Thursday, August 3, 2017

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)-IPG

Apa khabar semua? Haha kali ni, saya nak tulis pula pengalaman menghadapi UKCG IPG bertempat di IPG (P) Durian Daun pada tahun 2016 hahaha dah lama sangat kan? Tahun lepas punya cerita, baru harini nak habaq, so maaflah kalau banyak yg saya tersilap ke...saya hanya share part yg saya masih ingat jelah ok? Semua orang dah tahu kan yg UKCG ni merupakan ujian yg perlu kita lalui sebelum ke proses interview pula untuk sambung belajar dalam bidang perguruan especially guru sekolah rendah. Ujian ni terbahagi kepada 2:

Ujian Bertulis
  • Lebih kurang sama macam MEdSI, soalan berbentuk objektif, mengandungi bahagian A & bahagian B serta perlu jawab dalam tempoh 45 minit saja. Yes macam biasa, ada beratus soalan :) tapi jangan risau, inshaaAllah sempat siap. Soalannya lebih kepada nak tahu sikap/tindakan kita bila berada dalam situasi tertentu, & sudah tentu dia nak tengok kita ni ada ciri penyayang ke tak. Yelah, nak jadi cikgu sekolah rendah kan, kena ada sifat penyayang yg tinggi terhadap budak2 & tak mudah menghukum. Tu je rahsianya. Bezanya dengan MEdSI adalah ni ujian bertulis, haha so jangan lupa bawak pensel 2B dengan pemadam! Bahagian A pilihan jawapan kebanyakannya Ya/Tidak atau Wajar/Tidak Wajar, manakala bahagian B pula Sangat Setuju/Setuju/Tidak Setuju/Sangat Tidak Setuju. Tipsnya? Cuma jujur jelah ye...& hati2 sikit masa jawab, sebab nampak macam senang tapi kadang soalan tu psycho kita sebenarnya. Nak tgk contoh2 soalan? Nah<Contoh Soalan UKCG


Ujian Kecergasan Fizikal
Hah tang yang ni, susah sikit. Ujian ni pula terbahagia kepada 4 bahagian:
  1. Tekan Tubi Tanpa Henti=ok ni memang takde limit pun, so korang buatlah sampai mana yg korang mampu je, jangan paksa diri sangat takut habis tenaga lak ntok sambung part lain hehe (kalau perempuan, ikut cara tekan tubi perempuan, tahu kan?)
  2. Bangkit Tubi Variasi=actually, dia akan bagi taklimat dulu terangkan apa yg kita perlu buat, setiap langkah yg perlu kita lakukan termasuklah tunjukkan video macam mana cara bangkit tubi varisai ni dilaksanakan. Which means, demo dululah haha time batch saya, ada 4 tahap berbeza, contoh mula2 tangan kat sisi, then tangan kat dada, then tangan kat kepala & sebagainya. Of course dia mula dari tahap yg senang (1) hingga tahap yg susah (4) tapi kalau korang dapat lepas semua tahap tu kira terer lah haha sebab serious, nampak macam senang, hakikatnya bila dah buat baru tahu betapa azabnya MashaaAllah hahaha
  3. Jangkauan Melunjur=hah yg ni pun korang tahu je kan nak buat macam mana, dah biasa buat time sekolah menengah, so buat macam biasa jelah & takleh pakai kasut. Sekali percubaan je...
  4. Bleep Test=orait, yg ni paling susah haha kalau tak tahu apa tu bleep test, cuba search kat youtube ok sbb saya tak tahu nak terangkan macam mana haha. Kita kena lari patah balik patah balik banyak kali ikut bunyi beep tu, makin lama jarak antara bunyi beep tu makin singkat, maknanya korang kena lari makin lama makin laju lah haha... Dengar macam senang sebab lari je kan? Tapi yg menyakitkan kaki tu sebab kena lari, berhenti then patah balik, berhenti & so on berulang2. Sakit lutut wooo....Budak lelaki boleh kot buat banyak, tapi untuk perempuan, dapat sampai pusingan ke3 je pun dah cukup baik dah (ada banyak pusingan, satu pusingan lak ada dalam 7/8 kali lebih kena lari haha). Memang menguji stamina betul!
Tak lupa juga, kena buat ujian BMI gak (timbang berat badan & ukur ketinggian). Hat ni memang takleh nak buat apalah haha redha jela apepun BMI mu XD Tu jelah kot yg perlu korang tahu. Percayalah, yg korang mampu melakukannya! Pakaian pun penting tau, ikut je seperti yg telah tertera dalam surat, syarat2 & etika pemakaian (kena pakai T-shirt + tracksuit). Untuk ujian bertulis tu, cubalah try jawab contoh2 soalan dalam internet & ujian fizikal lak, try praktis banyak2 dulu kat rumah supaya dapat biasakan diri semasa hari yg sebenar nanti. SEMOGA LULUS DENGAN CEMERLANG & DAPAT KE INTERVIEW! 

Update*Alhamdulillah saya dpt tawaran interview =D Jom baca entry Interview IPG pulak!

No comments:

Post a Comment