“Assalamualaikum…” tiba-tiba,
muncul seorang murid perempuan memasuki kelas. “Wah, cantiknya,…” puji Nani
kepada murid perempuan itu. Perempuan itu berasa bangga mendengar pujian itu.
“Yakah? Saya cantik?” “Lencana itu.” Heh?? Baru saja kembang, rupa-rupanya Nani
puji lencana murid tersebut. Huh, salah sangka.
Murid tersebut hampa. Segera dia
mencari tempat duduk yang sesuai. “Marilah duduk sebelah saya. Tiada siapa”, pelawa
Nani. “Oh, terima ka…” tiba-tiba ada sesuatu yang berbunyi, prrruuuuuttttttt!!!
“Hahaha! Muahahaha! Awak terkena! Awak duduk atas belon saya!” gelak besar Nani
nampaknya. Heh??? Oh tidak, baru sehari murid tersebut datang ke sini, sudah
ada orang memperkenakannya? Kali ini bukan SALAH SANGKA lagi. Tidak
mengapa….tidak mengapa… Relaks, relaks.
“Ermm, hai. Maaflah pasal tadi. Hehehe…” ujar Nani memulakan perbualan.
Murid tersebut hanya tersenyum saja. “Nama awak siapa? Awak murid baru ke?”
tanya Nani. “Yup! Hehehe… Nama saya Zura. Errmm, saya baru berpindah ke sekolah
ini. Harap dapat beri tunjuk ajar”, jawab murid tersebut. Suasana jadi hening
seketika. “Eh, lupa pula nak tanya. Cikgu di mana?” pelik Zura. “Oh…cikgu
tengah ada mesyuarat sekarang. Cikgu dah tahu ke awak dah sampai?” “Ermm, tak
kot.”
Zura berasa mengantuk… Hadush, lamanya tunggu cikgu masuk. Bosan betul.
Kepalanya sedikit tersenggut-senggut. Lama-kelamaan, “zzzzzzzzzzzzz…..” Alahai,
tertidur rupa-rupanya! Tidak lama selepas itu, dia tersedar. Terdengar bunyi tapak
kaki guru sedang masuk ke kelas. Apabila dilihat, cikgu tersebut berjalan
bersama dua orang lelaki yang segak berjaket hitam dan berkaca mata hitam.
Nampak macam bodyguard pula!
“Hermm, Zura dimana? Ada orang mencari kamu”, tanya guru
tersebut. Zura pelik. Siapa lelaki-lelaki tampan itu? Tak kenal langsung!
Apabila dua orang lelaki tersebut menuju ke tempat duduk Zura, mereka
menceritakan perkara yang sebenar. “Kami sebenarnya telah diutus dari istana
untuk menjemput tuan puteri”. Tuan puteri??? “Hah? Biar betul! Saya Puteri Raja
ke?” terkejut benar Zura! “Ya…raja sedang menanti tuan puteri. Baginda akan
menceritakan perkara yang sebenarnya. Sila ikut kami”. Oh Tuhan! Zara
benar-benar tak sangka…seolah-olah dia sedang mimpi dikelilingi bunga-bunga
cantik. Oh, indahnya!!! Aku akan tinggal di istana!
“Hah? Zura dah nak pergi ke?” tiba-tiba Nani bersuara. “Janganlah pergi,
Zura. Saya baru saja berkawan dengan awak”, pujuknya. Zura terdiam. Tak sangka
pula Nani ambil berat tentangnya. “Tetapi, saya terpaksa pergi. Harap selepas
ini kita dapat berjumpa lagi ya?” Riak wajah Nani berubah. Dia sedih! Dia tiada
kawan yang lain! “Zura…selamat tinggal”.
Ala…sekejap saja Zura sedih. Selepas itu gembira semula apabila berada
dalam kereta limosin yang mahal. Dia terbayang-bayang bagaimanalah kehidupannya
nanti di istana. Tentu bahagia! Tentu akan berjumpa putera yang kacak! Oh,
alangkah gembiranya. Setibanya di istana, Zura yang ternganga melihat istana
tersebut terus menuju ke dalam dan menukar baju yang sesuai dipakai.
