Sunday, August 6, 2017

Interview IPG


Hei hei heiii...baru dapat tawaran interview IPG ke tu? Hehe mehlah baca sini. Saya nak share sikit pengalaman hadapi interview IPG ntok subjek Sains @ IPG (P) Durian Daun. Yup, kisah ni dari zaman dulu kala sebenarnya hahah (tahun lepas), so mungkin ada yg saya ingat2 lupa. Halalkan jelah ea haha. Untuk pengetahuan semua, interview ni kiranya dah sampai peringkat akhirlah selepas berjaya dalam peringkat ujian bertulis & fizikal. Jangan main2 tau sekarang ni, sbb nilah peluang terakhir kita!

Ok kisahnya begini...datang awal2 pagi tu. Jangan lupa sarapan dulu, sebab confirm nak tunggu giliran lama gile. Then, dengar taklimat drpd interviewer a.k.a bakal lecturer kita tu nanti inshaaAllah amiiin! Haha... Dia akan bagitahu kita group yg mana blabla & bilik berapa. Bila dah sampai masanya, tandatangan dulu kat checklist kehadiran kita, kemudian baca Bismillah & apa2 doa sebelum masuk haha. Time saya tu, ada 2 orang penemuduga. Dua2 laki, tapi sorang muka cam garang sikit huh. Takpe, relaks & bagi semua dokumen kita dekat dia ok. Nasib batch kitaorang tahun tu pergh rupanya terus duduk dalam group, walaupun mula2 kena interview secara individu dulu. Btw, 1 group 5 orang tau. Soalan2 yg saya dpt pula seperti ini:

SESI INDIVIDU
  1. Mula dia suruh perkenalkan diri. Ceritalah sikit latar belakang kita blabla...
  2. Dia akan tanya soalan berkaitan dengan jawapan yg kita isi dalam borang (dalam tu ada tulis kenapa kita nak jadi cikgu, kenapa nak masuk IPG). So, dia tanyalah kenapa kita jawab camtu, bagi alasan/sebab2 untuk kukuhkan lagi jawapan essei kita tu. [Masa saya, dia tanya kenapa saya jawab kerjaya guru ni adalah mulia & sangat dituntut dalam Islam, kerjaya lain macam doktor semua tu tak mulia ke? Hahahah hah kan dah kena trick, hati2lah ye XD]
  3. Dia boleh tanya soalan2 umum, pasal pengetahuan am ke, berkaitan subjek yg kita mohon nk ngaja tu ke, tentang sistem2 terbaru dalam pendidikan ke...KBAT skitlah. Kalau rajin, byk2 study kat internet. Berpuluh2 contoh soalan ada. Kalau rajin lagi, hafal2lah sikit haha saya pun takleh confirm dia akan tanya apa sebenarnya untuk soalan ke3 ni. [Tapi masa saya, tetibe dia tanya macam mana nak martabatkan bahasa Melayu di negara sendiri sbb kadang bahasa kita kat negara luar orang sanjung sedangkan pemimpin negara kita sendiri tak sanjung, banyak guna bahasa Inggeris. So, macam mana tindakan kita? Apa pendapat anda? PERGH LAMAK AII hahahah tak expect langsung dia tanya brkaitan bahasa Melayu padahal saya mohon subjek Sains hahh so inilah bukti soalan yg takleh dijangka, kena perah otak sikit masa ni]
SESI BERKUMPULAN
  • Ok sekarang pulak, dia akan bagi tugasan suka hati dialah...bagi peta minda ke, soalan ke, selesaikan jela sama2 dalam tempoh masa berapa minit. Lepastuh, bentangkan depan diaorang. Masa ni yg penting, dia cuma nak tengok kerjasama kita je kot, semangat berkumpulan. [Group kitaorang, dia bagi gambar 2 laki ni kena seberang ke sebelah sana tapi takde jambatan ke apa ntah tak ingat. Then, dia tanyalah kita kena buat apa, apa yg kita akan lakukan bila berada dalam situasi camtu. Buat ayat sikit. Jawablah apa tindakan kita, pastu kaitkan sikit dengan alam perguruan nanti, letaklah pengajaran apa kita dapat last sekali. Kena kreatif sikitlah]

So, itu saja perkongsian drpd saya... Saya tak boleh jamin dia akan tanya apa especially ntok soalan ke3 tu tapi get ready jela. Dia cuma nak tengok kita yakin ke tak, pasti ke tak dengan jawapan sendiri even belum tentu betul pun. Tapi yg penting kita banyak cakap, jangan senyap, jangan tergagap2. Macam saya, ye2lah saya study tntg hot news brkaitan sistem pendidikan masa kini & so on, tetiba dia tanya soalan yg tkde kaitan lngsung dgn course yg saya mohonlah plak haha. Nasib baiklah masa tu interview saya dalam bahasa Melayu je haha depends lah dpt lecturer mana, sbb ada yg kena bahasa Inggeris. Kalau gitu, macam biasa jelah, dia tnya soalan dlm bahasa apa, kita jawab pun ikutlah bahasa dia ye. Sekian, sampai di sini saja... Lets give out the best from us & SEMOGA BERJAYA BERGELAR SEBAGAI SEORANG PENDIDIK SATU HARI NANTI!

