Saturday, October 24, 2020

Interview Pembantu Klinik Pergigian

Hey guys! What's up? Haha setelah sekian lama berhabuk blog ni, akhirnya baru harini ada semangat nak menulis balik. Tu pun sebab nak share pengalaman interview semalam. Interview apa? Haa interview kerja sebagai Pembantu Klinik Pergigian di sebuah klinik swasta @ Melaka hehe. Walaupun takde kena mengena dengan bidang saya tapi memang niat utama untuk cari pengalaman lah. Yelah fresh graduate kan. Ada jugak try apply kerja lain sebelum ni tapi belum ada rezeki huhu. So kita cuba pula nasib di sini.

Well, takde apa tips pun untuk interview ni haha just saje nak share apa yang terjadi je. Sebelum hari interview tu, memang dah set up turn saya pukul 10 sebab diaorang nak jaga penjarakan sosial. Saya sampai dalam pukul 9.45. Ada calon lain tengah interview masa tu, so saya tunggu jelah dulu. Tapi masa nak daftar kat kaunter, tak tahulah kenapa tangan saya menggigil-gigil nak tulis nama dengan nombor telefon sendiri haha serius tak boleh control masa tu, malu pun ada. Bukan sebab takut, tapi maybe nervous sikit kot sebab dah lama sangat tak interview, walaupun dah pernah ada banyak pengalaman sebelum ni tapi last masa 2017 weh haha lama sangat dah. Takpelah.

Then bila calon lain tu dah selesai, tibalah masa nama saya pula dipanggil (bdk tu pakai seluar je weh, kenapalah kau rajin sangat pakai baju kurung formal aina oii hahaha). Aduh risau jugaklah kalau dr tanya soalan bab pergigian ke apa ke huhu harapnya taklah. Dr yang interview saya masa tu lelaki, dia just nak tengok resume je, tak mintak dokumen lain pun. Macam biasalah soalan yang wajib ditanya, "Perkenalkan diri". Saya bagitahu nama saya, umur, tempat tinggal, status sekarang (baru tamat pengajian), praktikal kat mana, kemahiran/kelebihan diri (yang berkaitan dengan jawatan) & tujuan datang interview harini. 

Lepastu dia tengok resume saya, dia puji result saya semua bagus-bagus haha saya pun terima kasih jelah, then dia tanya, "SPM ni 7A2B kan. 2B ni subjek apa?". Ah sudah haha "Biology & AddMath". Then dia macam curious, kos broadcasting ni kerja macam mana. Saya pun explain lah skop kerja tu meluas tapi main sebenarnya kerja kat stesen tv blablabla. Dia tanya, kenapa tak kerja macam tu? Huhu, saya jawab sebab saya stay Melaka, cuma ada RTM Melaka je kat sini, tu pun kena mohon melalui SPA so susah sikitlah hehe. That's why tak berharap sangat. 

Tiba-tiba dia tanya, pakai braces kat mana? Hahaha dah agak dah dia akan tanya soalan ni. Saya jawablah kat klinik sekian sekian, dengan dr sekian sekian. Dia tanya, guna duit siapa? Saya jawab guna duit yang saya kumpul selama ni, walaupun belum cukup, tapi saya akan usaha lagi lah. Dia pun tanya jugak Jabatan Penerangan ni apa sebenarnya. Saya ceritalah jabatan ni menyebarkan maklumat kepada orang ramai berkaitan dasar-dasar kerajaan, melalui platform media sosial dan juga secara berhadapan (turun padang & sebagainya blabla). 

Then dia tanya, apa yang awak boleh tawarkan di sini? Haa ni pun soalan common gak ni. So cara saya jawab, saya share pengalaman saya semasa praktikal (banyak mengendalikan komputer) dan pengalaman semasa zaman belajar (banyak berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang) dengan contohnya sekali, untuk saya kaitkan dengan tugas pembantu klinik. Kiranya saya akan applikasikan semua kemahiran yang saya pernah guna tu, untuk bekerja di sini nanti hehe. Memandangkan saya dari kos penyiaran, dia pun tanyalah saya, macam mana nak collect crowd? Saya jawab, cara yang paling mudah of course melalui media sosial, kita pelbagaikan cara promote klinik tu bukan hanya dengan post gambar seperti biasa, tapi boleh juga create video atau buat pertandingan kuiz ke blabla supaya dapat menarik minat ramai orang. Dia cakap, bagus jawapan awak ni tapi awak tahu ke nak buat macam mana? Saya jawab yang dulu saya memang biasa buat tugas macam ni semasa praktikal, contohnya bila jabatan ada buat pertandingan untuk orang awam, sayalah yang edit video untuk promote pertandingan tu, dari situ kami dapat tarik perhatian ramai orang untuk lebih kenal tentang jabatan ni. 

