Thursday, July 27, 2017

Ujian MEdSI-UPSI

Huiii...! Berjumpa lagi kita nampaknya hehe tengah masih dalam mood yg sama lagi (spirit nak tulis tentang pengalaman hadapi ujian). Sekali lagi, ni #throwback je tau haha sebab memang dah lama sangat berlalu kisahnya, time bulan puasa jugak dulu. Baru harini nak cerita tentang pengalaman hadapi Ujian MEdSI untuk masuk UPSI, yg mana saya pilih course Ijazah Pendidikan Kimia/Matematik & time ni ujian berlangsung di UTHM, Batu Pahat, Johor. Orait, seperti semua sudah maklum, sesiapa yg berhajat nak jadi cikgu tu (especially guru sekolah menengah) bolehlah mohon Ijazah Pendidikan kat UPSI. Tapi kenalah lalui beberapa peringkat dulu, iaitu pertama sekali tentunya Ujian MEdSI.

Apa itu Ujian MEdSI?
MEdSI yg bermaksud Malaysian Educators Selection Inventory merupakan ujian komputer yg perlu dilalui setiap orang yg mahu melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah pendidikan

Apa pula formatnya?
Mengandungi 300 soalan berbentuk objektif/aneka pilihan/kaji selidik & perlu dijawab dalam tempoh 1 jam saja

So, berdasarkan pengalaman saya, untuk batch kalini, ia terbahagi kepada beberapa bahagian:
Bahagian 1 (personaliti)=berkaitan minat & kecenderungan kita. Contoh~kita suka membaca ke, bertukang ke, kumpul barangan antik ke..
Bahagian 2 (minat kerjaya)=berkaitan kerjaya yg kita suka selain daripada guru. Contoh~nak jadi doktor ke, pelukis ke, akauntan ke...
Bahagian 3 (nilai integriti)=berkaitan personaliti/tindakan kita ketika situasi tertentu. Contoh~kalau pelajar merokok di sekolah, perlu ke kita beri hukuman rotan kepadanya
Bahagian 4 (kecerdasan emosi)=berkaitan soalan2 umum boleh jadi juga soalan KBAT sikit

Sebenarnya, senang je rasanya bagi semua orang sebab tak perlu study apepun untuk ujian ni, ia lebih kepada kaji selidik tentang diri kita. Pilihan yg kita kena jawab seperti Sangat Setuju/Setuju/Kurang Setuju/Sangat Tidak Setuju camtu je, takpun, Ya/Tidak.. Takde tips yg khusus pun untuk jawab MEdSI ni, cuma kita perlu jujur & be yourself okay? Itulah sifat sebenar seorang bakal pendidik kan? yup, INTEGRITI :) & jangan risau, walaupun kena jawab 300 soalan dalam masa 1 jam, inshaaAllah boleh siap cepat, silap2 tak sampai setengah jam pun haha sebab semua soalannya tak memerlukan kita untuk berfikir lama, takde perlu mengingat/mengira pun. Kalau korang jenis yg rajin, trylah tengok contoh2 soalan ni ea<Contoh Soalan MEdSI. Oklah, apapun, doa & tawakkal banyak2. SEMOGA BERJAYA!
Kenangan...

Update* Hmm sedihnya, saya tak berjaya dapat interview. Jujur sedih & kecewa sangat2, sebab inilah harapan pertama saya, impian utama; nak jadi seorang guru dari dulu lagi. Ayah pun menaruh harapan yg tinggi jugak...hmm tak tahulah kenapa tak dapat ea, sebab nampak cam senang soalan2nya, cuma kadang kena berhati-hati sikit sebab psycho kita sebenarnya. Tak tahulah macam mana cara dia check untuk jawapan yg betul, hmm takpelah. Sabar & redha jelah, mungkin masih belum rezeki saya lagi. Allah lebih Mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNYa. Sekarang, tinggal proses untuk move on je...semoga saya tabah, inshaaAllah :') Untuk korang pulak, buat yg terbaik tau!

Update*Alhamdulillah, saya berjaya untuk MEdSI kali ke-2. Jom baca entry Interview UPSI pulak! 

