Friday, March 27, 2020

Extend MCO = Extend Intern?

"Kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020" - YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia
Allahu... Sedihnya dengar berita ni. Disebabkan kes COVID-19 yang semakin meningkat saban hari, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang asalnya 2 minggu terpaksa dipanjangkan hingga sebulan pula. Baru seminggu duduk rumah ni pun cukuplah terasa bosannya... Tapi sekarang ni yang menjadi persoalan, bagaimana dengan nasib kami sebagai student, especially yang sedang menjalani internship? Adakah intern kami juga perlu dilanjutkan disebabkan cuti yang panjang ni? Kalau macam student lain yang masih belajar, mostly ramai yang minta bubar je sem yg skrg, alasannya susah belajar online class, dgn masalah nak jawab exam & sebagainya.. Tapi macam kami yang tinggal last semester ni, siapa je yang nak tambah sem baru kan? Kami semua nak Graduate On Time huhu. So, setelah berbincang dengan madam, inilah hasil keputusannya:

  1. Yang Work From Home (W.F.H.), teruskan macam biasa, so akan habis intern ikut tarikh yang asal
  2.  Yang tak W.F.H., minta Supervisor cari alternatif untuk beri tugasan sewaktu PKP supaya pelajar boleh tamat intern 21 Jun atau minggu ke-2 Julai (paling lambat boleh tamat intern)
  3. Disebabkan PKP dah dilanjutkan sehingga sebulan, kalau majikan minta ganti minggu tak kerja, mohon budi bicara untuk ganti 2 minggu saja, bukan 4 minggu. Selepas PKP, UiTM akan keluarkan surat untuk ganti 2 minggu saja bagi mereka yang cuti sewaktu PKP
    Tu saja huhu... Saya harap sangat, supervisor saya akan berikan tugasan lain untuk saya laksanakan kat rumah sepanjang PKP ni, selain like post JaPen semata-mata. Saya pun dah bosan gak cuti lama-lama duduk rumah tak buat apa-apa. Tapi takpelah, saya faham, tak banyak kerja yang boleh saya buat kat rumah kan, paling-paling pun maybe edit video je. Tu pun saya dah hargai sesangat. At least saya ada something yang boleh ditulis dalam buku log nanti huhu. So far supervisor baru bagi tugasan just suruh buat infografik countdown PKP. Harapnya akan ada tugasan lain lagilah lepas ni, inshaaAllah... Doakan juga supaya wabak COVID-19 ni segera berakhir, supaya kita semua dapat jalani kehidupan seharian kita seperti biasa semula. Semoga seluruh rakat Malaysia tabah menghadapinya bersama-sama. Yakinlah semua yang berlaku ada hikmahnya. 

    #StayStrong
    #StayAtHome



    Thursday, March 19, 2020

    My Updates

    Hai korang. Sebenarnya dah lama saya berniat nak share pengalaman intern saya dekat blog ni, tapi tulah, so far rasa macam takde apa yang menarik pun untuk dikongsikan tentang perkembangan terbaru berkaitan intern saya. Nasib saya, kebetulan baru hari pertama masuk intern, hari yang sama jugak berlaku isu pertukaran kerajaan. Nampak macam takdelah beri kesan sangat pun kan, tapi tulah, program-program kami terpaksa ditangguhkan. Apa-apa aktiviti kena tunggu kerajaan yang baru ni stabil dulu... Sebabkan jawatan-jawatan menteri tergantung, kerja kami pun secara tak langsung turut tergantung. Sebab apa? Sebab objektif utama Jabatan Penerangan ni adalah sebagai platform untuk hebahan dasar-dasar kerajaan. Sebabkan kerajaan dah berubah, dasar-dasar yang lama pun boleh jadi akan berubah. Jadi apa yang kami boleh buat? Tunggu semuanya dah ok, baru kami boleh proceed dengan kerja yang lain huhu.

