Tuesday, October 18, 2016
Kek Hana
“Hah, siapa yang nak beli kek pari-pari, ada juga kek orang salji, strawberi dan macam-macam lagi! Siapa yang nak beli?’’ ujar Hana sambil memanggil-manggil rakan-rakannya. Supaya untunglah kedai kek dia! Hana sebenarnya cukup gemar membuat kek tanahliat lalu murid lain pun membelinya dan makan olok-olok kemudian memulangkannya semula. Kelakar, kan?
Dia menamakan kedainya itu kedai Kek Hana. Terdapat tiga orang sahaja yang menjadi pekerjanya iaitu Nurul, Zura dan Hanis. Sebenarnya mereka merupakan kawan karib dia. Tiba-tiba,..
“Hek eleh, sekadar main kek tanahliat lebih baik buat kek yang sebenar!’’ sindir Huda iaitu musuh Hana. Eee, bencinya! Sibuklah dia ni! Jerit hati Hana. “Suka hati orang lah! Kau cemburu kan sebenarnya?’’ Hana pula membalas sindiran Huda. “Buat apa aku nak cemburu pula? Ala, mak bapak aku ada kedai kek sendiri yang menjual kek sebenar dan mendapat duit sebenar. Bukan macam kau ni, membazir je!’’ betapa sinisnya Huda. Hana terasa ejekan Huda itu. Tergurisnya hati! “Dahlah, malas aku nak layan kau ni yang suka bermain dalam fantasi! Goodbye!’’ Huda segera berlalu pergi. Geramnya hati!!
Keesokkanya,.. “Hmm, kek tanahliat dah siap, kad ucapan dah siap dan nampaknya semua siaplah!’’ ujar Hana sudah bersedia untuk keluar berjumpa dengan Faris. Dia menarik nafas panjang lalu melangkah keluar. Tiba-tiba, dia toleh semula kehadapan cermin membetulkan posisinya. Mengemaskan rambutnya lalu beredar dari situ.
“Hai, Faris! Happy birthday!’’ ucap Hana sambil menghulurkan kek tanahliat dan kad ucapan yang cantik kepada Faris. “Terima kasih’’, ujar Faris tersenyum. Hana berasa sangat gembira. “Simpan elok-elok tau!’’ pesan Hana. Tiba-tiba, “Hai Faris, happy birthday!’’ muncul Huda lalu menghulurkan sebuah kotak yang berisi kek besar sambil tersenyum sinis. “Er, terima kasih..’’ ujar Faris terkebil-kebil. What, Huda?!! Ish, macam mana dia boleh ada kat sini? Bencinya!! Bentak hati Hana sambil memandang Huda. “Hah, lagi satu Hana, minggu depan ada sebuah pertandingan mencipta kek tanahliat diadakan dan siapa yang menang akan dapat wang yang lumayan. Kau nak cuba tak?’’ terang Huda kepada Hana.
“Oh, maknanya kau nak cabar akulah? Tak apa, aku akan sertainya! Siaplah engkau! Hah, esok kau berikan aku list pertandingan tu. Jangan lupa, Huda!’’ Urgh, sakitnya hati Hana.
Hana segera pulang ke rumah. Oh, kau ingat kau boleh menang ke? Kau ingat aku tak bolah buat kek tanahliat yang cantik ke? Tak apa, siaplah engkau! Bisik hati Hana sambil berjalan tak tentu arah. Macam mana tak sakit hati kalau ada orang yang selalu mengacau hidupnya?! Tunggulah, Huda! Hatinya terus memberontak.
Pada keesokkan harinya,.. Hana menulis surat ringkas untuk Faris. Sesampainya surat tersebut di tangan Faris, dia segera membacanya, “Awak sukakah kek yang Huda buat tu?’’ Faris tersenyum kecil lalu membuka penutup pen birunya dan menulis sesuatu ke atas kertas yang sama. Hana pun membacanya, “walaupun dia bagi kek sebenar tapi tak tahan lama sebab saya dah memakannya. Awak pula, saya boleh simpan sebagai kenangan. Maknanya awak punya lagi tahan lama.. Itu yang saya suka!’’ Hana berasa gembira setelah membaca isi surat tersebut.
Tiba-tiba, “nah, ini dia list yang kau perlukan ketika pertandingan itu nanti. Harap kau berjaya!’’ ujar Huda lalu segera berlalu pergi. Hana membacanya, “Hari: Khamis. Tarikh: 2 Mei 2009. Hadiah utama: wang tunai sebanyak RM 10,000 serta barangan masakan Cookies. Jangan lepaskan peluang!’’ Hana tersenyum sinis. “Terima kasih, Huda!!’’ jeritnya dari jauh lalu tersenyum lebar. Sesungguhnya Huda sangat kejam! Tunggulah!
Pada hari pertandingan,.. Hana membawa kek tanahliatnya yang besar dan cantik. Dia telah menghabiskan duitnya untuk membeli tanahliat sebanyak itu! Dia segera memasuki belakang pentas. Semua peserta terkejut melihat kek tanahliat Hana itu. “Ha, ha, ha, ha, ha..’’ mereka tertawa dengan nada yang kuat. Huda pun turut serta ketawa bersama. Hana terkaku. Apa ni? Dia berasa sunguh terpinggir. Huda menyelak rambutnya lalu berkata kepada Hana. “Bodohnya, engkau! Kau percaya cakap aku yang ada pertandingan mencipta kek tanahliat juga? Ha, ha.. Mana ada pertandingan macam itu diadakan sepanjang hayat, goblok!’’ Huda terus ketawa besar. Hana terasa ingin menangis. Dia rasa tertipu dan berusaha menyembunyikan perasaan malunya dengan menundukkan kepalanya ke bawah. Baru saja dia ingin mengalah,…
“Eh apasal pula kau cakap macam itu? Kita orang suka sebab kek tanahliat dia cantik dan comel berbanding kek kau yang buruk tu! Apa salah dia pula?’’ ujar salah seorang peserta disitu. “Apa?!! Kau ingat kamu semua boleh ketawakan aku macam itu?!!’’ jerit Huda tidak puas hati. Ha, ha, ha.. Semua peserta segera menggelakkan Huda.
“Oh, kau orang permainkan aku ya.. Tak apa, puas hati kau orang? Aku berambus jelah!!’’ Huda melepaskan geram lalu segera meninggalkan belakang pentas. Oh, nampaknya dia sudah tewas!! “Memang kami puas hati pun..’’ Hana tersenyum bangga kepada peserta lain. “Terima kasih..’’ ucapnya terharu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment