Tuesday, October 18, 2016

Shaza



“Saya sukakannya. Apa yang patut saya buat?” terang Haqil kepada Shaza. Sepasang rakan karib yang berlainan karakter. Shaza merupakan orang yang berani dan mencabar berbeza dengan Haqil yang lemah dan terlalu lurus bendul. Dia meluahkan perasaannya terhadap Tasha yang sudah lama tersembunyi di dalam hati kecilnya. “Jangan risau, saya pasti akan membantu awak”, jawab Shaza. “Be, betulkah?’’ ujar Haqil. Sambung Shaza, “tapi awak mesti mengikut nasihat saya. Jangan risaulah Haqil, saya tahu apa yang perlu saya buat”.

   “Kring!!!’’ masa rehat habis. Mereka berjalan menuju ke kelas. “Hah, tu Tasha!’’ bisik Shaza. “Apa yang patut saya buat?’’ Haqil gelisah. Takut! “Ala, awak cakaplah, boleh saya berkenalan dengan awak? Tu je…’’ Haqil terpaku. “Awak nak ke tak nak?’’ tegas Shaza. 

   “Ba, baiklah…’’ jawab Haqil. Dia segera melangkah menuju ke perpustakaan di mana Tasha berada. Gementarnya… “Hai Tasha, boleh saya berkenalan dengan awak?’’ Haqil mencuba sambil memejamkan matanya. “Haqil, Tasha dah pergi dah. Awak terlambat”, ujar Shaza. Haqil menarik nafas lega…

   Semasa di dalam kelas, mereka menyalin kerja yang diberikan oleh guru. “Shaza, awak tahu tak kenapa saya suka Tasha?’’ ujar Haqil sambil menyalin kerjanya. “Entah..’’ jawabnya selamba. “Saya rasakan sejak kali pertama saya jumpa dia, dia nampak cantik, sopan-santun dan entahlah..’’ terang Haqil. Tak semena-mena timbul rasa sedikit cemburu di hati Shaza namun demi rakannya itu dia sanggup menolong.

   “Eh lupa pula, petang ni saya ada latihan sajak. Saya pergi dulu eh, assalamualaikum..’’ kata Shaza. Haqil menjawab, “ waalaikummussalam..’’
Sedang Haqil sibuk menulis, tiba-tiba dia terperasan Tasha lalu dihadapan kelasnya. “Em, tengok dari jauh dia memang cantik!’’ Dia terus memandang Tasha dengan tersenyum. “Aku mesti berani, tegur dia!’’tekad hatinya.

   “Kring!!’’ bunyi loceng tamat persekolahan berdering. Murid-murid berpusu-pusu keluar dari kelas. Serta-merta kelibat Tasha hilang dari pandangan. “Eh, mana dia dah pergi?’’ Haqil bingung. Tiba-tiba, sekumpulan gangster lalu dihadapannya. Secara tidak sengaja, Haqil terlanggar ketua kumpulan tersebut yang bernama Aiman.

   “Woi, buta ke? Habis teruk baju aku kau langgar!’’ jeritnya marah. “Er, minta maaf. Saya tidak sengaja”, jawab Haqil dengan gugup. “Wah, wah, wah, masinnya mulut kau jawab macam tu. Ei semua, belasah dia!’’ Haqil terkejut. Dia ditumbuk di dada, pipi, perut dan sebagainya. Aduh, sakitnya!! Jerit hatinya. Oleh kerana dia lurus bendul, dia tidak mampu melawan gangster tersebut. Mulutnya berdarah sedikit.

   “Haqil!!’’ suara Shaza datang menyelamatkannya. “Haiya! Ambik ni!’’ Shaza menggunakan sepenuh kudratnya melawan gangster tersebut. Uh, pertarungan semakin sengit! Tiba-tiba, satu tumbukan terkena di satu perut, perut siapa? Aiman berlari sambil menahan sakit di perutnya. Rupa-rupanya, tumbukan itu terkena di perut Aiman.

