Akhirnya, bermula hidup baru Lila. Dia cuba beranikan diri menghantar mesej kepada Elvin.
Lila=Hai, abang Elvin :)
Elvin=Siapa ni?
Lila=Erm..Lila. Yang hari tu jumpa di Taman Hati.
Elvin=Macam mana dapat nombor ni?
Lila=Hehe. Rahsia.
Kedatangan Lila (lakonan Luna) benar-benar memberi dilema dalam hidup Elvin. Adakah dia perlu melupakan perempuan yang dilanggarnya tempoh hari? Seterusnya menerima cinta Lila (lakonan Luna) yang sentiasa berusaha mendekatinya?
Mungkin cintanya pada gadis yang dilanggarnya hanyalah mimpi di siang hari. Ok! Dia akan menerima kedatangan Lila (lakonan Luna)!
Kasihan Elvin...Dia tidak tahu yang sebenarnya dia sedang bermain mesej dengan gadis idamannya.
Semenjak hari itu, mereka sering berbalas mesej bersama-sama. Tetapi ingat! Apabila Elvin terserempak dengan Luna di sekolah dan ketawa bercerita tentang mesej semalam, Luna seharusnya menganggukkan kepala! Walaupun dia sendiri tidak pasti mengapa dia anggukkan kepala?
Oh, Lila bahagia seperti puteri di istana. Hampi setiap hari dia berbalas mesej bersama jejaka impiannya.
Hinggakan suatu petang..."Hai, Lila! Mari kita bermain di taman", pelawa Leesa dan Luna. Seperti biasa. Rutin harian mereka.
"Maaflah..Saya sedang sibuk. Lain kali ya?" Yalah, sibuk bermain mesej. Leesa dan Luna sedikit kecewa dengan Lila yang bukan lagi Lila. "Tidak mengapa. Kami pergi dulu", mereka melambai meninggalkan Lila.
"Kita nak main apa ya?" tanya Leesa.
"Angin sedang kencang. Jom main layang-layang!"
Kelihatan ramai orang di padang sedang bermain layang-layang. Pelbagai aneka layang-layang terbang di langit. Sungguh kasihan jika terdapat layang-layang yang meninggalkan tuannya. Terbang dengan tali yang terputus.
Dahulunya 3, kini 2. Leesa dan Luna berseronok bersama-sama. Beginilah aktiviti mereka awal tahun.
Sekali-sekala tali layang-layang mereka terbelit sesama sendiri. Mereka tergelak dan pada saat itu teringat Lila. "Kalaulah dia ada di sini, tentu belitan ini sudah terbuka", keluh Luna.
"Luna...Saya nak sangat tahu, awak tak muakkah berlakon sampai sekarang?" tanya Leesa. Perasaan ingin tahu sudah membuak-buak.
"Tak tahulah..tapi demi rakan, saya sanggup. Sekurang-kurangnya saya belum ada kekasih yang akan cemburu dengan saya. Hihi.."
"Haha! Moga awak berjaya!" sokong Leesa.
Mereka duduk sebentar di bawah pokok rendang sambil cuba menyelsaikan tali yang terbelit tadi. Sedang seronok Leesa berborak, Luna terperasan ada layang-layang cantik terputus di udara.
Dia bangun dan berjalan mengikut arah kayang-layang tersebut meninggalkan Leesa. "Luna! Awak mahu ke mana?"
"Sebentar!" Luna terus berjalan. Leesa hanya memandang dari jauh saja.
Akhirnya tersangkut. Pokok mangga jugalah yang menjadi destinasi layang-layang tersebut berhenti. Luna mencapainya dan memandang sekeliling.
Tiba-tiba, Luna ternampak seorang remaja lelaki berlari-lari anak sambil memandang ke sekeliling. Mungkin dia kehilangan sesuatu.
Luna menyapanya, "err...layang-layang ini awak punyakah?"
"Eh, mana awak jumpa?"
"Tersangkut atas pokok tu.."
"Terima kasih", lelaki itu tersenyum lalu mengambil layang-layangnya.
"Sama-sama", balas Luna. Luna melambaikan tangan sambil melihat lelaki tersebut berlalu pergi. Lelaki itu melangkah dan sesekali menoleh semula ke belakang.
Luna tiba-tiba rasa malu. Adakah lelaki itu pun sama?
Leesa juga terkaku seketika dari jauh. "Wah, bertemu lelaki kacak, nampak?" teriak Leesa keriangan saat Luna melangkah ke arahnya.
Luna tersengih. Mengapa perlu tersengih? Dulu Lila, sekarang Luna pula! Aduh.. "Tapi kenapa kita tak pernah nampak dia, ya? Bertahun-tahun kita tinggal di sini, inilah kali pertama saya nampak dia", soalnya.
Leesa cuba berfikir. "Mungkin dia bukan penduduk di sini?"
"Entahlah.."
Semenjak peristiwa tersebut, Luna sering nampak kelibat lelaki tersebut pada waktu petang. Mungkinkah jodoh? Mata mereka juga sesekali bertentang. Nasib baik Luna tidak semalu Lila!
Hinggakan satu hari, tali layang-layang mereka terbelit. Tiba-tiba, lelaki tersebut muncul menghulurkan bantuan. Dia harus berani!
Wah..hero sudah maju. Dia berjaya melepaskan belitan tali itu. Luna dan Leesa berterima kasih sambil menundukkan kepala ke bawah. Malu bertentang mata agaknya.
"Err, nama saya Kevil. Nama awak?" Lelaki tersebut segera memperkenalkan diri.
"Erm..Luna", Luna terus menundukkan kepalanya. Leesa di sebelah pula tersengih-sengih melihat Luna dan Kevil.
"Boleh saya tahu rumah awak di mana?" ujar Kevil tertanya-tanya.
Luna menuding jarinya ke arah rumahnya. Oh, rupa-rupa rumahnya terletak di hadapan pokok mangga itu. Kevil mula tersedar. "Oh, baiklah. Saya pergi dulu", Kevil berlalu.
"Tunggu! Boleh saya minta nombor telefon awak?"
No comments:
Post a Comment