Interview for Bachelor of Mass Communication @ UiTM

Hello again! Tetiba sejak kebelakangan ni rasa macam semangat nak tulis pasal interview je even dah lama lepas dah pun haha. Ok so kali ni, saya nak ceritakan pengalaman interview untuk Sarjana Muda Komunikasi Massa kat UiTM Lendu pulak (tapi tempat belajar untuk course ni sebenarnya kat UiTM Shah Alam tau). InshaaAllah, saya boleh share setakat mana yg saya ingat ajelah haha sebab memang dah lama sangat berlalu, masa bulan puasa lagi. Maaf, saya tak tahu nak ceritakan basic course ni, sebab saya mmg takde asas langsung tentang masscom hehe sorry ye. Rajin-rajinkanlah diri tu untuk buat banyak research.
Sorrylah takde gambar time interview haha ni je mampu. So, untuk etika pakaian, pakailah cantik2 sikit (dak2 Masscom kan) & bawa semua dokumen yg dia dah nyatakan dalam surat termasuk salinan yg sah (jgn lupa ic parents, yelah ni kan UiTM, keuturunan itu penting) eventhough as usual, dia takkan tengok pun sijil2 kita hoho

Alhamdulillah lah, nasib baik tempat interview dekat je dengan saya yg duduk kat Batu Berendam ni, sekejap je dah sampai & kebetulan lak time tu cuti sekolah, ayah saya (seorang guru) boleh hantarkan saya ke sana. Hmm tak payahlah cerita pasal otw perjalanan ke sana ea? Ok sampai je sana, tengok dulu nombor giliran kat papan kenyataan. Then, kena lalui 2 sesi iaitu:

Sesi #1
Kitaorang diminta untuk menulis essay 250 words in only 30 minutes (fuh, mula2 dengar dia sebut 1 hour, ye2lah buat slow2, tetibe rupanya tinggal a few minutes more je -_-). Untuk batch kalini, kitaorang dapat tajuk "What is your future planning after you graduated in Degree of Mass Communication?" Pergh, kemain penat aku hafal skrip awal2 dari rumah sebab based on blog orang lain, ramai yg cerita soalan essay tak pernah berubah sejak dulu kala, which is "What is the definition of Mass Communication?" atau kalau takpun, "What is your opinion about Mass Media in Malaysia?". Haih, suka suki lak tahun ni tajuknya berubah hahah takpelah, pasrah jela nak oi. But firstly, before tulis essay, kita kena tandakan 9 program dalam Masscom ikut susunan keutamaan yg kita nak (dulu 8 je, sekarang dah tambah 1 lak huh) iaitu:
-Journalism
-Public Relations
-Broadcasting
-Instructional Communication
-Interpersonal Communication
-Management and Policy
-Advertising
-Publishing
-New Media Communication*

Sesi #2
Ok, sekarang baru interview. Unluckily, kali ni dia buat secara group pulak adoi dulu rasa individual je (asyik2 dapat interview bergroup haha apalah nasibku ini, yelah, of course bila secara group, kita akan lebih mudah rasa tercabar dengan jawapan calon lain kan?). But yg ni just 2 orang jelah. Honestly saya ingatkan interview Masscom ni akan tanya banyak tentang Masscom, rupa-rupanya mostly semua tentang PENGETAHUAN AM. Aduh, ponek je den buek researh banyak2 baca apa itu masscom blablabla, sekali semua soalan yg keluar unexpected weh haha but don't worry, inshaaAllah senang je kot bagi korang. Soalan yg kitaorang dapat lebih kurang camni:
  1. Tell me about yourself
  2. Which 1 of the programmes in Masscom that you choose & give reasons why
  3. Give me the FULL name of chancellor & vice chancellor of UiTM
  4. Give me  the name of 5 cities that have Sultans & 5 cities that have Yang di-Pertua Negeri
  5. Share with me what you want to say about 'Negaraku'. Anything
That's all kot. Haha, nampak cam senang kan? Tapi mungkin disebabkan nervous sangat & ni 1st time kena fully speaking during interview (hah lupa nak cakap, this interview is FULLY IN ENGLISH tau) , tu yg ada tak dapat jawab. Haih, malulah jugak hmm rasanya, ni lah interview paling teruk buat saya haha :'( Sokay, lupakan. Don't worry sangat untuk interview Masscom ni okay, dia tak tanya pun hot news (tak tahulah kalau next year ada) & dia tak tanya perkara berkaitan Masscom langsung pun. Semuanya pengetahuan am je, & jangan ingat dia akan tanya soalan yg sama camni gak, sebab soalan tentang pengetahuan am kan sangat sangat sangat luas hahah. Tips nya; just be ready & confident, sebab dia just nak tengok kelancaran tutur kata kita je masa speaking tu. Hah kalau korang nak tahu, ramai calon interview Masscom ni yg semuanya kemain bergaya betul dengan makeup bagai, (dak2 interview sains simple je) haha bayangkanlah betapa tidak menyerlahnya saya time tu huhu. Oklah, tu je kot. Bye! KEEP CALM & GOOD LUCK!!!

