Huiii...! Berjumpa lagi kita nampaknya hehe tengah masih dalam mood yg sama lagi (spirit nak tulis tentang pengalaman hadapi ujian). Sekali lagi, ni #throwback je tau haha sebab memang dah lama sangat berlalu kisahnya, time bulan puasa jugak dulu. Baru harini nak cerita tentang pengalaman hadapi Ujian MEdSI untuk masuk UPSI, yg mana saya pilih course Ijazah Pendidikan Kimia/Matematik & time ni ujian berlangsung di UTHM, Batu Pahat, Johor. Orait, seperti semua sudah maklum, sesiapa yg berhajat nak jadi cikgu tu (especially guru sekolah menengah) bolehlah mohon Ijazah Pendidikan kat UPSI. Tapi kenalah lalui beberapa peringkat dulu, iaitu pertama sekali tentunya Ujian MEdSI.
Apa itu Ujian MEdSI?
MEdSI yg bermaksud Malaysian Educators Selection Inventory merupakan ujian komputer yg perlu dilalui setiap orang yg mahu melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah pendidikan
Apa pula formatnya?
Mengandungi 300 soalan berbentuk objektif/aneka pilihan/kaji selidik & perlu dijawab dalam tempoh 1 jam saja
So, berdasarkan pengalaman saya, untuk batch kalini, ia terbahagi kepada beberapa bahagian:
Bahagian 1 (personaliti)=berkaitan minat & kecenderungan kita. Contoh~kita suka membaca ke, bertukang ke, kumpul barangan antik ke..
Bahagian 2 (minat kerjaya)=berkaitan kerjaya yg kita suka selain daripada guru. Contoh~nak jadi doktor ke, pelukis ke, akauntan ke...
Bahagian 3 (nilai integriti)=berkaitan personaliti/tindakan kita ketika situasi tertentu. Contoh~kalau pelajar merokok di sekolah, perlu ke kita beri hukuman rotan kepadanya
Bahagian 4 (kecerdasan emosi)=berkaitan soalan2 umum boleh jadi juga soalan KBAT sikit
Sebenarnya, senang je rasanya bagi semua orang sebab tak perlu study apepun untuk ujian ni, ia lebih kepada kaji selidik tentang diri kita. Pilihan yg kita kena jawab seperti Sangat Setuju/Setuju/Kurang Setuju/Sangat Tidak Setuju camtu je, takpun, Ya/Tidak.. Takde tips yg khusus pun untuk jawab MEdSI ni, cuma kita perlu jujur & be yourself okay? Itulah sifat sebenar seorang bakal pendidik kan? yup, INTEGRITI :) & jangan risau, walaupun kena jawab 300 soalan dalam masa 1 jam, inshaaAllah boleh siap cepat, silap2 tak sampai setengah jam pun haha sebab semua soalannya tak memerlukan kita untuk berfikir lama, takde perlu mengingat/mengira pun. Kalau korang jenis yg rajin, trylah tengok contoh2 soalan ni ea<Contoh Soalan MEdSI. Oklah, apapun, doa & tawakkal banyak2. SEMOGA BERJAYA!
Kenangan... |
Update* Hmm sedihnya, saya tak berjaya dapat interview. Jujur sedih & kecewa sangat2, sebab inilah harapan pertama saya, impian utama; nak jadi seorang guru dari dulu lagi. Ayah pun menaruh harapan yg tinggi jugak...hmm tak tahulah kenapa tak dapat ea, sebab nampak cam senang soalan2nya, cuma kadang kena berhati-hati sikit sebab psycho kita sebenarnya. Tak tahulah macam mana cara dia check untuk jawapan yg betul, hmm takpelah. Sabar & redha jelah, mungkin masih belum rezeki saya lagi. Allah lebih Mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNYa. Sekarang, tinggal proses untuk
Update*Alhamdulillah, saya berjaya untuk MEdSI kali ke-2. Jom baca entry Interview UPSI pulak!
No comments:
Post a Comment