Tibalah ke soalan yang seterusnya... Ada pengalaman kerja? Huhu saya jujur jelah, tiada SEBAB saya baru dapat result hujung bulan 9 haritu then ada try mohon kerja-kerja lain sebelum ni tapi belum ada rezeki (key point nya kita kena ada explanation sikitlah huhu jangan jawab pendek gitu je). Banyak lagilah soalan dia tanya, kenal klinik ni ke sebelum ni, mahir cakap inggeris, flexible tak masa kerja, motivasi kerja & macam-macam lagi. Dia pun siap bagi soalan matematik haha tapi boleh kira guna kalkulator lah. Lagi satu soalan yang sangat penting, expected salary. Saya jawab yang memandangkan saya seorang fresh graduate yang belum banyak pengalaman lagi, saya takdelah menetapkan permintaan yang tinggi tapi sekurang-kurangnya minimum gaji permulaan tu saya harap blablabla supaya berbaloi lah dengan masa dan tenaga yang akan saya curahkan sepanjang bekerja nanti. Fuh... 

Lastly, dia tanya kalau terpilih nanti, bila boleh start bekerja & kalau tak terpilih, nak kami call bagitahu ke atau tak. Saya prefer bagitahulah huhu supaya saya tak tertunggu-tunggu. Masa dia tanya ada apa-apa soalan ke, saya just nak tahu apa-apa kekurangan saya sepanjang interview ni yang boleh saya perbaiki untuk masa hadapan ke, kalau adalah. Dah settle semua, saya pun cakap terima kasih kat dr tu (2 kali gaklah sebut haha) & siap terima kasih kat akak kaunter tu sekali (excited kot dah habis, dalam 30 minit lebih gaklah). 

Alhamdulillah... So far saya rasa berjalan lancar jela interview tu. Saya pun dah buat yang terbaik, tapi tak tahulah kan kalau ada orang lain yang lebih baik daripada saya huhu tinggal pasrah jelah sekarang ni. Tu je ceritanya. InshaaAllah kalau berjaya diterima, saya share pula my 1st job experience untuk next entry KALAU ditakdirkan ada rezeki saya lah nanti. Terima kasih sebab sudi baca perkongsian saya yang tak seberapa ni. Semoga ada jodoh berjumpa lagi untuk cerita yang lain hehe.  Hope saya dapat semula mood rajin saya lepasni hahaha bye! 😁

*Update! Alhamdulillah saya berjaya diterima huhu sekarang rasa jauh lagi nervous pulak nak kerja daripada nervous nak temuduga hahaha doakan segala dipermudahkan ye?

32 comments:

  1. Wuuuu..lain macam eh anak muda kita ni, semoga dimudahkan urusan awak tau..ada rezeki tu ada punyalah, jangan risau k.. nanti saya nak cari kerja, jangan lupa support saya pulak πŸ™„✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha thank you my no. 1 fan! Teruskan mengipas (menyokong) saya ye πŸ˜†

      Delete
    2. Tiba-tiba teringat blog awak. Saya baca balik komen saya and yes, thank you pernah support masa saya struggle untuk cari kerja. Terima kasih kasih atas semua jasa baik awak selama ini. Setelah berbulan ini, baru saya sedar semuanya salah saya. Thanks for everything! You such a wonderful person. May Allah always bless you and your family. InshaAllah.

      Delete
  2. Assalamualaikum Dan tahniah. So Masih bekerja Di Sana ke sekarang? Kalau nak bg job buat video utk produk terbaru Kami nak tak? Video kopi gula melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf lambat reply. Yup, masih bekerja lagi. Kalau nak shoot video, saya tak sure... πŸ‘‰πŸ»πŸ‘ˆπŸ» Tak kot. Saya more to editing sbnrnye πŸ™‡πŸ»‍♀️ Apepun, terima kasih atas pelawaan encik/cik 😊

      Delete
  3. Hi awak! Boleh saya tahu tak masa awak apply kerja ni kelayakan dia minimum spm ke? Saya ada interview jugak minggu ni tapi takut nak mention ada degree sbb dah berapa kali kena reject πŸ˜“

