Monday, January 6, 2020

Lulus MEdSI Ke-2

Hey guys! I'm back after a few years huhu. Ok kalini saya akan share tentang Bagaimana Saya Lulus MEdSI (kali ke-2), Alhamdulillah.. Saya terfikir nak tulis post ni sbb baru2 ni ada org tanya soalan berkaitan ni. Sebenarnya dalam entry Interview UPSI dulu pun saya dah pernah janji nak cerita, tp tulah, lepastu janji tu pun entah ke mana hehe. Alright, untuk pengetahuan korang, saya sebenarnya gagal Ujian MEdSI pertama, then bila saya mohon untuk 2nd intake, saya berjaya dalam ujian MEdSI kemudian dapat pergi interview di UPSI pula. First of all, saya tak jamin tau apa SEBAB SEBENAR yang buatkan saya lulus untuk kali ke-2 tu, tapi ni antara langkah yang saya ambil untuk menebus kesilapan yang lalu iaitu:
  • Saya ubah cara menjawab untuk Bahagian Kerjaya. Ada soalan yang akan tanya, kerjaya apa yang kita suka selain daripada guru. Rahsianya ialah, JANGAN JAWAB LANGSUNG apa2 kerjaya SELAIN GURU. Jika kita pilih kerjaya lain contohnya seperti doktor ke arkitek ke... Jawapan kita tu menggambarkan seolah2 kita tidak betul2 serius/komited pun nak jadi cikgu.
Saya percaya mungkin inilah salah satu faktor besar yang membantu untuk markah saya, selain tu saya just follow cara menjawab yg biasa sama seperti MEdSI kali pertama, contohnya:
  • Untuk soalan Bahagian Personaliti, kita kena pilih jawapan2 yang menunjukkan kita ni seorang yang pandai bersosial dengan masyarakat (antara ciri utama yang seorang guru perlu ada). Bukan seorang yang introvert, suka buat kerja sorang2 dan sebagainya..
Untuk info lebih lanjut, boleh refer Panduan Lulus MEdSI. Artikel ni sangat berguna sebab dia bagi tips cara jawab untuk setiap bahagian. Berdasarkan artikel ni juga, kita digalakkan supaya pilih jawapan SANGAT SETUJU/SANGAT TIDAK SETUJU je, sebab jawapan ni yang menyumbang kepada markah paling tinggi. Kiranya kita kena betul2 yakin dengan jawapan kita, inshaaAllah kita akan berjaya. Jangan pandang remeh dengan ujian MEdSI ye, walaupun nampak senang, tapi dia psycho kita sebenarnya huhu so, be careful okay. Saya harap entry kalini sedikit sebanyak dapat bantu korang semua.
Good Luck for your MEdSI!




No comments:

Post a Comment