“Bagaimana, adakah gaun ini sesuai untuk saya?” Zura meminta pendapat daripada
salah seorang bodyguard tersebut. “Er,,patik rasa tidak sesuai. Nampak terlalu
menonjol. He he…”
Zura mencuba pakaian yang lain pula. “Wah, cantiknya baju ini! Tentu
sesuai bukan?” soalnya lagi. Seorang bodyguard tersebut tergamam melihat Zura,
eh, minta maaf. Puteri Zura mengenakan gaun yang sederhana itu. “Wah…ianya,
ianya sungguh cantik dan sesuai, tuan puteri”. Puteri Zura tersengih. “Err,
nama awak siapa ya?” Bodyguard tersebut tersentak. “Emm, mengapa tuan puteri
nak tahu? Ianya tidak penting pun”, jawabnya. Puteri Zura berkata, “Saya cuma
hendak berkenalan sahaja. Tidak bolehkah?” “Tuan puteri tidak perlu tahu”, jawabnya
sambil tersenyum. Mengapa dia tidak mahu jawab ya? Malukah? Fikir Puteri Zura.
Tidak mengapalah.
Keesokkannya, Puteri Zura berjalan-jalan sekeliling istana sambil
membaca buku panduan menjadi seorang puteri yang beretika. Amboi, buku ini
rajin pula dia baca. Buku pelajaran jangan harap. Biasalah, dia teruja sangat
bergelar seorang puteri setelah mendapat tahu raja tersebut merupakan bapa
kandungnya. Ketika leka berjalan seorang diri, Puteri Zura terdengar sebuah
perbualan. Di mana? Puas dia mencarinya. Rupa-rupanya di sebuah bilik yang
berada di lorong istana itu. Bilik apakah ini? Nampaknya jelas bahawa Puteri Zura
masih belum mengenal semua pelan isi bangunan istana tersebut walaupun sudah 3
hari tinggal di situ. Ish ish ish…. Kasihan.
Puteri Zura cuba mencuri dengar perbualan itu. Kedengaran
perbualan antara ayahandanya bersama bondanya. “Kita perlu mencadang masa depan
Zura. Zura mesti berkahwin dengan seorang putera yang berasal dari kerajaan
yang kaya raya”, bincang bondanya.Puteri Zura terkejut. Puteri Zura tertanya-tanya,
mengapa seorang puteri mesti dijodohkan dengan seseorang yang tidak
dikenalinya? Ah, lantaklah! Asalkan putera itu kacak. Oh, Puteri Zura sudah
mula berangan. Tidak berapa lama selepas itu, dia pun memberi salam sebelum
memasuki bilik tersebut. “Ya, masuklah… Ada apa Zura?” “Bonda, Zura ingin
berjalan-jalan sekitar pekan di sini. Bolehkah?” pinta Puteri Zura setelah
bosan dia mengelilingi istana. “Mengapa?” tanya permaisuri. “ Zura bosanlah.
Bolehlah…” “Yalah…pastikan bodyguard menemani kamu supaya kamu tidak ditimpa
bahaya”. “Terima kasih, bonda! Sayang bonda!”
Akhirnya, Puteri Zura sudah sampai di sebuah pekan yang sesak. “Wah,
ramainya orang…” Puteri Zura turun sambil menyarung selendang di kepalanya agar
rakyat tidak mengenalinya. “Silakan, Puteri..Tuan Puteri mahu pesan apa-apa
makanan?” tanya bodyguardnya. “Ermm, boleh saja”.