   Haqil berasa terharu. Sebagai lelaki dia tidak pernah membalas jasa Shaza selama ini. “Terima kasih, Shaza. Saya minta maaf sebab…’’ “Tidak mengapa, perkara kecil je..’’ jawabnya dengan letih.

   Pada keesokkannya, Aiman mengadu kepada makwenyalah… “Eh, kenapa dengan awak ni? Apa yang telah terjadi?’’ soal Tasha. “Ada seorang budak ni yang bernama Ha..eh bukan, bukan. Ha..qil kot tumbuk saya”, Aiman mengadu. “Apa, budak kelas sebelah saya tu? Ni tak boleh jadi.. Siaplah dia..’’ ujar Tasha. “Apa dia buat?’’

   “Semuanya kerana dia. Kerana dialah saya ditumbuk oleh seorang perempuan. Eee, bencinya! Kesian saya tau..’’ adunya dengan mimik muka sedih. “Tak apa, saya akan jumpa Haqil”,  sambung Tasha. Dia segera mencari Haqil. Aiman tersenyum sinis.

   “Shaza, saya pergi dulu ye?’’ ujar Haqil kepada rakan karibnya. “Bai!!’’ mereka berucap serentak. Semasa Haqil melangkah menuju ke koridor, dia ternampak Tasha bersama Aiman dan gengnya.

   Tiba-tiba, Tasha ternampak Haqil. “Haqil, tunggu saya!’’ jeritnya. “Haqil, awak yang buat Aiman, kekasih saya ditumbuk tempoh hari ya?’’ tanya Tasha. Apa?!! Kekasih?!! Apa maksud Tasha tu? Dia suka Aiman? Terdetik hatinya. Betapa hancurnya hati dia saat itu. Rupa-rupanya, Tasha suka Aiman dulu!! 

   Haqil terus berlari sambil menahan tangisnya itu. Kini, dia sudah tahu perkara sebenarnya. Selama ini dia tiada ruang langsung untuk didiami di hati Tasha!!! Dia terus menuju ke kelas mencari Shaza, tempat dia meluahkan perasaan.

   Sesampainya di kelas, dia terus mencari Shaza. Terus mencari dan mencari. Pelik bin ajaib sungguh! Di mana Shaza? “Asyraf, awak nampak Shaza tak?’’ soal Haqil sambil menahan tangisnya. “Shaza? Awak tak tahu ke?’’

   “Baru tadi dia dihantar ke hospital kerana jatuh pengsan”, sambung Asyraf. “Apa?!! Jatuh pengsan?! Kenapa?’soalnya lagi. “Menurut kata cikgu tadi dalam panggilan, dia..’’ katanya terhenti seketika. Haqil sudah dapat meneka mimik muka Asyraf.

   “Dia menghidapi penyakit leukemia”, kata Asyraf dengan berat hatinya. “Hah, penyakit membawa maut tu ke?!!’’ Haqil terkejut. Dia menangis. Dia sudah tidak dapat menahan tangisnya itu. Kini, dia sudah kehilangan dua orang tersayang sekaligus. Mengapa semua ini harus berlaku?

   Shaza, orang yang dicintainya itu telah meninggalkannya. Apa, cinta?!! Dia suka Shaza ke? Baru kini dia perasan bahawa selama ini dia suka Shaza. Betapa cinta itu buta.. Namun, semuanya sudah terlambat. “Jadi, bagaimana keadaannya sekarang?’’

   Tiba-tiba, datang Syaqrul pula. “Tadi cikgu telefon kerani pejabat. Kata cikgu, Shaza sudah meninggal…’’ “Dunia?!!’’ jerit Haqil. Apa ni?!! Hatinya sebak. Dia tidak dapat menerima semua itu. Kini, tinggallah dia keseorangan tanpa penghibur di sisinya. Shaza……

No comments:

Post a Comment