Wednesday, November 30, 2016

FRIENDS-Chapter 8:Kiriman Lagu

   "Lila tidak datang sekolah hari ini".
   "Bosannya..."

   Beep..beep..
   "Eh, awak bawa telefon bimbit?" Leesa kehairanan. "Oh tidak! Saya tidak perasan ia ada dalam beg saya", Luna mula panik.
   Beep..beep..
   "Apa kata kita cepat-cepat masuk tandas?" Leesa terus menarik tangan Luna memasuki tandas. Pastikan tandas kosong. Jangan ada satu makhluk pun!
   Luna menarik nafas lega. "Fuh, nasib baik tiada siapa yang dengar". "Kenapa telefon awak berbunyi?"
   "Sebentar. Biar saya tengok", Luna menekan-nekan punat telefonnya.
2 inbox >Kevil >Lila
   "Kevil?" Luna segera membaca mesej tersebut.

Lagu ini dedikasi buat awak :)
i can't get your smile out of my mind
i think about your eyes all the time
beautiful but you don't even try
modestry is just so hard to find
Now i'm speechless
Over the edge i'm just breatheless
I never thought that i'd catch this
LOVEBUG AGAIN...
Hopeless, head over hills in the moment
I never thought that i'd get hit
by this LOVEBUG AGAIN...   

   Luna tersenyum. "Apa yang dia hantar, Luna?"
   Luna terus tersenyum. "Luna?"
   "Tak ada apa-apa. Hanya kiriman lagu..." Mereka segera meninggalkan sekolah.
   Ketika sedang berbasikal pulang dari sekolah, Leesa berasa pelik dengan Luna yang dari tadi asyik menyanyi lagu Lovebug. Risau juga Leesa kalau Luna tidak menunggang basikal dengan betul sehingga termasuk ke dalam tasik. Bak kata pantun yang sering digunakan, 'Naik basikal jatuh terbabas, sudah baca harap balas'. Eh, ada kaitankah?
   "Luna, kenapa dengan awak sekarang ni?" Leesa sudah tidak puas hati. "Eh, salahkah saya senyum?"
   "Tak adalah. Cuma senyum itu mesti ada maksudnya, kan?" sambung Leesa. Luna tidak menghiraukannya. "Senyum. Tak perlu kata apa-apa.." Aduh, pening kepala Leesa.
   "Tapi macam mana Kevil hantar mesej ya? Dia pun tidak ke sekolahkah?"

   Akhirnya, mereka tiba di rumah Luna. "Selamat tinggal, Leesa!" "Selamat tinggal!"
   Luna terus menaiki tangga ke bilik dan menukar pakaian. Dengan perasaan yang tidak sabar, dia terus ke balkoni rumahnya bersama telefon bimbitnya.
   Dia menghantar kiriman lagu kepada Kevil.

Kiriman lagu khas untuk awak~
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu...
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu...
Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa
Ku bernyawa.... <3 

   Luna membaca semula berulang-ulang kali. Dia berasa sungguh bahagia. Sedang dia berbalas mesej dengan Kevil pada ketika itu, barulah dia tahu Kevil sebenarnya pandai main piano. Dia pandai main lagu Lovebug tetapi tidak untuk Sedetik Lebih. Mungkin dia akan pandai suatu hari nanti?
   Luna sedang leka bermain mesej dengan Kevil. Tiba-tiba, terdapat panggilan masuk mengejutkannya dari khayalan sebentar tadi. "Eh, siapa pula ni?"

Luna=Hello...
Lila=Hello, Luna! Kenapa awak tak balas mesej saya tadi?
Luna=Hah? Oh, mesej awak! Saya tak perasan. Maafkan saya. Saya terlupa.
Lila=Awak perlu tolong saya, Luna!
Luna=Tolong apa?
Lila=Tolong menyamar lagi sekali untuk Elvin? 

