Wednesday, July 5, 2017

Asasi Sains @ UiTM Dengkil

Akhirnya, kembali menulis semula harini hahaha setelah sekian lama bergelar ex student Asasi Sains @ UiTM Dengkil. Dah berbulan dah tinggalkan sana...tetapi setiap memori akan tetap terpahat dalam hati. Banyak sangat cerita yang tak update dalam blog ni, sampai dah tak tahu nak mulakan dari mana haha takpelah. Untuk entry kali ni, saya just ceritakan serba sedikit tentang kehidupan belajar asasi di sini ok?

So, apa yang bagusnya belajar asasi?
  • Sebab tempoh yang sangat pendek ( 2 Semester=1 tahun) haha tapi tak semudah yang disangka ye...Disebabkan masa yang singkat, semua benda kena belajar cepatlah, kena betul-betul catch up, tak boleh leka tak boleh lalai, semuanya kena buat dengan pantas. Jadual pun terlalu padat. Agak penatlah jugak...sebab tak banyak rehat
Apa yang bagusnya belajar di UiTM Dengkil?
  • Sebab dia bangunan yang sangat baru haha rasanya tu je kot keistimewaannya. Ianya baru siap dibina pada tahun 2015, jadi semua kemudahan pun serba serbi barulah. InshaaAllah semuanya lengkap ada di sini, jangan risau. Ada pelbagai jenis bangunan yang digunakan untuk tujuan tertentu (kalau rajin nak tengok gambarnya meh klik sini > Bangunan UiTM Dengkil) , ada juga padang bola yang besar, tempat jogging, court futsal & bola baling, Pusat Islam (masjid), Pusat Kesihatan (klinik) & macam-macam lagilah...
  • Lagi satu yang seronoknya, takde senior & junior! Haha semuanya satu batch je ngan kita kat sini. Memang tempat ni khas untuk budak asasi je. Terdapat 4 course iaitu; Science, TESL, Law, Engine. Pandai-pandailah pilih mana yang berkenan di hati yeee
Cara belajar kat sini pulak?
  • Sama je dengan u lain...ada lecture, tutorial & yang bestnya study Sains adalah ada lab experiment! Hehe dengan pakai labcoat nye lagi (hah, labcoat kena beli sendiri tau, plus textbook semua tebalnya Ya Rabbi yang amat mostly satu buku harga hampir RM100, tapi don't worry, dapat elaun kan? RM1960 pulak tu satu sem, InshaaAllah cukup untuk bayar yuran kolej kediaman semua). Lecturer selalunya ajar through slide, kena rajin fotostat lecture notes, camtu ajelah. 
  • TAPI! Jangan main-main dengan carrymarks tau. Ini teramatlah penting, sebab ianya sangat membantu untuk CGPA nanti. Kalau carrymark je tak sampai separuh pun, bayangkanlah berapa banyak hengko kena score dalam final exam untuk dapat A.So adik-adik, kenalah work hard untuk segala bagai Quiz, Test, Assignment & Lab Report yang datang menimpa. Kerja group pun takleh dibuat main. Secara jujurnya, saya sendiri menyesal dengan result Sem 1 yang terlalu rendah (sebab tak ambil berat dengan carrymarks semua ni lah, quiz main hentam blabla) tapi Alhamdulillah, bila dah usaha betul-betul untuk Sem 2, dapatlah jugak 3.79 (jauh meningkat mendadak daripada dulu, bersyukur sangat :'D )
Oklah, sampai sini saja buat masa ni...dah tak tahu nak taip apa lagi. Al-maklumlah, otak ni dah berkarat haha lama bebenau tak update blog, ampunkan patik ye. Lain kali sambung lagi. Bye!

No comments:

Post a Comment