Update*Dukacitanya, saya tak lulus temuduga...hmm nampaknya, punahlah harapan saya. Maybe takdir saya masa tu memang untuk jadi pelajar Asasi Sains je, belum layak lagi untuk jadi seorang guru. Hope ada rezeki lain kali :')

Thursday, August 3, 2017

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)-IPG

Apa khabar semua? Haha kali ni, saya nak tulis pula pengalaman menghadapi UKCG IPG bertempat di IPG (P) Durian Daun pada tahun 2016 hahaha dah lama sangat kan? Tahun lepas punya cerita, baru harini nak habaq, so maaflah kalau banyak yg saya tersilap ke...saya hanya share part yg saya masih ingat jelah ok? Semua orang dah tahu kan yg UKCG ni merupakan ujian yg perlu kita lalui sebelum ke proses interview pula untuk sambung belajar dalam bidang perguruan especially guru sekolah rendah. Ujian ni terbahagi kepada 2:

Ujian Bertulis
  • Lebih kurang sama macam MEdSI, soalan berbentuk objektif, mengandungi bahagian A & bahagian B serta perlu jawab dalam tempoh 45 minit saja. Yes macam biasa, ada beratus soalan :) tapi jangan risau, inshaaAllah sempat siap. Soalannya lebih kepada nak tahu sikap/tindakan kita bila berada dalam situasi tertentu, & sudah tentu dia nak tengok kita ni ada ciri penyayang ke tak. Yelah, nak jadi cikgu sekolah rendah kan, kena ada sifat penyayang yg tinggi terhadap budak2 & tak mudah menghukum. Tu je rahsianya. Bezanya dengan MEdSI adalah ni ujian bertulis, haha so jangan lupa bawak pensel 2B dengan pemadam! Bahagian A pilihan jawapan kebanyakannya Ya/Tidak atau Wajar/Tidak Wajar, manakala bahagian B pula Sangat Setuju/Setuju/Tidak Setuju/Sangat Tidak Setuju. Tipsnya? Cuma jujur jelah ye...& hati2 sikit masa jawab, sebab nampak macam senang tapi kadang soalan tu psycho kita sebenarnya. Nak tgk contoh2 soalan? Nah<Contoh Soalan UKCG


Ujian Kecergasan Fizikal
Hah tang yang ni, susah sikit. Ujian ni pula terbahagia kepada 4 bahagian:
  1. Tekan Tubi Tanpa Henti=ok ni memang takde limit pun, so korang buatlah sampai mana yg korang mampu je, jangan paksa diri sangat takut habis tenaga lak ntok sambung part lain hehe (kalau perempuan, ikut cara tekan tubi perempuan, tahu kan?)
  2. Bangkit Tubi Variasi=actually, dia akan bagi taklimat dulu terangkan apa yg kita perlu buat, setiap langkah yg perlu kita lakukan termasuklah tunjukkan video macam mana cara bangkit tubi varisai ni dilaksanakan. Which means, demo dululah haha time batch saya, ada 4 tahap berbeza, contoh mula2 tangan kat sisi, then tangan kat dada, then tangan kat kepala & sebagainya. Of course dia mula dari tahap yg senang (1) hingga tahap yg susah (4) tapi kalau korang dapat lepas semua tahap tu kira terer lah haha sebab serious, nampak macam senang, hakikatnya bila dah buat baru tahu betapa azabnya MashaaAllah hahaha
  3. Jangkauan Melunjur=hah yg ni pun korang tahu je kan nak buat macam mana, dah biasa buat time sekolah menengah, so buat macam biasa jelah & takleh pakai kasut. Sekali percubaan je...
  4. Bleep Test=orait, yg ni paling susah haha kalau tak tahu apa tu bleep test, cuba search kat youtube ok sbb saya tak tahu nak terangkan macam mana haha. Kita kena lari patah balik patah balik banyak kali ikut bunyi beep tu, makin lama jarak antara bunyi beep tu makin singkat, maknanya korang kena lari makin lama makin laju lah haha... Dengar macam senang sebab lari je kan? Tapi yg menyakitkan kaki tu sebab kena lari, berhenti then patah balik, berhenti & so on berulang2. Sakit lutut wooo....Budak lelaki boleh kot buat banyak, tapi untuk perempuan, dapat sampai pusingan ke3 je pun dah cukup baik dah (ada banyak pusingan, satu pusingan lak ada dalam 7/8 kali lebih kena lari haha). Memang menguji stamina betul!
Tak lupa juga, kena buat ujian BMI gak (timbang berat badan & ukur ketinggian). Hat ni memang takleh nak buat apalah haha redha jela apepun BMI mu XD Tu jelah kot yg perlu korang tahu. Percayalah, yg korang mampu melakukannya! Pakaian pun penting tau, ikut je seperti yg telah tertera dalam surat, syarat2 & etika pemakaian (kena pakai T-shirt + tracksuit). Untuk ujian bertulis tu, cubalah try jawab contoh2 soalan dalam internet & ujian fizikal lak, try praktis banyak2 dulu kat rumah supaya dapat biasakan diri semasa hari yg sebenar nanti. SEMOGA LULUS DENGAN CEMERLANG & DAPAT KE INTERVIEW! 

Update*Alhamdulillah saya dpt tawaran interview =D Jom baca entry Interview IPG pulak!