   Keesokkan harinya di sekolah, Leesa dan Luna sedar perubahan Lila. Wajahnya terlalu sugul dan muram.
   "Tak sangka Lila akan jadi macam ni. Memang susah nak percaya, Lila tak pernah macam ni", bisik hati Luna kasihan.
   Keadaan hening seketika.
   Luna memulakan perbualan. "Lila, kenapa awak masih terus berlakon? Awak sanggupkah dia terus menyukai diri saya?" Lila terdiam seketika. "Mungkin dia lebih sukakan awak berbanding saya. Siapa yang tahu.." sambung Luna. Lila masih terus terdiam.
   Luna terpaksa mengalah, "Baiklah. Baiklah. Di mana dan bila?" Dengan tidak semena-menanya wajah Lila bertukar ceria kembali. 
   "Terima kasih, Luna! Saya dah banyak menyusahkan awak. Jasamu tetapi dikenang. Terima kasih banyak-banyak!" Lila bersorak keriangan.
   "Oi, saya tanya di mana? Bila?"
   "Ooops, lupa pula! Erm, di Secret Restaurant. Jam 8 malam. Saya akan sediakan segala rancangan. Esok tahu!" Luna sekadar mengangguk. "Baiklah, saya pergi dahulu!" Lila melambai meninggalkan mereka.
   "Secret Restaurant? Nama restoran ini macam pernah ku dengar.." Lesa yang dari tadi hanya mendengar bermonolog dengan dirinya sendiri.
   Luna pula masih terpinga-pinga. Bilakah penantian Kevil akan berakhir? Sampai bilakah dia perlu menyimpan perasaannya?

Tuesday, November 22, 2016

FRIENDS-Chapter 7:Gambar Potret

Kini, mereka meneruskan kehidupan masing-masing bersama kekasih masing-masing.
   Elvin masih terus rapat dengan Luna dan cuba menyukainya walaupun dia masih tidak boleh lupakan gadis misterinya. Kevil pula, masih terus bermain dengan Luna sedang ketika Luna masih terus menyimpan rahsia Elvin supaya tidak menyakitkan hati Lila. Kevil masih tetap menunggu luahan perasaan daripadanya.
   Manakala Ruben, terus-menerus bercadang untuk berjumpa di mana-mana dan bila-bila masa walaupun seringkali tidak berjaya.
   Sedih...Apabila terlalu fokus kepada kekasih, sahabat pula mula tersisih. Mereka tidak lagi bermain bersama. Nasib baik sekolah tidak membenarkan murid membawa telefon bimbit. Bolehlah mereka terus rapat bersama walaupun hanya di sekolah saja.
   Suatu hari, selepas Leesa pulang dari sekolah dia terus memasuki biliknya. Terdapat pesanan ringkas daripada Ruben.
   "Ruben hantar mesejkah?" tangan Leesa terus menekan-nekan punat.
Ruben: Boleh minta gambar?
    "Hah?" Leesa terkejut. Terkejut atau malu? "Malunya. Lebih-lebih lagi muka aku macam vudak-budak. Nak beri ke tak?"
   Leesa berehat sebentar. Mata merengek-rengek minta dilelapkan. Pada ketika itu, Leesa teringat kali pertama dia berkenalan dengan Ruben. Segala memori diputar kembali.

Leesa: Awak apa khabar?
Ruben: Khabar baik.
Leesa: Erm, awak buat apa?
Ruben: Chatting dengan awaklah. Hahaha..
Leesa: Haha. Apa-apa sajalah. Awak, sudah lama kita berhubung..
Ruben: Jadi, awak tak suka?
Leesa: Suka tapi...
Ruben: Apa dia?
Leesa: Tak bolehkah kita berhubung melalui mata?
Ruben: Apa maksud awak? 

