Tuesday, February 25, 2020

1st Day Intern @ Japen Melaka

YES I OFFICIALLY BECOME AN INTERNSHIP STUDENT AT JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI MELAKA! Huhu over je...

Alhamdulillah so far hari lapor diri berjalan dengan lancar. Drive sendiri gerak jam 7.30 pagi, 7.40 lebih dah sampai. Sarapan roti jap dalam kereta, then nak dekat pukul 8 baru naik atas. Nervous gak sebab gerak seorang diri kan, awkward sikit. Dah masuk office, sunyi sepi ramai tak datang lagi. Saya diminta untuk tunggu pengarah datang dalam pukul 9 sebab pengarah nak jumpa saya sebelum meeting 10.30 pagi.

Perkara yang buat saya amazed gak harini adalah saya baru tahu rupanya diaorang yang bekerja di sini pun ada je yang berasal dari Masscomm, Broadcasting pun ada. Bukan supervisor saya je, pengarah sendiri pun sama. Tak sangka huhu ingatkan saya yang sesat kat sini. Syukur saya disambut dengan baik, tapi still belum dapat kenal semua orang lagi huhu. Masing-masing busy buat kerja kan... Tapi mana yang saya dah berkenalan ni memang peramah semuanya, sudi bantu saya & sebagainya.

Kalau nak tanya apa yang saya buat harini, biasalah 1st day kan belum ada kerja lagi. Mereka just ajak saya join 2 meeting untuk Program Politeknik Malaysia International Chess Carnival Melaka & Program Youth House yang akan berlangsung pada bulan Mac 2020. Awalnya memang blur gaklah tak faham apa yang berlaku, tapi lama-lama kita makin boleh catch up fungsi Japen Melaka (which is uruskan hebahan & publisiti bagi media-media di Melaka). Nampak macam seronok gak sebab kiranya Japen Melaka ni yang kawal RTM Melaka, Melaka Kini gitu lah... Hebat kan.

Next petang tu pula just buat discussion dengan team saya. Hah fyi, saya dapat Cawangan Media Siber woohoo tapi pengarah suruh saya rotate department tiap2 bulan hmm entahlah, tengoklah macam mana nanti. CMS ni kiranya team yang manage social media Japen (Facebook, Twitter, Instagram & YouTube) dan hasilkan video untuk setiap program diaorang, lebih kurang la... Oklah tu, kena dengan kos saya hehe. Saya bayangkan ramailah ahli team ni rupanya 3 orang je (tak termasuk supervisor Puan S). Team tu 2 orang perempuan (Kak F & Kak N) & seorang lelaki (Abang Z). Boleh tahan masuk air gak diaorang ni haha..

Masa discussion tu, Puan Shima minta saya ikut turun padang pada Ahad 8 Mac jam 4 petang di Alor Gajah & Ahad 15 Mac jam 10 pagi di Taman Seribu Bunga. Means saya kena lihat cara diaorang kerja (iaitu cover untuk perasmian 2 program tadi tu). Then, saya juga diberikan tugas untuk menghasilkan video trivia sebulan sekali. Kitaorang pun siap dah brainstorm idea untuk video raya nanti huhu tak sabarnya...

So, tu jelah pengalaman untuk harini. Saya akui ada masa saya bosan huhu dgn tengok meja kosong tak dapat hias lagi. Tapi takpelah, saya harap lepasni saya akan dapat belajar banyak benda & dapat pengalaman kat sini. Cuma 1 kejadian yang memalukan harini adalah saya terjatuhkan plastik berisi kuah nasi ayam kat tempat jiran meja sebelah saya huaaa serba salah gileee. Tapi dia lagi kesian kat kita yelah sebab dah takde kuah untuk makan nasi ayam nanti huhu. Ada gak pekerja yang sporting suka buat lawak & macam-macam lagi. Terima kasih untuk harini! Hope the day after this will become one of the best memories in my life InshaaAllah...

Eh eh macam kenal je huhu tepunya muka.
Sumber: FB Japen Melaka

3 comments:

  1. Inn sha Allah semoga awak dapat peroleh pengalaman, dan semoga intern ni jugak akan jadi satu kenangan yang paling manis dalam kehidupan awak ni ya, keep fighting🤗💪🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah.. Aaminn. Terima kasih Danial. Good luck jugak untuk sem baru ni 👍

      Delete
  2. Assalamualaikum saya ingin bertanya, bagaimana ye awak mohon intern di situ? dan berapa lama ya masa pihak saya akan beri maklum balas. sebab saya bercadang mahu intern di sana

    ReplyDelete