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu... Sorry ssgt lambat reply sbb saya dah lama tak bkk blog ni πŸ₯Ί takpelah, saya jwb jelah ea huhu. Untuk job yg ni, kelayakan dia min dip. Kita pun sbnrnye takleh nak tipu psl deg kita... Sbb mmg dah tulis dlm resume apa semua kan. Saya rasa tgk majikan jugak kot. Ada yg taknak amek org yg overqualified sbb takut demand gaji tinggi ke apa. So better masa tgh iv tu, kita cuba tunjukkan yg kita bkn jenis demand tinggi... Contohnya bila dia tanya psl expected salary kita, kita bg jwpn yg berpada2. Gitulah... Just my opinion je tau. Tak tentu apply pd semua tmpt. Bergantung pd rezeki jugak.. Ada je saya hantar resume kat gomen ni, jwtn dia min spm then smpai ke sudah saya tak dipanggil untuk iv pun πŸ˜… tp takpelah, janji kita dah jujur. Yg penting, kita highlightkan kemahiran/kelebihan kita yg akan buatkan diaorg rasa cam berbaloi amek kita. Harap berguna untuk awak.. Semoga berjaya ☺️

      Delete
    2. Untuk interview ni kita kena guna bahasa english or malay ya?

      Delete
    3. Kalau ikut pengalaman saya, in Malay je.

      Delete
  4. Hi, boleh share tak range gaji awak? I nak apply for this job, but tak sure nk letak expected salary berapa. Risau terletak lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai... Pendapat saya, range gaji yg sesuai untuk job ni around RM1200-RM1500 (standard) tpi masa iv jgn bg dlm bentuk range. Nanti nampak mcm kita tak confident. Kena bg amount yg tepat (depends pilihan masing2).

      Delete
  5. Nak tanya , first day awak kerja pembantu klinik . Awak pakai baju yang macam mana ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh saya pkai baju blouse yg formal & seluar slack hitam je... Depends klinik jugak kot, better awak tanya klinik tu nak mcm mana huhu. Mcm saya, diaorg kata tak kisah pkai baju apa asalkan seluar slack. Senang bergerak drpd kain.

      Delete
  6. Hi awak, nak tanya its okay kan kalau zero experience. dorang akan ajar kan . akan ada latihan kan. risau ye pergi kang dorang tak nak pon sebab kita zero experience hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm biasanya jawatan pembantu klinik tak perlukan pengalaman... Kita akan diajar sampai pandai. Tapi tengok klinik jugak kot, kalau swasta mostly diaorang tak kisah pun

      Delete
  7. Baru 2 haei bekerja di klinik gigi. Yang seronok.. Dapat belajar banyak bende yang baru.. Yang tak seronok.. Staf tak mesra alam.. Saya kene bawak diri saya sendiri. Beri saya motivasi tuk teruskan pekerjaan ni.. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yeke... Saya tak tahu nak bagi motivation mcm mana huhu but for sure, benda penting yg kita kena buat setiap kali rasa hilang semangat nak kerja adalah, ingat balik niat/the reasons kita usaha nak dpt kerja ni dulu2 (contoh sbb nak cari rezeki untuk ringankan beban keluarga etc). InshaaAllah cara ni akan bantu kita untuk tak terus rasa down dgn dugaan2 lain yg mendatang sbb yelah... Mana2 kerja pun sbnrnye mmg akan ada cabaran masing2. Tntg staff tak mesra alam tu pulak, actually kita mmg takleh buat apepun. Maybe sbb baru mula2 kerja ni, belum jumpa chemistry dgn rakan sekerja lg. Rasa susah nak ngam dgn diaorg awal2 kenal ni... Its a normal thing wak (sorry kalau saya tak memahami sbb tak tahu situation sbnr mcm mana kan) saya pun pernah lalui benda yg sama jugak. Just be yourself je... Bagi masa dulu untuk tabahkan diri teruskan kerja ni, try to love your job, inshaaAllah tak lama nanti semuanya akan jd ok, percayalah.. Nanti awak akan jumpa hikmahnya kenapa awak ditakdirkan dpt kerja ni. Tp kalau dlm tempoh yg lama tu pun still tak happy jugak, barulah boleh buat decision lain k. Buat masa ni, give yourself a chance first & don't give up k 😊

      Delete
  8. Hi, awak masih bekerja disitu sekarang? boleh saya tahu apa antara skop kerja awak sebagai pembantu klinik pergigian tu yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai... Yup. Hmm kalau sebut pasal skop kerja pembantu klinik gigi ni, main tugas diaorg biasanya kena bantu doktor semasa rawatan nanti (prepare alat2 yg diperlukan, assist sebelah doktor & ikut arahan doktor). Means diaorang kena ada serba sedikit ilmu berkaitan pergigian jugak (kalau takde pun, selalunya akan diajar). Tp mcm saya pulak ditugaskan untuk jaga kaunter, susun appointment, jawab call, reply ws, handle medsos, edit posting, promote klinik etc (more to customer service + marketing + admin). Maybe sbb background saya broadcasting kot. So depends doktor jugak nak bg tugas apa kat kita sbnrnye...