   Leesa tersedar. Dia tidak boleh melepaskan peluang ini! Mungkin ini langkah pertama untuk bertemu dengan si dia. Walau apapun, dia perlu cari gambarnya yang tercantik. Ya! Tercantik!
   Keesokkannya, trio sahabat itu menuju ke kantin pada waktu rehat. Leesa bercerita tentang gambar potretnya yang diminta Ruben.
   "Adakah gambar ini sesuai?" soal Leesa meminta pendapat. "Mungkin sesuai untuk awak saja. Hahaha!" ketawa besar nampaknya Luna. Leesa sudah mula mencemik. Seperti budak kecil!
   "Alahai, awak bagi saja mana-mana gambar. Kalau betul dia suka awak, dia akan suka semua gambar awak. Jangan sampai hantar gambar artis pula. Hahaha..." pujuk Luna tetapi masih terus ketawa besar.
   "Betul juga. Aku patut jadi diri sendiri", ujar Leesa. Tanpa mereka sedari, ada hati yang sedang terusik.
   Lila yang dari tadi mendiamkan diri tiba-tiba berkata, "Seronoknya kamu semua.. Romantik sungguh. Saya ini pula.." keluh Lila. Mereka berdua segera memujuk Lila. "Jangan difikirkan sangat tentang itu, Lila.." tutur Leesa sambil menyentuh lembut bahu Lila.
   Selesai makan, mereka terus beredar dari situ. Tanpa disedari juga, terdapat sepasang mata dan telinga yang memerhatikan pergerakan mereka dan mencuri dengar perbualan mereka.
   Tertanya-tanya, siapa?

   Pada malam itu, Leesa dengan tekadnya menghantar gambar potret tersebut melalui internet. Hatinya tersenyum girang.
Ruben: Terima kasih! <3

Friday, November 11, 2016

FRIENDS-Chapter 6:Rakan Chatting

Rupa-rupanya Kevil tinggal di taman sebelah dan sering bermain di taman sini kerana ada ramai kawan. Patutlah Luna tidak pernah nampak dia sebelum ini.
   Luna dapat tahu latar belakang Kevil selepas baru sehari berbalas mesej bersama. Nasib baik Kevil belajar di sekolah lain. Mati Luna kalau Kevil sekolah dengannya. Bahaya!
   Dia harus menyimpan rahsia itu baik-baik. Kini, dia sudah menemui seseorang yang selama ini dia cari. Tapi, untuk pengetahuan, Luna belum meluahkan perasaanya lagi. Kevil hanya setia menunggu jawapannya.
   Jadi, jangan beritahu Kevil ya? Ssshhh! Luna fikir, dia mahu menyelesaikan dulu Elvin dengan beritahu perkara sebenar. Selepas itu, barulah meluahkan perasaannya terhadap Kevil.
   Tapi, sanggupkah dia menyakitkan hati sahabatnya, Lila?

Luna=Esok kita pergi bermain di padang sama-sama ya? Kita bertanding!
Kevil=Ok saja. Hahaha...Err, Luna. Awak...suka saya?
Luna=Err, 1 hari nanti awak akan tahu. Hihi..Maaf ya.
Kevil=Oh, tak mengapa. Saya akan tunggu :)

   Kini Luna sudah gemar menghabiskan masa bersama Kevil. Seperti Lila saja.. Siapa tiru siapa ni?
   Akhirnya, mereka semua sudah mempunyai kekasih. Eh..sebentar! Kita ada terlupa seseorangkah?

   "Luna, jom kita main!" ajak Leesa. "Maaflah..Saya tiada masa. Lain kali ya", jawab Luna. "Baiklah...Saya pergi dulu", Leesa berlalu pergi sambil mengeluh perlahan.
   Dia sudah terlalu jauh daripada 2 orang kawannya. Kadangkala dia sedih juga kerana masih belum jumpa seseorang yang istimewa. Mungkinkah kerana perangainya yang sedikit kebudak-budakkan?
   Leesa berjalan keseorangan di taman bunga. Berangan sendiri sehingga fikirannya melayang jauh. Eh, jangan sampai hilang fikiran pula!
   "Semalam semasa beritahu Lila tentang khabar Luna yang bertuah, bukan main nak rak lagi aku...Sekarang, tengoklah aku".
   Leesa terus memandang sekeliling taman yang cantik itu. Dia berhenti sebentar di atas jambatan kecil dan berangan semula. Manalah tahu dia bertembung sesiapa di jambatan itu seperti Luna, bukan?
   Hampir setengah jam berdiri di atas jambatan, Leesa kecewa. "Selamat tinggal, ikan!" Leesa melambai ke arah kolam ikan. Dia segera beredar meninggalkan taman. Angin yang kencang meniup sepoi-sepoi bahasa.
   Tiba-tiba, sepucuk kertas yang terbang ditiup angin melekat di depan muka Leesa. "Ahhh!" terkejut Leesa. Dia mengambil kereta tersebut lalu membacanya.

