Hari ini Luna perlu bersiap. Detik penting ini begitu bermakna bagi Lila. Entah kenapa Elvin tiba-tiba mahu berjumpa di restoran. Mengapa tidak di sekolah saja?
Luna menunggu Lila dan Leesa di bilik Lila. Mereka sedang sibuk mencari pakaian yang sesuai untuk Luna. Sesuai dan cantik. Ya! Cantik! "Tak perlulah susah-susah carikan baju yang cantik", kata Luna yang sudah menunggu lama. Habis almari Lila diselongkar mereka!
"Hah! Tada!! Gaun ini sangat sempurna. Cubalah pakai", Lila menunjukkan gaun yang berwarna ungu itu kepada Luna. "Woo..woo! Terlalu cantik ni! Saya keluar dengan Kevil pun tak ada secantik begini".
"Ala...tak mengapalah. Sekali saja. Tolong saya, ya?" pujuk Lila lagi. Merayu dan terus merayu. Leesa sekadar tertawa saja. Luna dengan lemahnya segera mencapai baju tersebut lalu memakainya.
Sebaik saja Luna selesai menyarungnya, Lila terus terlopong. "Awak nampak sungguh...menawan!" puji Leesa. Sesungguhnya Luna rasa tidak selesa dengan keadaan ini. Tak apa, sekali saja dan lepas ini dia tidak mahu terlibat lagi! Tekad hatinya.
"Sarung tangan ini sesuai dengan baju ini", cadang Lila sebaik saja terjumpa sarung tangan panjang hitam berjalur ungu yang padan dengan baju tidak berlengan itu.
"Malam ini ada misi penting. Mari kita solek!" semangat Lila lagi. Leesa turut sama menyolek Luna. Mereka pun segera mencari kasut tumit hitam yang selesa buat Luna.
Akhirnya selesai.
Luna sangat sesuai dengan imej rambut berikat satu. Mereka pun menaiki teksi menuju ke Secret Restaurant.
Tiba di sana, "Selamat berjaya, Luna!" mereka melambai dan meninggalkan Luna. Bukan meninggalkan tapi sekadar duduk dan tinjau dari luar. Luna mengeluh, "Huh..."
Nampaknya Elvin masih belum sampai. Bisik hati kecilnya. Seorang pelayan berkaca mata dan bertopi datang meminta pesanan.
"Boleh saya tahu cik nak pesan apa?"
"Erm, jus oren satu. Terima kasih", pesan Luna. "Sama-sama", pelayan lelaki tersebut mengukir senyuman dan dengan segera menulis apa yang dipesan ke atas buku nota mini. Pen bergerak pantas.
Luna terperasan tag nama pelayan tersebut. "Nama kamu Ruben ya?" pelayan tersebut terkejut, "Bagaimana cik tahu?" Luna menuding jarinya ke arah tag nama tersebut. Mereka tergelak seketika.
Pada masa yang sama, Lila dan Leesa masih menunggu di luar. Melihat-lihat di pintu masuk sekiranya Elvin sudah sampai. "Lambatnya. Jarang lelaki datang lambat", ujar Lila.
Sementara itu di dalam, Luna berborak sebentar bersama pelayan itu. "Cik tunggu kekasih ya?" soal pelayan tersebut ramah. "Ya", Luna mengangguk walaupun Elvin bukanlah kekasihnya! Pelayan itu meneruskan perbualan, "Seronok kan ada kekasih? Saya tak pernah berjumpa dengan kekasih saya".
"Jadi, bagaimana kamu kenal dia?" hairan Luna.
"Chatting di internet..." jawabnya ringkas.
"Oh.."
"Baiklah, saya pergi dulu!" pelayan tersebut pergi. Luna terus menunggu. Dia menelefon Lila sebentar.
Luna=Hello, Lila. Saya perlu cakap apa nanti?
Lila=Awak jawab saja segala pertanyaan dia.
Luna=Jawab saja?
Lila=Ya. Jangan risau.
Luna=Baiklah..
Mereka menamatkan panggilan. Luna melihat pemandangan sekitar restoran tersebut. Sungguh indah dan klasik kerana kebanyakkan diperbuat daripada kayu. Lampu yang samar-samar meromantikkan lagi suasana. Bunyi air sungai buatan mengalir kedengaran.
Telinga Luna tiba-tiba menangkap bunyi yang merdu. Ianya alunan piano yang mengasyikkan! Luna dapat mengenal lagu yang sedang dimainkan. Lagu Sedetik Lebih! Lagu kegemarannya sedang dimainkan!
Dalam keadaan yang samar itu, Luna tidak perasan wajah pemain piano itu. Dia terus leka dibuai lagu tersebut. "Oh, tenangnya..."
Tiba-tiba, Luna tersedar pin tu restoran dibuka. Elvin yang berjaket hitam dan memakai T-shirt lengan pendek di dalam sudah sampai. Oh, inilah masanya...
Lila dan Leesa yang sudah perasan kehadiran Elvin dalam senyap juga berdebar-debar. Mereka menanti apakah yang akan berlaku.
Luna mengemas posisi kedudukannya. Dia memerhatikan Elvin yang sedang membuka jaketnya lalu digantungnya. Sebaik saja Elvin melabuhkan punggung, keadaan hening seketika. "Senyap saja dia ni..." hati Luna terus berbisik.
Pelayan tadi datang ke meja tersebut semula apabila mendapati pelanggan baru sampai. Dia menghidangkan jus oren yang dipesan Luna ke atas meja dan bertanya, "Encik mahu pesan apa?"
"Jus tembikai satu. Itu saja", jawab Elvin.
"Baiklah..."
Muzik piano masih terus kedengaran. "Nampak selamba pula dia.." Luna terus merenung wajah Elvin tanpa berkata apa-apa.
"Huh, saya datang ke sini untuk bertemu Lila tapi orang lain pula yang datang. Buat penat saja", Elvin mula bersuara.
Luna tergamam. "Hah? Apa maksud awak?"
"Awak ni sebenarnya bukan Lila kan?"
No comments:
Post a Comment