limitkan bilangan pelajar industri & sekarang mereka telah menerima 3 ke 4 orang pelajar untuk sesi bulan Mac, jadi jawapannya saya tidak diterima. Hmm... Sekali lagi saya berasa hampa, namun saya terus kuatkan semangat untuk mohon backup plan saya, jadi esoknya saya terus call organisasi berita tersebut. Sekali lagi saya kecewa kerana beliau menjawab mereka tidak buka kekosongan untuk pelajar intern. Saya redha.. Namun esoknya saya lihat, mereka war2kan iklan bahawa mereka sedang mencari orang yang boleh mengisi jawatan kosong tertentu di sana. Hmm entahlah, mungkin mereka memang taknak budak intern, tak tahulah kenapa.

Saya jadi buntu.. Saya dah tak tahu nak buat apa... Tiba 1 hari, madam bertanya siapa yang pernah dapat call daripada stesen tv di KL (pilihan pertama saya), saya pun menceritakan segalanya kepada madam. Lalu madam menjelaskan bahawa saya masih ada harapan...kerana resume kami HR akan pass kepada pelbagai department, jadi jika 1 department tolak, resume tersebut akan di pass pula kepada department yang lain sehinggalah berjaya. Yang pasti, madam tetap yakinkan saya bahawa saya akan dapat tempat di sana, cuma prosesnya saja yang sangat lambat. Saya tak kisah...tapi yang menjadi masalah adalah urusan rumah sewa saya. Memang saya dah survey pelbagai rumah, namun still tak boleh buat sebarang perjanjian kerana tiada confirmation daripada tempat intern. Saya cuma takut saya tak sempat jumpa rumah sewa je nanti...

Jadi saya pun mula bertanya kawan-kawan yang sudah ada rumah di sana, malangnya kesemua mereka jawab rumah mereka sudah full, tiada kekosongan untuk saya. Apa lagi yang saya perlu lakukan hmm... Kemudian saya dapat tahu stesen tv di Negeri Sembilan yang pernah ayah saya cadangkan dulu, masih mempunyai 1 kekosongan. Lalu saya pun bertanya seorang rakan batch yang dapat tempat di sana berkaitan rumah sewanya, dia menjawab dia akan berulang alik setiap hari ke rumah asalnya. Hmm jadi saya tangguhkan hasrat tersebut kerana sudah tentu mustahil untuk saya tinggal seorang diri di sana. Tak lama selepas itu, abang saya maklumkan pula pasal sebuah stesen tv (pilihan ke-3 saya) ada menyebarkan iklan yang mereka sedang mencari pelajar intern. Saya terkejut kerana setahu saya madam kata tempat itu sudah full, jadi saya bertanya semula kepada madam. Madam tidak pasti tapi sekiranya saya ingin mohon ke sana, madam boleh bertanyakan HR mereka. Namun saya tangguhkan juga hasrat ini kerana rumah sewa saya masih samar-samar lagi..

Hinggalah 1 hari, ayah sudah mula mendesak saya mohon sebuah agensi kerajaan yang sangat dekat dengan rumah saya, kerana terdapat kenalan di sana. Jadi akhirnya saya ikutkan permintaan ayah, saya minta madam buatkan surat dan madam jawab madam akan sediakan selepas 3 hari nanti. Tanpa disangka, tiba-tiba ramai pula yang muncul untuk bantu saya, tetiba jugak kawan batch yang intern kat Negeri Sembilan tu ajak saya duduk rumah sewa sama-sama sebab ada seorang kawan dia pun nak mohon sana gak. Seorang ex-housemate yang sudah ada rumah sewa dengan orang lain, ajak saya untuk mencari bilik lain berdua sama-sama. Ada pula kawan yang intern tempat lain, nak tolong saya cari tempat intern & cari rumah sewa. Terharu sebab tak sangka seolah-olah dipermudahkan pula last minit... Namun saya dapat rasakan, ayah saya takkan setuju untuk saya intern di KL, jadi saya tak berani berjanji dengan mereka. Saya tanya ayah saya dulu, seperti yang sudah dijangka, ayah suruh saya lupakan je tempat yang saya harapkan itu dan fokus di Melaka je. Hmm saya dah pun prepare hati saya untuk terima jawapan tersebut, terus saya minta maaf & explain kepada kawan saya. Dia berkata senior sebelum ni yang intern di sana pun dapat jawapan sehari sebelum intern, dia pun sudah jumpa bilik sharing berharga RM200 dan 2 minit saja berjalan kaki ke MRT. Namun apakan daya, parents tetap tak kasi, saya pun cuba berlapang dada dan cuba memujuk hati...