    Tak lupa juga plan sebelum ni yang saya dah cerita kena turun padang untuk program-program tertentu, pun terpaksa ditangguhkan. Ini kerana kerja JaPen yang lain termasuklah untuk cover bahagian perasmian program tersebut, sebab adanya kehadiran VIP seperti menteri dan sebagainya. Bila dah takde menteri, macam mana nak rasmikan program tu kan? Huhu. Tak macam kawan-kawan saya yang intern kat Bernama & sebagainya, lagi timbul isu panas macam ni, lagi diaorang busy kena cover berita & berkumpul tunggu depan Istana Negara. Bezanya dengan saya huhu. So, itulah nasib pertama saya intern.

    Nasib kedua pula, adalah wujudnya penularan wabak COVID-19 ni. Sampai terjadinya perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri sendiri. Kesannya? Kami kena cuti selama 2 minggu huhu. Mulanya kawan-kawan lain yang intern penyiaran semua ingat tak cuti, last-last diaorang pun kena cuti jugak sebab dah keluar notis dari pihak UiTM yang menyuruh semua student cuti termasuklah student yang tengah intern sekali. So, lagi pishang lah kita jawabnya huhu. Duduk rumah takde kerja. Just kena like & share je post-post Japen kat media sosial. Takpelah, at least bukan saya sorang je cuti, semua pekerja kat sini pun cuti jugak cuma diaorang kena kerja di rumah lah. Nak buat macam mana kan, harapnya cepatlah berakhir rangkaian jangkitan wabak ni... Masih banyak lagi pengalaman yang saya perlukan dari jabatan ni. Nak cerita apa dalam report & time presentation nanti? Huhu.

    So far kerja yang saya dah buat mostly just edit video, buat infografik gitu jelah... Tapi Alhamdulillah dapatlah jugak join 1 kerja di luar, iaitu Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Melaka di Dewan Seri Utama, Ayer Keroh. Saya berpeluang untuk lihat sendiri cara kerja JaPen iaitu mengawal media seperti hanya membenarkan media-media tertentu saja yang boleh memasuki dewan tempat istiadat, memastikan orang-orang media mematuhi protokol di sana (contohnya dari segi pemakaian) serta menjaga keharmonian sepanjang 'press conference' berlangsung. Kiranya kita yang ada kuasa untuk control Awani, Bernama, RTM Melaka, Melaka Kini hehe. Dapatlah jugak jumpa wartawan-wartawan yang saya kenal & tengok cara diaorang kerja in real life. Rasa jealous lah jugak tak dapat intern macam diaorang tapi takpelah, ada hikmahnya kan. Macam program Info On Wheels (IOW) semua saya still belum dapat join lagi.. Selain tu ikut akak-akak pergi reccee tempat-tempat untuk photoshoot raya nanti. Tu jelah. Harapnya dapat belajar banyak benda lagi lepasni. Doakan saya ye, guys. Thank you & bye!

    Terima kasih untuk pengalaman harini.

    Happy Birthday to ME!

    Nothing special. Just me getting older.
    Alhamdulillah... Akhirnya genap umur 22 tahun hehe. Birthday saya 2 Mac sebenarnya, tapi baru sekarang nak cerita haha lama sangat kan throwbacknya. Takpelah, biarlah kita abadikan je kenangan kat sini. Tahun ni memang tak expect apa-apa sambutan pun, kita pun takdelah rasa excited mana sebab dah besar kan.. Selalunya kawan-kawan yang akan celebrate, tapi kalini kan saya seorang je intern kat Melaka, takde kawan-kawan lain.

    So, kita pun pergi jelah kerja macam biasa. Pagi tu saja borak-borak dengan akak abang semua, tetiba diaorang wish "Happy Birthday, Aina". Terkejut gak huhu mana diaorang tahu birthday saya ea, rasanya saya tak pernah bagitahu pun, paling-paling hint yang saya pernah bagi pun sebelum ni saya just sebut "minggu depan" tapi tak sebut pun tarikh bila huhu. Maybe diaorang dapat tahu dari reminder Facebook kot...

