Elvin masih terus rapat dengan Luna dan cuba menyukainya walaupun dia masih tidak boleh lupakan gadis misterinya. Kevil pula, masih terus bermain dengan Luna sedang ketika Luna masih terus menyimpan rahsia Elvin supaya tidak menyakitkan hati Lila. Kevil masih tetap menunggu luahan perasaan daripadanya.
Manakala Ruben, terus-menerus bercadang untuk berjumpa di mana-mana dan bila-bila masa walaupun seringkali tidak berjaya.
Sedih...Apabila terlalu fokus kepada kekasih, sahabat pula mula tersisih. Mereka tidak lagi bermain bersama. Nasib baik sekolah tidak membenarkan murid membawa telefon bimbit. Bolehlah mereka terus rapat bersama walaupun hanya di sekolah saja.
Suatu hari, selepas Leesa pulang dari sekolah dia terus memasuki biliknya. Terdapat pesanan ringkas daripada Ruben.
"Ruben hantar mesejkah?" tangan Leesa terus menekan-nekan punat.
Ruben: Boleh minta gambar?
"Hah?" Leesa terkejut. Terkejut atau malu? "Malunya. Lebih-lebih lagi muka aku macam vudak-budak. Nak beri ke tak?"
Leesa berehat sebentar. Mata merengek-rengek minta dilelapkan. Pada ketika itu, Leesa teringat kali pertama dia berkenalan dengan Ruben. Segala memori diputar kembali.
Leesa: Awak apa khabar?
Ruben: Khabar baik.
Leesa: Erm, awak buat apa?
Ruben: Chatting dengan awaklah. Hahaha..
Leesa: Haha. Apa-apa sajalah. Awak, sudah lama kita berhubung..
Ruben: Jadi, awak tak suka?
Leesa: Suka tapi...
Ruben: Apa dia?
Leesa: Tak bolehkah kita berhubung melalui mata?
Ruben: Apa maksud awak?
Leesa tersedar. Dia tidak boleh melepaskan peluang ini! Mungkin ini langkah pertama untuk bertemu dengan si dia. Walau apapun, dia perlu cari gambarnya yang tercantik. Ya! Tercantik!
Keesokkannya, trio sahabat itu menuju ke kantin pada waktu rehat. Leesa bercerita tentang gambar potretnya yang diminta Ruben.
"Adakah gambar ini sesuai?" soal Leesa meminta pendapat. "Mungkin sesuai untuk awak saja. Hahaha!" ketawa besar nampaknya Luna. Leesa sudah mula mencemik. Seperti budak kecil!
"Alahai, awak bagi saja mana-mana gambar. Kalau betul dia suka awak, dia akan suka semua gambar awak. Jangan sampai hantar gambar artis pula. Hahaha..." pujuk Luna tetapi masih terus ketawa besar.
"Betul juga. Aku patut jadi diri sendiri", ujar Leesa. Tanpa mereka sedari, ada hati yang sedang terusik.
Lila yang dari tadi mendiamkan diri tiba-tiba berkata, "Seronoknya kamu semua.. Romantik sungguh. Saya ini pula.." keluh Lila. Mereka berdua segera memujuk Lila. "Jangan difikirkan sangat tentang itu, Lila.." tutur Leesa sambil menyentuh lembut bahu Lila.
Selesai makan, mereka terus beredar dari situ. Tanpa disedari juga, terdapat sepasang mata dan telinga yang memerhatikan pergerakan mereka dan mencuri dengar perbualan mereka.
Tertanya-tanya, siapa?
Pada malam itu, Leesa dengan tekadnya menghantar gambar potret tersebut melalui internet. Hatinya tersenyum girang.
Ruben: Terima kasih! <3
No comments:
Post a Comment