Tak lupa juga plan sebelum ni yang saya dah cerita kena turun padang untuk program-program tertentu, pun terpaksa ditangguhkan. Ini kerana kerja JaPen yang lain termasuklah untuk cover bahagian perasmian program tersebut, sebab adanya kehadiran VIP seperti menteri dan sebagainya. Bila dah takde menteri, macam mana nak rasmikan program tu kan? Huhu. Tak macam kawan-kawan saya yang intern kat Bernama & sebagainya, lagi timbul isu panas macam ni, lagi diaorang busy kena cover berita & berkumpul tunggu depan Istana Negara. Bezanya dengan saya huhu. So, itulah nasib pertama saya intern.
Nasib kedua pula, adalah wujudnya penularan wabak COVID-19 ni. Sampai terjadinya perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri sendiri. Kesannya? Kami kena cuti selama 2 minggu huhu. Mulanya kawan-kawan lain yang intern penyiaran semua ingat tak cuti, last-last diaorang pun kena cuti jugak sebab dah keluar notis dari pihak UiTM yang menyuruh semua student cuti termasuklah student yang tengah intern sekali. So, lagi pishang lah kita jawabnya huhu. Duduk rumah takde kerja. Just kena like & share je post-post Japen kat media sosial. Takpelah, at least bukan saya sorang je cuti, semua pekerja kat sini pun cuti jugak cuma diaorang kena kerja di rumah lah. Nak buat macam mana kan, harapnya cepatlah berakhir rangkaian jangkitan wabak ni... Masih banyak lagi pengalaman yang saya perlukan dari jabatan ni. Nak cerita apa dalam report & time presentation nanti? Huhu.
So far kerja yang saya dah buat mostly just edit video, buat infografik gitu jelah... Tapi Alhamdulillah dapatlah jugak join 1 kerja di luar, iaitu Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Melaka di Dewan Seri Utama, Ayer Keroh. Saya berpeluang untuk lihat sendiri cara kerja JaPen iaitu mengawal media seperti hanya membenarkan media-media tertentu saja yang boleh memasuki dewan tempat istiadat, memastikan orang-orang media mematuhi protokol di sana (contohnya dari segi pemakaian) serta menjaga keharmonian sepanjang 'press conference' berlangsung. Kiranya kita yang ada kuasa untuk control Awani, Bernama, RTM Melaka, Melaka Kini hehe. Dapatlah jugak jumpa wartawan-wartawan yang saya kenal & tengok cara diaorang kerja in real life. Rasa jealous lah jugak tak dapat intern macam diaorang tapi takpelah, ada hikmahnya kan. Macam program Info On Wheels (IOW) semua saya still belum dapat join lagi.. Selain tu ikut akak-akak pergi reccee tempat-tempat untuk photoshoot raya nanti. Tu jelah. Harapnya dapat belajar banyak benda lagi lepasni. Doakan saya ye, guys. Thank you & bye!
Terima kasih untuk pengalaman harini. |
Inn sha Allah ya aina saya doakan urusan awak ni sentiasa dipermudahkan, dapat capai apa yang awak nak, dan dapat belajar lagi banyak benda serta peroleh banyak pengalaman ya aaminn
ReplyDeleteInshaaAllah, aaminn...
Delete