      Delete
  9. Hai awak, haritu awak pergi interview diorang interview in english or malay? saya paling risau bab ni. Kalau in malay boleh jugak saya nak goreng and explain lebih panjang. Kalau english ni kang tersangkut sangkutt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai... Ohh kalau ikutkan iv saya in malay je. Dia still tanya jugak pandai english tak, tp takdelah test pun huhu. Rasanya jarang kot iv pembantu klinik kena speak in english, lagi2 klinik yg owner melayu.

      Delete
  10. Hi awak incase kala yang tak ade pengalaman dan pelajaran di bidang pergigian ni boleh ke apply☹️ Sy takut nk pegi iv sbb malu x de pelajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai... Ohh kalau ikutkan syarat iv pembantu klinik pergigian ni biasanya tak perlukan pengalaman pun. Means orang yg takde basic dalam bidang pergigian pun boleh je apply. Kalau dah memang ada tu, kira bonus lah. Just saya tak sure klinik lain mcm mana, tapi rasanya swasta selalu okay je

      Delete
  11. Assalamualaikum hai awak.btw esok saya ada iv untuk pembantu klinik pergigian, nervous sbnrnya 😁.. nak tanya kalau dia tanya tentang salary mcm mna ya kita nk jawab? Dan perlu ke kita letak sekali dlm file nanti sijil diploma even dalam kelayakan dia nak just spm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Allahu, sorry lambat reply πŸ˜… Entah2 awak dah dapat result dah pun sekarang haha tp takpelah.. Saya jawab jela ea untuk panduan semua orang. Untuk soalan berkaitan salary tu, ni just my opinion lah. Kita actually memang kena bagi the exact amount gaji yg kita nak (bukan dalam bentuk range, bukan kata terpulang pd pihak encik). Walaupun akhirnya nanti kita still akan berunding jugak dgn diaorg, tpi masa mula2 jawab tu kena tunjuk yg kita confident dgn nilai diri kita yg sebenar & kena disertakan dgn explanation nya sekali, kenapa kita letak expected salary macamtu. Jangan jawab pendek cenggitu je. Biar diaorg rasa amount yg kita bagi tu wajar & setanding dgn tahap kemampuan & kebolehan kita. Berkaitan sijil diploma tu pulak, terpulang pada diri masing2. Kalau tak yakin nak letak, takyah letak. Kalau nak letak pun boleh je takde masalah, at least maybe diaorg akan nampak yg kita ada kelebihan sikit berbanding calon lain. Hopefully membantu lah huhu...

      Delete
  12. Soalan matematik yang biasa ditanya tu soalan mcm mana ? Dan berapa soalan dia bagi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh takde apepun...soalan basic je huhu. Masa tu dia just suruh kira berapa bayaran bulanan braces (based on bayaran keseluruhan & bilangan bulan yg diberi). Tu je. Depends diaorang sbnrnye nak tanya apa πŸ˜…

      Delete
  13. terima kasih atas perkongsian ini. hari ini saya pun ada iv pembantu klinik pergigian. semoga urusan awak dipermudahkan 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sorry sbb lambat reply πŸ˜… terima kasih sbb sudi baca hehe...semoga awak juga berjaya dapat kerja yg diingini ☺️

      Delete
  14. Saya ade interview pembantu klinik harini, situation saya sama tkde pengalaman dan fresh graduate. thnkyou for this sharing sis, wish me luck and tak nervous la nnti hehe ❤️

    ReplyDelete
  15. Saya pun ada iv pembantu klinik esok 23/5/2023.. saja search Job scope terjumpa blog awak.. sangat membantuπŸ‘πŸ‘πŸ₯° situation saya pun sama takda pengalaman Dan fresh graduate..thankyou for sharing πŸ₯°πŸŽ‰ wish me luckπŸ₯³

    ReplyDelete
  16. Hello kak saya nak tnya,dia iv kita ke bersamaan dengan hari dimana Kita hantar resume tu??? Saya nak hntr resume saya ni kat sebuah klinik ni tpi tak bersedia lagi untuk iv tkut nnti dia iv sekali haha...mohon dijawab ya kak untuk buat persediaan! :)

    ReplyDelete