Ketika bodyguardnya sedang sibuk mencari kedai makanan, Puteri Zura
berjalan-jalan sekitar pekan tersebut. Sedang dia leka, tiba-tiba tiga orang
remaja selekeh menghampirinya. Remaja-remaja tersebut tersenyum-senyum
memandang Puteri Zura. Puteri Zura dikepung di tempat yang sunyi. Puteri Zura
berasa takut. “Err, tumpang lalu. Saya mahu beredar sekarang”, ujar Puteri Zura
dengan lemah lembut. “Hai cik adik manis. Marilah ikut kami. Cik adik orang
barukah di sini?” kata salah seorang daripada mereka sambil cuba menyentuh
Puteri Zura. “Ahh, lepaskan saya! Saya mahu pergilah!” Mereka terus mendekati Puteri
Zura. Puteri Zura mahu saja menjerit nama bodyguardnya untuk meminta bantuan.
Tetapi, siapa nama bodyguardnya? Ah, menyesalnya dia tidak tahu nama tersebut. Puteri
Zura diselubungi ketakutan!
Tiba-tiba… “Hai yah! Ambil ini! Dush!” muncul seorang lelaki sambil
menendang, menumbuk dan…dan apa lagi ya? Dan menampar remaja-remaja tersebut. “Wah…
Kacaknya lelaki ini”, tergamam Puteri Zura. “Cik tidak apa-apa?” soal lelaki
tersebut. “Oh, mujurlah awak datang.. Tadi saya cuba meminta bantuan tapi
tiada siapa dengar. Terima kasih kerana menyelamatkan saya. Awaklah hero saya.
Tapi, bagaimana awak datang ya?” Puteri Zura berasa sangat teruja bercerita. “Zzzz…”
Hah? Sempat budak lelaki ini tidur? “Awak! Bangunlah!” Terkejut besar lelaki
tersebut. “Eh, apa cik cakap tadi?”
Puteri Zura bertanya, “ siapa nama awak sebenarnya?” “Ermm, nama saya?
Nama saya..nama saya..adush, lupalah!” Puteri Zura menjeling tajam. “Baik, baik.
Nama saya Zack. Hehehe…Nama cik pula? Apa cik buat di sini?” tanya lelaki itu.
“Oh, hehehe…Saya puteri. Puteri Zura”.
“Hah? Puteri? Puteri Zura?? Oh, maafkan patik. Selamat berkenalan,
puteri…” lelaki tersebut tunduk menunjukkan tanda hormat kepada Puteri Zura. Puteri
Zura tersenyum. “Tidak mengapalah”. “Baiklah, kalau begitu, saya minta diri dulu”,
ujar lelaki itu. “Eh, tunggu! Awak mahu pergi ke mana? Saya belum habis cakap
lagi..” Puteri Zura ingin meluahkan perasaanya kepada lelaki tersebut. Lelaki
tersebut telah menyelamatkannya. “Ada apa?” toleh lelaki tersebut. “Saya,
saya…saya cuma…cuma…” “Zura! Zura!” Eh, bodyguardnya memanggilnya Zura?
“ Zura! Bangunlah!” “Hah?” Zura terjaga. Rupa-rupanya dia tertidur
sebelum cikgu memasuki kelasnya. Sempat lagi dia bermimpi menjadi puteri ya?
Ish ish ish… “Cikgu sudah masuk ini. Habis meleleh air liur awak ya. Hahaha!” ketawa
Nani. Zura malu. Tiba-tiba, kelihatan gurunya memasuki kelas sambil membawa
seorang lagi pelajar baru. “Oh, Zura sudah masuk kelas ya? Baguslah. Hari ini
cikgu mahu memperkenalkan lagi seorang pelajar baru. Perkenalkan”, ucap cikgu
tersebut. “Hai, nama saya Zack. Sila beri tunjuk ajar”. Hah? Zura terkejut!
Biar betul? Zack? Rupanya juga sama seperti dalam mimpinya tadi? Oh, adakah ini
mimpi atau realiti? Zura tersenyum sendiri. “Baiklah, kamu boleh duduk di
belakang”, guru tersebut menunjukkan tempat di belakang Zura. Zack berjalan
perlahan-lahan. Tiba-tiba, Zura terperasan Zack menghulurkannya sekeping kertas
bertulis, “Hai, Puteri!"
No comments:
Post a Comment