Nothing special. Just me getting older. |
So, kita pun pergi jelah kerja macam biasa. Pagi tu saja borak-borak dengan akak abang semua, tetiba diaorang wish "Happy Birthday, Aina". Terkejut gak huhu mana diaorang tahu birthday saya ea, rasanya saya tak pernah bagitahu pun, paling-paling hint yang saya pernah bagi pun sebelum ni saya just sebut "minggu depan" tapi tak sebut pun tarikh bila huhu. Maybe diaorang dapat tahu dari reminder Facebook kot...
Lepastu saya nak pergi ke meja akak lain, tetiba akak tu jerit "Aina jangan datang sini!". Pelik gak saya, ada apa-apa ke. Takkan diaorang ada prepare something untuk saya pulak kan. Rasa macam mustahil lah pulak, so saya pun taknaklah menaruh harapan. Tapi rasa macam ada yang tak kena, takpelah kita buat don't know jelah ye.
Then kami pun teruskan kerja macam biasa. Diaorang pula kebetulan busy dengan meeting apa entah, kursus penulisan berita kot. Sementara saya seorang kat office, tengah sibuk siapkan video Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019. Terasa sunyi gaklah office haritu huhu tapi takpelah, saya pun ada kerja, takdelah bosan mana.
Sampailah ke petang, dah nak dekat pukul 5, diaorang belum habis meeting kursus lagi. Tetiba akak ni Whatsapp saya, kata "Aina jangan balik dulu tau". Saya dah mula rasa something fishy, diaorang memang nak celebrate birthday saya ke? Haha macam dah boleh agak lah... Yelah sebab dah banyak hint jelas yang saya perasan. Happy lah jugak bila fikir diaorang nak celebrate, tapi at the same time, rasa nervous tak tahu nak respon apa huhu sebab saya memang jarang dapat surprise macam ni.
Tak lama lepas bila diaorang dah keluar, saya macam sedar yang diaorang sedang bergerak secara senyap-senyap. Makin lama tunggu makin rasa nervous lah pulak haha. Akhirnya, diaorang pun muncul sambil menyanyikan lagu birthday untuk saya, dengan bawa kuih cheese tart pelbagai inti, belon & patung penguin. Waaah terharunya hanya Allah yang tahu... Tak sangka baru seminggu saya intern kat sini, diaorang sanggup celebrate birthday saya, bagi hadiah & buat surprise begini. Terima kasih sesangat... Saya sangat hargainya. Bersyukur walaupun intern seorang takde kawan, tapi ada akak-akak dan abang-abang yang sangat sporting, sangat memahami. Alhamdulillah... Walaupun sambutan yang sangat simple, tapi sangat bermakna buat saya. Terima kasih semua :')
p/s: Esoknya pagi tu sampai je kat office, terus nampak ada coklat Ferrero Rocher atas meja dengan sticky note tulis "Happy Belated Birthday". Wow another surprise hehe cute lah pulak.
Thank you whoever you are!
hehe terbaik aina๐ค๐๐ป
ReplyDeleteTu je? Haha okay
Delete