Thursday, December 1, 2016

FRIENDS-Chapter 10:Kisah Sebenarnya

   "Awak ni sebenarnya bukan Lila kan?"
   Hah??! Luna terlopong seketika.
   "Memang betullah saya Lu...eh, Lila!" sampai bila aku perlu menipu? Hati Luna berkata sendiri. "Luna?" sambung Elvin. Luna semakin resah.
   "Mengapa awak tuduh saya pula? Awak tak percaya saya ya? Siapa yang beritahu awak semua penipuan ini?" Luna terus mempertahankan dirinya. Yang sebenarnya, diri Lila.
   Lila yang hanya melihat dari luar berasa pelik. "Kenapa mereka nampak macam bertengkar?" Leesa meneka, "Mungkin Elvin sudah tahu yang awak...?" "Hah? Oh tidak!"
   "Awak ke yang bocorkan kisah sebenarnya?" soal Lila geram. Leesa terkejut. "Kenapa pula saya yang kena?" "Yalah, kalau bukan awak, siapa lagi yang tahu rahsia saya. Lebih baik awak mengaku. Sanggup awak khianati saya", Lila semakin tidak tenteram. Fikirannya bertambah kusut. Leesa pula berasa kecewa dengan tuduhan kawan baiknya sendiri. "Sampai hati awak...Saya tak pernah tipu pun. Jujur, saya tak tahu apa-apa" Leesa bersuara perlahan sambil menahan tangis dalam hatinya. "Sudah. Awak bukan kawan saya lagi!" tegas Lila. Leesa terkaku. Inikah pengakhirannya?

   "Beberapa hari yang lepas, semasa di sekolah, saya ingin bertemu awak semasa waktu rehat. Saya ingin berikan hadiah sempena genap sebulan hubungan kita. Tak sangka pula saya terdengar perbualan awak dengan kawan-kawan awak. Hesh.." Elvin hampa. Dia masih ingin terus merungkai perkara sebenar. Keadaan semakin cemas!
   "Apa yang awak merepek ni? Apa yang awak dengar?" Luna masih tidak mahu mengalah.
   "Lila itu sebenarnya kawan awak kan? Kenapa awak guna nama dia? Awak saja mahu mempermainkan saya?" suara Elvin semakin keras.
   Luna terdiam. Tidak tahu hendak berkata apa.
   "Untuk pengetahuan awak, kawan awak yang bernama Lila itu pula gadis idaman saya. Orang yang pernah berlanggar dengan saya. Kenapa awak tipu saya?" Luna terus senyap. "Kenapa awak cakap macam ni?" Luna sudah hampir berputus asa tetapi belum ya!
   Elvin menarik nafas panjang. Dia yang masih tidak puas hati berkata, "Saya tidak faham. Jadi, selama ini Luna atau Lila yang menyukai saya? Siapa sebenarnya yang berbalas mesej dengan saya?" Luna tidak mahu berlakon lagi. Akhirnya, dia terpaksa akur. Dia perlu beritahu perkara yang sebenar! "Selama ini, yang selalu berhubung dengan awak itu Lila yang sebenar. Bukan saya.."
   Lila semakin risau di luar. "Adakah mereka masih bertengkar?" Ingin saja Lila masuk ke dalam dan menerangkan segala-galanya. Tetapi, beranikah dia?

   Alunan muzik dari piano berhenti. Selesai sudah lagu yang dimainkan. Ramai orang bertepuk tangan manakala Luna dan Elvin masih bergaduh. Pemain piano tersebut menunduk kepala sambil tersenyum lalu meninggalkan pentas. Kemungkinan dia mahu pulang.
   "Sudah. Saya tak percayakan awak", Elvin mencapai jaketnya dan meninggalkan duit di atas meja. "Eh, kali ni saja bercakap jujur, awak tak mahu percaya pula?" Luna sudah tidak tahan.
   Ketika pemain piano tersebut menuju ke pintu keluar, dia terkejut melihat Luna. "Kevil...?" Luna tersedar kehadiran Kevil. Dia berasa sangat terkejut. Kevil juga terkejut apabila melihat Luna bersama lelaki lain. Dia buat-buat tidak nampak dan terus berjalan pantas keluar dari restoran tersebut.
   "Kevil!" Kepala Luna bercelaru. Dia benar-benar tidak menyangka Kevil berada di situ. "Kevil!" Semakin kuat namanya dipanggil, semakin laju pergerakannya. Luna mengejar Kevil. Dia perlu menerangkan segala-galanya. "Kevil, tunggu!"
   Akhirnya, Luna dapat menahannya. "Awak perlu dengar penjelasan saya.." ujar Luna.
   Kevil berasa sangat kecewa dengan apa yang dilihatnya tadi. Dia bersuara perlahan, "Maafkan saya. Saya terlalu bodoh tunggu awak selama ini. Rupa-rupanya awak tidak suka saya. Awak ada lelaki lain". Saat itu Luna menyesal. Menyesal berlakon sebagai Lila!
   "Maafkan saya, Kevil. Itu semua lakonan semata-mata. Saya perlu bantu rakan saya, Lila. Saya tidak sukakan lelaki itu pun. Saya sanggup bersumpah!" Luna terasa ingin menangis. Kevil masih tidak percayakannya.
   "Tolonglah percayakan saya..." Luna menggenggam tangan Kevil. Kevil melepaskan gemnggaman itu dan melangkah pergi meninggalkan Luna.
   Kevil sudah jauh. Luna tidak tahu hendak buat apa lagi. Dia benar-benar sedih.
   "Kevil! Saya sukakan awak!"
   Langkah Kevil terhenti. Dia berpaling ke belakang. Benarkah apa yang didengarinya tadi?

