Hye everyone! Hah sementara otak masih tengah fresh ni, nak share sikit pengalaman interview Bachelor of Pharmacy kat UniKL Royal College of Medicine Perak yg baru je berlaku siang tadi. Memandangkan masih tak banyak blog yg ceritakan pasal ni hehe. Basically, course ni hampir setanding dengan medic but more to Chemistry, learning about Pathology & Pharmocology, how to make & presribe medicine & so on..So, adik2 yg minat sangat dgn subjek Chemistry tu bolehlah try apply pharmacy. Pharmacy ni pun sebenarnya ada banyak branch, (Farmasi Komuniti, Farmasi Hospital, Farmasi Industri, Farmasi Akademi)[nak lebih informasi, pandai2lah buat research sbb saya sendiri bukanlah student farmasi pun haha]. Jangan fikir pharmacist ni kerja dia just bagi ubat to patient je, but its more than that. Course ni pun menawarkan peluang pekerjaan yg luas; boleh kerja sebagai pegawai farmasi di hospital, kerja di industri buat ubat-ubatan, buka kedai farmasi sendiri or maybe boleh juga jadi lecturer. Seronok kan? Fun but yet challenging for me. Ok stop membebel pasal basic course ni. Meh saya cerita pasal interviewnya pulak.
Korang pun dapat interview letter camni gak kan? Orait, untuk etika pakaian & kelengkapan yg perlu dibawa, follow je arahan dalam surat tu ok |
Disebabkan tinggal kat Melaka, saya & keluarga kena start gerak dari pukul 3 pagi lagi dari rumah & sampai sana lebih kurang pukul 8. Jangan risau, walaupun tengah2 bandar Ipoh, tapi suasana sana tak sesak pun termasuklah semasa waktu puncak orang pergi kerja. Kat sana pun banyak je kedai2 makan yang sangat dekat dgn UniKL, jadi sarapanlah dulu ye sebelum interview, sebab serious nak tunggu giliran nanti tu yg lama, berjam kot haha. Sampai je sana, just kena isi borang sikit then tunggu di bilik menunggu. Jujur saya ingatkan ni cuma interview biasa, secara individu, tapi rupanya lain daripada lain! Kalini dah tukar sistem agaknya...So, prosesnya macam ni:
- Kitaorang dibahagikan kepada 2; Station A & Station B
- Setiap station ada 3 Channel, 1 channel 10 minit
- Setiap group terdiri daripada 3 orang ahli
Channel #1
- If you are selected to further study in Bachelor of Pharmacy, what is your preparation before learning this course?
- Based on these 3 subjects, choose ONE that is the most relevant to pharmacy. Discuss. Biology/Chemistry/Mathematics
- Ok sorry yg ni serious tak ingat haha
Channel #2
- What is your strategy to complete a group task in the provided time?
- What are the challanges that you might have during completing the group task?
- Give solutions on how to avoid the challanges & therefore the task can be completed easier
Channel #3
- Introduce yourself & tell us where you study before this
- If your future career is a pharmacist that sell medicine to other people, discuss the ways on how you can increase your profit, in 4 minutes
- If you are not selected for this course, what is your next plan?
- Tell us in only 30 seconds, why we should choose you as a student in pharmacy here
That's all my experiances. Interview yg ni lebih kpd discussion actually, kadang dia nak tengok kerjasama sesama kumpulan & diaorang boleh je menyampuk dengan soalan2 lain bila2 masa. Pendek kata, soalan interview ni sebenarnya tak boleh nak jangka, suka suki diaorang je nak tanya apa. So, my advice, get ready jelah for any consequences haha. Yang penting, diaorang nak tengok confident level kita je & our language proficiency. Tapi, janganlah tanya saya tips untuk berjaya jawab semua soalan dengan bernas ye sebab saya sendiri lemah sikit bab2 temuduga ni. Setakat share contoh2 soalan bolehlah. Fyi, diaorang tak tengok pun semua sijil2 kita huh penat je bawak ke hulu ke hilir, nak buat camne, dah itu prosedurnya kan? Anyway, GOOD LUCK & ALL THE BEST!
Update*saya lulus interview & berjaya dpt course ni...tpi,, ada byk halangan lak ntok saye memilih pharmacy, sbb yurannye yg tersangatlah mahal (kebetulan MARA lak dh susah nk bg pinjaman rupanya), so takut ayah tk mampu nak tanggung...tknk mnyusahkan parents lgi hmm. Harap saye pasrah dgn keputusan ini :(
Hi tuan blog yang comel dan readers semua! Hehe. Hi korang! SR dah habis belajar dekat UniKL Business School taw! Alhamdulillah. Bulan Oktober ni convo! Hehe. Nak tahu kisah perjalanan sepanjang belajar dekat UniKL Business School? Meh baca blog SR. Bonus: Pengalaman program pertukaran pelajar di Kozminski University, Poland (ERASMUS+/ISEM UNIKL)
ReplyDeletePENGALAMAN PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR UNIKL BUSINESS SCHOOL (KLIK DI SINI)
Mara susah bagi pinjaman? Kenapa ye kak? Dia dahulukan dengan yg ade syarat ape2 ke?
ReplyDeleteAllahu, maaf ssgt tak prasan ada komen baru sbb dah lama tak aktif menulis blog... Rasa mcm dah trlmbt je nak jwb kan, tp takpelah, saya jwblah jgak 😅 hmm setahu saya mcm tulah, ada syarat2nya, then tgk gaji parents kita semua tanpa tgk tanggungan, brdsrkan apa yg ayah saya explain lah. Btw, sorry again for the late reply
DeleteInterview untuk pharmacy, ada MCAT test tak?
ReplyDeleteAllahu, maaf ssgt tak prasan ada komen baru sbb dah lama tak aktif menulis blog... Rasa mcm dah trlmbt je nak jwb kan, tp takpelah, saya jwblah jgak 😅 masa zaman saya takde apa2 test pun, just interview je. Btw, sorry again for the late reply
Delete