Update* Saya dpt Bach of Mass Communication (Hons) Broadcasting @ UiTM Rembau (: tak tahulah nak gembira ke tak, sbb bkn course ni yg paling saya harapkan sebenarnya hmm. Takpelah, biarlah hanya Allah yg tahu perasaan saye. Apepun, korang buat yg terbaik ok?

Tuesday, July 25, 2017

Interview for Bachelor of Pharmacy @ UniKL RCMP

Hye everyone! Hah sementara otak masih tengah fresh ni, nak share sikit pengalaman interview Bachelor of Pharmacy kat UniKL Royal College of Medicine Perak yg baru je berlaku siang tadi. Memandangkan masih tak banyak blog yg ceritakan pasal ni hehe. Basically, course ni hampir setanding dengan medic but more to Chemistry, learning about Pathology & Pharmocology, how to make & presribe medicine & so on..So, adik2 yg minat sangat dgn subjek Chemistry tu bolehlah try apply pharmacy. Pharmacy ni pun sebenarnya ada banyak branch, (Farmasi Komuniti, Farmasi Hospital, Farmasi Industri, Farmasi Akademi)[nak lebih informasi, pandai2lah buat research sbb saya sendiri bukanlah student farmasi pun haha]. Jangan fikir pharmacist ni kerja dia just bagi ubat to patient je, but its more than that. Course ni pun menawarkan peluang pekerjaan yg luas; boleh kerja sebagai pegawai farmasi di hospital, kerja di industri buat ubat-ubatan, buka kedai farmasi sendiri or maybe boleh juga jadi lecturer. Seronok kan? Fun but yet challenging for me. Ok stop membebel pasal basic course ni. Meh saya cerita pasal interviewnya pulak.
Korang pun dapat interview letter camni gak kan? Orait, untuk etika pakaian & kelengkapan yg perlu dibawa, follow je arahan dalam surat tu ok

Disebabkan tinggal kat Melaka, saya & keluarga kena start gerak dari pukul 3 pagi lagi dari rumah & sampai sana lebih kurang pukul 8. Jangan risau, walaupun tengah2 bandar Ipoh, tapi suasana sana tak sesak pun termasuklah semasa waktu puncak orang pergi kerja. Kat sana pun banyak je kedai2 makan yang sangat dekat dgn UniKL, jadi sarapanlah dulu ye sebelum interview, sebab serious nak tunggu giliran nanti tu yg lama, berjam kot haha. Sampai je sana, just kena isi borang sikit then tunggu di bilik menunggu. Jujur saya ingatkan ni cuma interview biasa, secara individu, tapi rupanya lain daripada lain! Kalini dah tukar sistem agaknya...So, prosesnya macam ni:
  • Kitaorang dibahagikan kepada 2; Station A & Station B
  • Setiap station ada 3 Channel, 1 channel 10 minit
  • Setiap group terdiri daripada 3 orang ahli
Kitaorang kena lalui SEMUA channel & selesaikan setiap tugasan berbeza dalam tempoh yang ditetapkan. Berdasarkan apa yg saya lalui, antara soalan untuk batch kalini:

Channel #1
  1. If you are selected to further study in Bachelor of Pharmacy, what is your preparation before learning this course?
  2. Based on these 3 subjects, choose ONE that is the most relevant to pharmacy. Discuss. Biology/Chemistry/Mathematics
  3. Ok sorry yg ni serious tak ingat haha
Channel #2
  1. What is your strategy to complete a group task in the provided time?
  2. What are the challanges that you might have during completing the group task?
  3. Give solutions on how to avoid the challanges & therefore the task can be completed easier
Channel #3
  1. Introduce yourself & tell us where you study before this
  2. If your future career is a pharmacist that sell medicine to other people, discuss the ways on how you can increase your profit, in 4 minutes
  3. If you are not selected for this course, what is your next plan?
  4. Tell us in only 30 seconds, why we should choose you as a student in pharmacy here
That's all my experiances. Interview yg ni lebih kpd discussion actually, kadang dia nak tengok kerjasama sesama kumpulan & diaorang boleh je menyampuk dengan soalan2 lain bila2 masa. Pendek kata, soalan interview ni sebenarnya tak boleh nak jangka, suka suki diaorang je nak tanya apa. So, my advice, get ready jelah for any consequences haha. Yang penting, diaorang nak tengok confident level kita je & our language proficiency. Tapi, janganlah tanya saya tips untuk berjaya jawab semua soalan dengan bernas ye sebab saya sendiri lemah sikit bab2 temuduga ni. Setakat share contoh2 soalan bolehlah. Fyi, diaorang tak tengok pun semua sijil2 kita huh penat je bawak ke hulu ke hilir, nak buat camne, dah itu prosedurnya kan? Anyway, GOOD LUCK & ALL THE BEST!
*p/s=interview is FULLY IN ENGLISH yup