    Lepastu saya nak pergi ke meja akak lain, tetiba akak tu jerit "Aina jangan datang sini!". Pelik gak saya, ada apa-apa ke. Takkan diaorang ada prepare something untuk saya pulak kan. Rasa macam mustahil lah pulak, so saya pun taknaklah menaruh harapan. Tapi rasa macam ada yang tak kena, takpelah kita buat don't know jelah ye.

    Then kami pun teruskan kerja macam biasa. Diaorang pula kebetulan busy dengan meeting apa entah, kursus penulisan berita kot. Sementara saya seorang kat office, tengah sibuk siapkan video Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019. Terasa sunyi gaklah office haritu huhu tapi takpelah, saya pun ada kerja, takdelah bosan mana.

    Sampailah ke petang, dah nak dekat pukul 5, diaorang belum habis meeting kursus lagi. Tetiba akak ni Whatsapp saya, kata "Aina jangan balik dulu tau". Saya dah mula rasa something fishy, diaorang memang nak celebrate birthday saya ke? Haha macam dah boleh agak lah... Yelah sebab dah banyak hint jelas yang saya perasan. Happy lah jugak bila fikir diaorang nak celebrate, tapi at the same time, rasa nervous tak tahu nak respon apa huhu sebab saya memang jarang dapat surprise macam ni.

    Tak lama lepas bila diaorang dah keluar, saya macam sedar yang diaorang sedang bergerak secara senyap-senyap. Makin lama tunggu makin rasa nervous lah pulak haha. Akhirnya, diaorang pun muncul sambil menyanyikan lagu birthday untuk saya, dengan bawa kuih cheese tart pelbagai inti, belon & patung penguin. Waaah terharunya hanya Allah yang tahu... Tak sangka baru seminggu saya intern kat sini, diaorang sanggup celebrate birthday saya, bagi hadiah & buat surprise begini. Terima kasih sesangat... Saya sangat hargainya. Bersyukur walaupun intern seorang takde kawan, tapi ada akak-akak dan abang-abang yang sangat sporting, sangat memahami. Alhamdulillah... Walaupun sambutan yang sangat simple, tapi sangat bermakna buat saya. Terima kasih semua :')

    p/s: Esoknya pagi tu sampai je kat office, terus nampak ada coklat Ferrero Rocher atas meja dengan sticky note tulis "Happy Belated Birthday". Wow another surprise hehe cute lah pulak. 
    Thank you whoever you are!

    Wednesday, March 4, 2020

    English Exit Test (EET)

    Perhatian, entry ini lebih kepada menceritakan format sebenar EET, panduan menjawab & bukan tips untuk score tau huhu. Ok here we go~

    - Wajib untuk student UiTM graduate
    - Dapat 2 certificates (1st dapat semester ni, result Lulus/Gagal, 2nd dapat next semester, result gred)
    - Result ikut gred:
    • Basic User (A1 A2)
    • Independent User (B1 B2)
    • Proficient User (C1 C2)
    • Non-User (hadir tapi tak jawab soalan langsung)

    Writing Test  (1 1/2 hours)

    Task 1: Respond to email in 150 words (1 page)
    Eg: experience/challenges organising event

    Task 2: Article/part of report/part of proposal of an event in 250 words (2 pages)
     Eg:
    - what the seminar is about
    - knowledge gained (at least 3 benefits)
    - relevance to your company

    * a piece of paper to scribble is given
    * 3 main idea is enough + elaborations
    * start with topic sentence (main idea)

    Speaking Test (1/2 hour)
    * computer based test

    Task 1: Simulated Conversation
    - biasanya 1 soalan je, just balas apa yang orang tu tanya (contoh idea nak buat surprise party)

    Task 2: Job Interview
    - selalunya 3 soalan, iaitu antara yang common time interview (contoh tell me about yourself, why you choose our organization...)

    Task 3: Oral Presentation
    - diberi 1 tajuk & any chart, then present based on that material given

    Click for additional sources
    EET General Information
    Langkah Menduduki EET Speaking
    UiTM English Exit Test (The Official Guide)
      
    Below is future explanation from my friend. Good Luck!