Sebenarnya saya masih punya plan terakhir, iaitu intern dengan jiran saya. Kiranya dia ada team yang shoot video untuk wedding pada weekend kebiasaannya, dan dia pun sangat mengalu-alukan saya join team dia. Saya berminat sebenarnya tetapi masih rasa ragu kerana kerja dengan camera bukanlah niche saya. Saya takut saya tak function langsung nanti, selain tu sejujurnya saya ada rasa awkward juga kerana semuanya lelaki dan selalunya lewat malam mereka adakan meeting huhu. Sebab tu saya cuba juga usaha dapatkan company lain dulu. Sehari selepas saya send email kepada agensi kerajaan tersebut, saya terus dapat call pada pukul 11.40 pagi tetapi saya tersilent phone dan hanya sedar ada panggilan pada pukul 12 tengah hari. Nak call sekarang rasa macam tak sesuai sebab mengganggu waktu rehat kan, jadi saya tunggu sehingga pukul 3. Saya call semula untuk tanya jika ada apa-apa yang ingin dimaklumkan kepada saya, namun individu yang jawab call pada petang itu tak tahu siapa yang call saya pada pagi tadi. Tak mengapa...saya tunggu lagi. Sejurus selepas itu saya dapat panggilan daripada stesen tv pilihan pertama saya. Terkejut jugak ingatkan dah dapat jawapan, rupanya bukan.. Dia just tanya selain hosting, apa lagi yang saya minat, bukan yang saya power. Saya pun jawablah news reading & video editing. Tapi saya tiada pengalaman edit guna Adobe Premier Pro sebab tiada software tersebut dalam laptop saya. Mungkin mereka sedang cari video editor tapi saya tak cukup menepati ciri yang dicari, jadi dia kata dia akan call balik lain kali. Hmm takpelah... Saya pun memang dah taknak menaruh harapan lagi. Tibalah malam pula, saya dapat panggilan daripada nombor phone biasa, rupanya kenalan di agensi kerajaan tersebut. Dia maklumkan bahawa permohonan saya sudah dihantar ke Putrajaya & jadi lama kerana isu bayaran elaun. Saya dah agak dah hmm... Jadi saya cuma kata yang saya tak kisah pasal elaun, janji saya dapat tempat & dapat pengalaman.

Keesokkannya, pagi tu saya dapat call daripada HQ di Putrajaya, beliau kata beliau dimaklumkan berkenaan saya perlu start intern pada Isnin hadapan (which means lebih kurang 4 hari je lagi) jadi beliau minta kepastian daripada saya betulkah saya takkan minta apa-apa tuntutan nanti. Saya mampu gelak je haha nak buat macam mana kan, sejujurnya jauh dari sudut hati teringin gak nak dapat bayaran sikit (at least boleh jadi duit poket, tak banyak pun takpe, tak kisah pun pasal amaun dia) tapi saya setuju jelah daripada tak dapat langsung kan, saya pun dah tak boleh nak memilih pada saat-saat akhir ni. Beliau pun segera mengeluarkan offer letter untuk saya...dan akhirnya, saya berjaya juga dapat tempat intern huhu Alhamdulillah... Setelah segala susah payah yang saya harungi, akhirnya saya akan ditempatkan di...tut tut (nak tahu saya intern kat mana? Bacalah next post nanti haha tapi takdelah sehebat awak semua, beshe beshe je kita).


Apapun saya tetap bersyukur, berbaloi juga setiap titisan air mata saya selama ni yang mengalir disebabkan stress fikir pasal intern huhu. Terima kasih sebab sudi baca sampai habis, nampak sangat yang awak care sungguh pasal saya ye haha. Doakan saya dah nak lapor diri dah ni hehe & i wish you all the best for everything!

*Update! Surprisingly baru harini saya dapat offer letter daripada stesen tv pilihan pertama saya. Nak buat macam mana kan, dah terlambat dah untuk saya terima huhu so kita move on jela ye?