   Sementara itu, Elvin yang masih bengang keluar dari restoran tersebut. "Buat penat aku datang sini. Bukan aku jumpa Lila pun.." keluhnya tidak puas hati.
   "Elvin..." tiba-tiba Elvin terperasan  kehadiran Lila berdiri dihapdannya. Dia berasa amat terkejut.
   "Maafkan saya, Elvin. Maafkan saya. Saya yang bersalah dan bukannya Luna", Lila sudah tidak mahu menyusahkan rakannya. Dia perlu berani dan yakin bahawa dia tidak pemalu seperti dulu!
   Elvin masih terkaku. "Selama ini saya yang bermain mesej dengan awak, saya yang sukakan awak. Saya suruh Luna menyamar jadi saya di sekolah kerana..." Lila menarik nafas dalam-dalam.
   Sambungnya semula, "Saya takut awak tidak suka saya. Saya, malu.." Kepala Luna sudah tertunduk ke bawah. Dia benar-benar insaf. Elvin tersenyum. Dia mengusap kepala Lila.
   "Sebenarnya saya suka awak. Sejak kali pertama saya bertembung dengan awak. Bukannya Luna.." pujuk Elvin. Lila mendongak kepalanya ke atas.
   "Saya maafkan awak..."

   Pada masa yang sama, pelayan tadi menghantar pesanan. Dia pelik. Ke mana perginya pelanggan tadi? Dia cuba mencari-cari sekitar restoran. Yang ada hanya duit saja di atas meja.
   Dia menjenguk sebentar ke luar. Dia semakin hairan. Tiba-tiba, pelayan tersebut terlanggar bahu Leesa.
   "Oh! Maafkan saya.." pelayan tersebut meminta maaf. Nasib baik gelas yang berisi jus tembikai itu tidak terjatuh. "Ruben?" Leesa tiba-tiba bertanya. "Eh, bagaimana awak.."
   "Itu!..." Leesa menunjuk ke arah tag namanya. "Hahaha.." Lupa pula aku! Bisik hati Ruben.
   "Awak nak tahu, nama awak sama seperti nama kekasih saya. Haha.." ketawa Leesa berpanjangan. Ruben terkejut. Dia mula tersedar apabila merenung lama wajah Leesa. "Rupa awak pula saling tak tumpah seperti kekasih saya", ujar Ruben. "Siapa nama awak?"
   Leesa terhenti ketawa. "Erm, Leesa...Kenapa?"
   "Leesa..Leesa?" Ruben teringat gambar potret yang diberi oleh Leesa. "Leesa. Awak kenal saya tak? Saya Ruben! Awaklah kekasih saya!" Ruben cuba menyedarkan Leesa.
   "Ruben? Hah? Betulkah awak..Wah!!" mereka bersorak keriangan. Ruben terlompat-lompat. Wah, terlampau gembira. Tidak ingat dunia! "Akhirnya, saya jumpa kekasih saya!!"

   Kevil benar-benar gembira mendengar luahan Luna sebentar tadi. "Untuk pengetahuan, sayalah yang main piano tadi. Awak nampak?"
   "Hah? Biar betul? Sedetik Lebih?!" Luna terkejut. Terkejut gembira. Bukankah Kevil tidak pandai memainkan lagu Sedetik Lebih? "Hihi...Saya berlatih. Saya fikir nak mainkan depan awak satu hari nanti". Luna tersenyum bangga.
   "Hei kamu semua! Mari saya belanja!" teriak Ruben kepada kawan-kawan Leesa. "Jom kita makan!" Mereka sangat gembira.
   "Leesa..." tiba-tiba muncul Lila di sisi Leesa. "Saya minta maaf. Saya tak sepatutnya bersangka buruk seperti itu terhadap awak. Kawan jenis apalah saya ni, sanggup memutuskan tali persahabatan hanya kerana cinta. Saya minta maaf sangat-sangat, Leesa. Saya tak sanggup kehilangan kawan baik seperti awak", tutur Lila perlahan yang berasa serba salah atas tindakannya tadi. Leesa terharu. Tanpa berfikir panjang, dia terus memeluk Lila erat! Mereka kelihatan gembira.
   "Maafkan saya juga, Luna, sebab selalu menyusahkan awak selama ini, minta awak berlakon sebagai saya hmm.." tuturnya kepada Luna pula. Luna tersenyum. "Tak mengapa, kita kan kawan baik". "Selamanya?" "Yup, selamanya!.." Lila terharu.

   Akhirnya, segalanya sudah pulih semula. Persahabatan mereka semakin erat. Elvin dan Ruben berbual-bual bersama Lila dan Leesa manakala Luna duduk di sebelah Kevil yang sedang memainkan lagu kegemarannya. Betapa bermaknanya persahabatan ini..Sanggup berkorban demi rakan sendiri.

Inilah yang dinamakan,.....   F R I E N D S !  :)

   "Lila, awak nak tahu?" ujar Elvin.
   "Ya?"
   "Sayalah yang bina Taman Hati itu..."
-TAMAT-
Sahabat sebenar bukan sekadar ketawa bersama tetapi,...menangis bersama

No comments:

Post a Comment