Update*saya lulus interview & berjaya dpt course ni...tpi,, ada byk halangan lak ntok saye memilih pharmacy, sbb yurannye yg tersangatlah mahal (kebetulan MARA lak dh susah nk bg pinjaman rupanya), so takut ayah tk mampu nak tanggung...tknk mnyusahkan parents lgi hmm. Harap saye pasrah dgn keputusan ini :(

Wednesday, July 5, 2017

Asasi Sains @ UiTM Dengkil

Akhirnya, kembali menulis semula harini hahaha setelah sekian lama bergelar ex student Asasi Sains @ UiTM Dengkil. Dah berbulan dah tinggalkan sana...tetapi setiap memori akan tetap terpahat dalam hati. Banyak sangat cerita yang tak update dalam blog ni, sampai dah tak tahu nak mulakan dari mana haha takpelah. Untuk entry kali ni, saya just ceritakan serba sedikit tentang kehidupan belajar asasi di sini ok?

So, apa yang bagusnya belajar asasi?
  • Sebab tempoh yang sangat pendek ( 2 Semester=1 tahun) haha tapi tak semudah yang disangka ye...Disebabkan masa yang singkat, semua benda kena belajar cepatlah, kena betul-betul catch up, tak boleh leka tak boleh lalai, semuanya kena buat dengan pantas. Jadual pun terlalu padat. Agak penatlah jugak...sebab tak banyak rehat
Apa yang bagusnya belajar di UiTM Dengkil?
  • Sebab dia bangunan yang sangat baru haha rasanya tu je kot keistimewaannya. Ianya baru siap dibina pada tahun 2015, jadi semua kemudahan pun serba serbi barulah. InshaaAllah semuanya lengkap ada di sini, jangan risau. Ada pelbagai jenis bangunan yang digunakan untuk tujuan tertentu (kalau rajin nak tengok gambarnya meh klik sini > Bangunan UiTM Dengkil) , ada juga padang bola yang besar, tempat jogging, court futsal & bola baling, Pusat Islam (masjid), Pusat Kesihatan (klinik) & macam-macam lagilah...
  • Lagi satu yang seronoknya, takde senior & junior! Haha semuanya satu batch je ngan kita kat sini. Memang tempat ni khas untuk budak asasi je. Terdapat 4 course iaitu; Science, TESL, Law, Engine. Pandai-pandailah pilih mana yang berkenan di hati yeee
Cara belajar kat sini pulak?
  • Sama je dengan u lain...ada lecture, tutorial & yang bestnya study Sains adalah ada lab experiment! Hehe dengan pakai labcoat nye lagi (hah, labcoat kena beli sendiri tau, plus textbook semua tebalnya Ya Rabbi yang amat mostly satu buku harga hampir RM100, tapi don't worry, dapat elaun kan? RM1960 pulak tu satu sem, InshaaAllah cukup untuk bayar yuran kolej kediaman semua). Lecturer selalunya ajar through slide, kena rajin fotostat lecture notes, camtu ajelah. 
  • TAPI! Jangan main-main dengan carrymarks tau. Ini teramatlah penting, sebab ianya sangat membantu untuk CGPA nanti. Kalau carrymark je tak sampai separuh pun, bayangkanlah berapa banyak hengko kena score dalam final exam untuk dapat A.So adik-adik, kenalah work hard untuk segala bagai Quiz, Test, Assignment & Lab Report yang datang menimpa. Kerja group pun takleh dibuat main. Secara jujurnya, saya sendiri menyesal dengan result Sem 1 yang terlalu rendah (sebab tak ambil berat dengan carrymarks semua ni lah, quiz main hentam blabla) tapi Alhamdulillah, bila dah usaha betul-betul untuk Sem 2, dapatlah jugak 3.79 (jauh meningkat mendadak daripada dulu, bersyukur sangat :'D )
Oklah, sampai sini saja buat masa ni...dah tak tahu nak taip apa lagi. Al-maklumlah, otak ni dah berkarat haha lama bebenau tak update blog, ampunkan patik ye. Lain kali sambung lagi. Bye!