Saturday, October 24, 2020

Interview Pembantu Klinik Pergigian

Hey guys! What's up? Haha setelah sekian lama berhabuk blog ni, akhirnya baru harini ada semangat nak menulis balik. Tu pun sebab nak share pengalaman interview semalam. Interview apa? Haa interview kerja sebagai Pembantu Klinik Pergigian di sebuah klinik swasta @ Melaka hehe. Walaupun takde kena mengena dengan bidang saya tapi memang niat utama untuk cari pengalaman lah. Yelah fresh graduate kan. Ada jugak try apply kerja lain sebelum ni tapi belum ada rezeki huhu. So kita cuba pula nasib di sini.

Well, takde apa tips pun untuk interview ni haha just saje nak share apa yang terjadi je. Sebelum hari interview tu, memang dah set up turn saya pukul 10 sebab diaorang nak jaga penjarakan sosial. Saya sampai dalam pukul 9.45. Ada calon lain tengah interview masa tu, so saya tunggu jelah dulu. Tapi masa nak daftar kat kaunter, tak tahulah kenapa tangan saya menggigil-gigil nak tulis nama dengan nombor telefon sendiri haha serius tak boleh control masa tu, malu pun ada. Bukan sebab takut, tapi maybe nervous sikit kot sebab dah lama sangat tak interview, walaupun dah pernah ada banyak pengalaman sebelum ni tapi last masa 2017 weh haha lama sangat dah. Takpelah.

Then bila calon lain tu dah selesai, tibalah masa nama saya pula dipanggil (bdk tu pakai seluar je weh, kenapalah kau rajin sangat pakai baju kurung formal aina oii hahaha). Aduh risau jugaklah kalau dr tanya soalan bab pergigian ke apa ke huhu harapnya taklah. Dr yang interview saya masa tu lelaki, dia just nak tengok resume je, tak mintak dokumen lain pun. Macam biasalah soalan yang wajib ditanya, "Perkenalkan diri". Saya bagitahu nama saya, umur, tempat tinggal, status sekarang (baru tamat pengajian), praktikal kat mana, kemahiran/kelebihan diri (yang berkaitan dengan jawatan) & tujuan datang interview harini. 

Lepastu dia tengok resume saya, dia puji result saya semua bagus-bagus haha saya pun terima kasih jelah, then dia tanya, "SPM ni 7A2B kan. 2B ni subjek apa?". Ah sudah haha "Biology & AddMath". Then dia macam curious, kos broadcasting ni kerja macam mana. Saya pun explain lah skop kerja tu meluas tapi main sebenarnya kerja kat stesen tv blablabla. Dia tanya, kenapa tak kerja macam tu? Huhu, saya jawab sebab saya stay Melaka, cuma ada RTM Melaka je kat sini, tu pun kena mohon melalui SPA so susah sikitlah hehe. That's why tak berharap sangat. 

Tiba-tiba dia tanya, pakai braces kat mana? Hahaha dah agak dah dia akan tanya soalan ni. Saya jawablah kat klinik sekian sekian, dengan dr sekian sekian. Dia tanya, guna duit siapa? Saya jawab guna duit yang saya kumpul selama ni, walaupun belum cukup, tapi saya akan usaha lagi lah. Dia pun tanya jugak Jabatan Penerangan ni apa sebenarnya. Saya ceritalah jabatan ni menyebarkan maklumat kepada orang ramai berkaitan dasar-dasar kerajaan, melalui platform media sosial dan juga secara berhadapan (turun padang & sebagainya blabla). 

Then dia tanya, apa yang awak boleh tawarkan di sini? Haa ni pun soalan common gak ni. So cara saya jawab, saya share pengalaman saya semasa praktikal (banyak mengendalikan komputer) dan pengalaman semasa zaman belajar (banyak berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang) dengan contohnya sekali, untuk saya kaitkan dengan tugas pembantu klinik. Kiranya saya akan applikasikan semua kemahiran yang saya pernah guna tu, untuk bekerja di sini nanti hehe. Memandangkan saya dari kos penyiaran, dia pun tanyalah saya, macam mana nak collect crowd? Saya jawab, cara yang paling mudah of course melalui media sosial, kita pelbagaikan cara promote klinik tu bukan hanya dengan post gambar seperti biasa, tapi boleh juga create video atau buat pertandingan kuiz ke blabla supaya dapat menarik minat ramai orang. Dia cakap, bagus jawapan awak ni tapi awak tahu ke nak buat macam mana? Saya jawab yang dulu saya memang biasa buat tugas macam ni semasa praktikal, contohnya bila jabatan ada buat pertandingan untuk orang awam, sayalah yang edit video untuk promote pertandingan tu, dari situ kami dapat tarik perhatian ramai orang untuk lebih kenal tentang jabatan ni. 

Tibalah ke soalan yang seterusnya... Ada pengalaman kerja? Huhu saya jujur jelah, tiada SEBAB saya baru dapat result hujung bulan 9 haritu then ada try mohon kerja-kerja lain sebelum ni tapi belum ada rezeki (key point nya kita kena ada explanation sikitlah huhu jangan jawab pendek gitu je). Banyak lagilah soalan dia tanya, kenal klinik ni ke sebelum ni, mahir cakap inggeris, flexible tak masa kerja, motivasi kerja & macam-macam lagi. Dia pun siap bagi soalan matematik haha tapi boleh kira guna kalkulator lah. Lagi satu soalan yang sangat penting, expected salary. Saya jawab yang memandangkan saya seorang fresh graduate yang belum banyak pengalaman lagi, saya takdelah menetapkan permintaan yang tinggi tapi sekurang-kurangnya minimum gaji permulaan tu saya harap blablabla supaya berbaloi lah dengan masa dan tenaga yang akan saya curahkan sepanjang bekerja nanti. Fuh... 

Lastly, dia tanya kalau terpilih nanti, bila boleh start bekerja & kalau tak terpilih, nak kami call bagitahu ke atau tak. Saya prefer bagitahulah huhu supaya saya tak tertunggu-tunggu. Masa dia tanya ada apa-apa soalan ke, saya just nak tahu apa-apa kekurangan saya sepanjang interview ni yang boleh saya perbaiki untuk masa hadapan ke, kalau adalah. Dah settle semua, saya pun cakap terima kasih kat dr tu (2 kali gaklah sebut haha) & siap terima kasih kat akak kaunter tu sekali (excited kot dah habis, dalam 30 minit lebih gaklah). 

Alhamdulillah... So far saya rasa berjalan lancar jela interview tu. Saya pun dah buat yang terbaik, tapi tak tahulah kan kalau ada orang lain yang lebih baik daripada saya huhu tinggal pasrah jelah sekarang ni. Tu je ceritanya. InshaaAllah kalau berjaya diterima, saya share pula my 1st job experience untuk next entry KALAU ditakdirkan ada rezeki saya lah nanti. Terima kasih sebab sudi baca perkongsian saya yang tak seberapa ni. Semoga ada jodoh berjumpa lagi untuk cerita yang lain hehe.  Hope saya dapat semula mood rajin saya lepasni hahaha bye! 😁

*Update! Alhamdulillah saya berjaya diterima huhu sekarang rasa jauh lagi nervous pulak nak kerja daripada nervous nak temuduga hahaha doakan segala dipermudahkan ye?