   "Eh, sama seperti surat Elvin saja.." Leesa terfikir sesuatu. 
   Berfikir dan terus berfikir. Perlukah dia ambil kesempatan ini dan berusaha mencarinya sendiri selepas tiada satu pun cinta yang mencarinya? Fuh...
   "Perlukah?" Leesa menyoal dirinya sendiri. Haish, berjanggut Leesa berfikir!
   "Oklah...yeah!" Leesa melompat keriangan dan berlari pulang ke rumah. Anda tahu apa akan terjadi selepas ini?

  Akhirnya, Leesa telah bertemu orang yang istimewa dalam hidupnya. Maksud saya, bertemu dalam laman sosial.
   Selalunya cinta jarak jauh tidak akan berhasil. Leesa risau memikirkan kata-kata negatif daripada orang lain. Tetapi dia tetap yakin bahawa Ruben setia terhadapnya!
   Sehingga kini, mereka sering bercadang untuk bertemu buat kali pertama. Bilalah tarikh keramat akan tiba. Bagaimanalah agaknya rupa paras Ruben ya. Katanya, dia berkaca mata. Herm...katanya juga, menjadi pekerja Secret Restaurant pula merupakan pekerjaannya.
   Wo..wo..Sebentar! Kerja? KERJA? (sambil mata terbeliak)
   Oh, rupa-rupanya dia baru habis belajar. Tengah dalam proses mencari duit poket sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.
   Oh Tuhan! Bayangkan seorang remaja yang matang dan berpelajaran terpikat dengan seorang gadis kebudak-budakkan. Serasikah?

Thursday, November 10, 2016

FRIENDS-Chapter 5:Kekasih Layang-layang

Akhirnya, bermula hidup baru Lila. Dia cuba beranikan diri menghantar mesej kepada Elvin.

Lila=Hai, abang Elvin :)
Elvin=Siapa ni?
Lila=Erm..Lila. Yang hari tu jumpa di Taman Hati.
Elvin=Macam mana dapat nombor ni?
Lila=Hehe. Rahsia.

   Kedatangan Lila (lakonan Luna) benar-benar memberi dilema dalam hidup Elvin. Adakah dia perlu melupakan perempuan yang dilanggarnya tempoh hari? Seterusnya menerima cinta Lila (lakonan Luna) yang sentiasa berusaha mendekatinya?
   Mungkin cintanya pada gadis yang dilanggarnya hanyalah mimpi di siang hari. Ok! Dia akan menerima kedatangan Lila (lakonan Luna)!
   Kasihan Elvin...Dia tidak tahu yang sebenarnya dia sedang bermain mesej dengan gadis idamannya.
  
   Semenjak hari itu, mereka sering berbalas mesej bersama-sama. Tetapi ingat! Apabila Elvin terserempak dengan Luna di sekolah dan ketawa bercerita tentang mesej semalam, Luna seharusnya menganggukkan kepala! Walaupun dia sendiri tidak pasti mengapa dia anggukkan kepala?
   Oh, Lila bahagia seperti puteri di istana. Hampi setiap hari dia berbalas mesej bersama jejaka impiannya.
   Hinggakan suatu petang..."Hai, Lila! Mari kita bermain di taman", pelawa Leesa dan Luna. Seperti biasa. Rutin harian mereka.
   "Maaflah..Saya sedang sibuk. Lain kali ya?" Yalah, sibuk bermain mesej. Leesa dan Luna sedikit kecewa dengan Lila yang bukan lagi Lila. "Tidak mengapa. Kami pergi dulu", mereka melambai meninggalkan Lila.

