Hei hei heiii...baru dapat tawaran interview IPG ke tu? Hehe mehlah baca sini. Saya nak share sikit pengalaman hadapi interview IPG ntok subjek Sains @ IPG (P) Durian Daun. Yup, kisah ni dari zaman dulu kala sebenarnya hahah (tahun lepas), so mungkin ada yg saya ingat2 lupa. Halalkan jelah ea haha. Untuk pengetahuan semua, interview ni kiranya dah sampai peringkat akhirlah selepas berjaya dalam peringkat ujian bertulis & fizikal. Jangan main2 tau sekarang ni, sbb nilah peluang terakhir kita!
SESI INDIVIDU
- Mula dia suruh perkenalkan diri. Ceritalah sikit latar belakang kita blabla...
- Dia akan tanya soalan berkaitan dengan jawapan yg kita isi dalam borang (dalam tu ada tulis kenapa kita nak jadi cikgu, kenapa nak masuk IPG). So, dia tanyalah kenapa kita jawab camtu, bagi alasan/sebab2 untuk kukuhkan lagi jawapan essei kita tu. [Masa saya, dia tanya kenapa saya jawab kerjaya guru ni adalah mulia & sangat dituntut dalam Islam, kerjaya lain macam doktor semua tu tak mulia ke? Hahahah hah kan dah kena trick, hati2lah ye XD]
- Dia boleh tanya soalan2 umum, pasal pengetahuan am ke, berkaitan subjek yg kita mohon nk ngaja tu ke, tentang sistem2 terbaru dalam pendidikan ke...KBAT skitlah. Kalau rajin, byk2 study kat internet. Berpuluh2 contoh soalan ada. Kalau rajin lagi, hafal2lah sikit haha saya pun takleh confirm dia akan tanya apa sebenarnya untuk soalan ke3 ni. [Tapi masa saya, tetibe dia tanya macam mana nak martabatkan bahasa Melayu di negara sendiri sbb kadang bahasa kita kat negara luar orang sanjung sedangkan pemimpin negara kita sendiri tak sanjung, banyak guna bahasa Inggeris. So, macam mana tindakan kita? Apa pendapat anda? PERGH LAMAK AII hahahah tak expect langsung dia tanya brkaitan bahasa Melayu padahal saya mohon subjek Sains hahh so inilah bukti soalan yg takleh dijangka, kena perah otak sikit masa ni]
SESI BERKUMPULAN
- Ok sekarang pulak, dia akan bagi tugasan suka hati dialah...bagi peta minda ke, soalan ke, selesaikan jela sama2 dalam tempoh masa berapa minit. Lepastuh, bentangkan depan diaorang. Masa ni yg penting, dia cuma nak tengok kerjasama kita je kot, semangat berkumpulan. [Group kitaorang, dia bagi gambar 2 laki ni kena seberang ke sebelah sana tapi takde jambatan ke apa ntah tak ingat. Then, dia tanyalah kita kena buat apa, apa yg kita akan lakukan bila berada dalam situasi camtu. Buat ayat sikit. Jawablah apa tindakan kita, pastu kaitkan sikit dengan alam perguruan nanti, letaklah pengajaran apa kita dapat last sekali. Kena kreatif sikitlah]
So, itu saja perkongsian drpd saya... Saya tak boleh jamin dia akan tanya apa especially ntok soalan ke3 tu tapi get ready jela. Dia cuma nak tengok kita yakin ke tak, pasti ke tak dengan jawapan sendiri even belum tentu betul pun. Tapi yg penting kita banyak cakap, jangan senyap, jangan tergagap2. Macam saya, ye2lah saya study tntg hot news brkaitan sistem pendidikan masa kini & so on, tetiba dia tanya soalan yg tkde kaitan lngsung dgn course yg saya mohonlah plak haha. Nasib baiklah masa tu interview saya dalam bahasa Melayu je haha depends lah dpt lecturer mana, sbb ada yg kena bahasa Inggeris. Kalau gitu, macam biasa jelah, dia tnya soalan dlm bahasa apa, kita jawab pun ikutlah bahasa dia ye. Sekian, sampai di sini saja... Lets give out the best from us & SEMOGA BERJAYA BERGELAR SEBAGAI SEORANG PENDIDIK SATU HARI NANTI!
Update*Dukacitanya, saya tak lulus temuduga...hmm nampaknya, punahlah harapan saya. Maybe takdir saya masa tu memang untuk jadi pelajar Asasi Sains je, belum layak lagi untuk jadi seorang guru. Hope ada rezeki lain kali :')
No comments:
Post a Comment