   "Kita nak main apa ya?" tanya Leesa.
   "Angin sedang kencang. Jom main layang-layang!"
   Kelihatan ramai orang di padang sedang bermain layang-layang. Pelbagai aneka layang-layang terbang di langit. Sungguh kasihan jika terdapat layang-layang yang meninggalkan tuannya. Terbang dengan tali yang terputus.
   Dahulunya 3, kini 2. Leesa dan Luna berseronok bersama-sama. Beginilah aktiviti mereka awal tahun.
   Sekali-sekala tali layang-layang mereka terbelit sesama sendiri. Mereka tergelak dan pada saat itu teringat Lila. "Kalaulah dia ada di sini, tentu belitan ini sudah terbuka", keluh Luna.
   "Luna...Saya nak sangat tahu, awak tak muakkah berlakon sampai sekarang?" tanya Leesa. Perasaan ingin tahu sudah membuak-buak.
   "Tak tahulah..tapi demi rakan, saya sanggup. Sekurang-kurangnya saya belum ada kekasih yang akan cemburu dengan saya. Hihi.."
   "Haha! Moga awak berjaya!" sokong Leesa.
   Mereka duduk sebentar di bawah pokok rendang sambil cuba menyelsaikan tali yang terbelit tadi. Sedang seronok Leesa berborak, Luna terperasan ada layang-layang cantik terputus di udara.
   Dia bangun dan berjalan mengikut arah kayang-layang tersebut meninggalkan Leesa. "Luna! Awak mahu ke mana?"
   "Sebentar!" Luna terus berjalan. Leesa hanya memandang dari jauh saja.
   Akhirnya tersangkut. Pokok mangga jugalah yang menjadi destinasi layang-layang tersebut berhenti. Luna mencapainya dan memandang sekeliling.
   Tiba-tiba, Luna ternampak seorang remaja lelaki berlari-lari anak sambil memandang ke sekeliling. Mungkin dia kehilangan sesuatu.
   Luna menyapanya, "err...layang-layang ini awak punyakah?"
   "Eh, mana awak jumpa?"
   "Tersangkut atas pokok tu.."
   "Terima kasih", lelaki itu tersenyum lalu mengambil layang-layangnya.
   "Sama-sama", balas Luna. Luna melambaikan tangan sambil melihat lelaki tersebut berlalu pergi. Lelaki itu melangkah dan sesekali menoleh semula ke belakang.
   Luna tiba-tiba rasa malu. Adakah lelaki itu pun sama?
   Leesa juga terkaku seketika dari jauh. "Wah, bertemu lelaki kacak, nampak?" teriak Leesa keriangan saat Luna melangkah ke arahnya.
   Luna tersengih. Mengapa perlu tersengih? Dulu Lila, sekarang Luna pula! Aduh.. "Tapi kenapa kita tak pernah nampak dia, ya? Bertahun-tahun kita tinggal di sini, inilah kali pertama saya nampak dia", soalnya.
   Leesa cuba berfikir. "Mungkin dia bukan penduduk di sini?"
   "Entahlah.."

   Semenjak peristiwa tersebut, Luna sering nampak kelibat lelaki tersebut pada waktu petang. Mungkinkah jodoh? Mata mereka juga sesekali bertentang. Nasib baik Luna tidak semalu Lila!
   Hinggakan satu hari, tali layang-layang mereka terbelit. Tiba-tiba, lelaki tersebut muncul menghulurkan bantuan. Dia harus berani!
   Wah..hero sudah maju. Dia berjaya melepaskan belitan tali itu. Luna dan Leesa berterima kasih sambil menundukkan kepala ke bawah. Malu bertentang mata agaknya.
   "Err, nama saya Kevil. Nama awak?" Lelaki tersebut segera memperkenalkan diri.
   "Erm..Luna", Luna terus menundukkan kepalanya. Leesa di sebelah pula tersengih-sengih melihat Luna dan Kevil.
   "Boleh saya tahu rumah awak di mana?" ujar Kevil tertanya-tanya.
   Luna menuding jarinya ke arah rumahnya. Oh, rupa-rupa rumahnya terletak di hadapan pokok mangga itu. Kevil mula tersedar. "Oh, baiklah. Saya pergi dulu", Kevil berlalu.
   "Tunggu! Boleh saya minta nombor telefon awak?"